Ahad, 25 Disember 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Benarkah semua harta Khir atas namanya dan telah dirampas ?

Posted: 24 Dec 2011 03:19 PM PST


29 Muharram 1433H. [MOD] -Antara hukuman kepada mantan MB Selangor dengan seorang yang miskin samun wang untuk beli susu kepada anaknya. di Johor juga ada kejadian di mana seorang penganggur mencuri 4 kotak syampoo berharga RM 107.40 dipenjar 2 tahun juga.

Sedangkan Khir Toyo yang mencuri wang puluhan juta ringgit cuma kena setahun penjara, Itupun dapat penangguhan hukuman selain mendapat lanyan VIP bila tidak digari malah tersenyum lebar selepas di hukum.

Tindakan merampas hartanya oleh Kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebahagian dari hukuman yang keras, namun adakah Khir meletakkan semua harta atas namanya dan semuanya telah dirampas ?. Tentu semua akan dapat memberi jawapan yang tepat adakah benar Khir sudah tidak ada harta lagi ?

Pakatan Rakyat dalam tawaran Buku Jingga menjanjikan sesuatu tewrmasuk PAS yang menawarkan Negara Berkebajikan adalah untuk menyelamatkan sisitem perundangan negara yang semakin diragui selepas hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada Khir Toyo.

Kalau sudah begina jadinya nampaknya hukuman yang keras dan masimun akan kepada kepada rakyat bawahan yang miskin dan mencuri atas kesempitan hidup, namun pembesar BN yang cudah punya harta bertimbun kalau mencuri cuma dikenakan hukuman yang paling minima.

Kes Khir Toyo mengakhiri warna politik tanah air dan ianya memberi isyarat yang jelas kepada rakyat untuk memberi harapan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 akan datang bagi mengembalikan tahap kahakiman negara yang semakin diragui.

Drs. Khalil Idham Lim
Pariut Buntar, 25 Disember 2011.

Korban Ribut Washi Mencecah 1000

Posted: 24 Dec 2011 03:01 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

Jumlah kematian akibat ribut tropika Washi yang mengganas di selatan Filipina meningkat kepada 1,000 orang.

Menurut statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan, angka korban di bandar Cagayan de Oro yang paling teruk dilanda bencana kali ini mencatat 579 orang, 283 orang di bandar Iligan dan 138 orang di bandar Dumaguete, sementara 49 lagi dilaporkan hilang.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) menganggarkan jumlah korban ribut ini dijangka terus meningkat.

Presiden Benigno Aquino III yang melakukan tinjauan ke ketiga-tiga kawasan bencana tersebut berjanji akan segera menyalurkan bantuan. CRI.-

Facebook paling banyak dicari

Posted: 24 Dec 2011 03:00 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

NEW YORK 24 Dis. - Facebook merupakan perkataan paling banyak dicari sepanjang 2011, menurut perkhidmatan pemantauan di talian, Experian Hitwise.

Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut, jaringan sosial itu menduduki tempat pertama dalam senarai Experian Hitwise.

Carian lain yang menggunakan perkataan Facebook seperti facebook login, facebook.com dan www. facebook.com juga menduduki tempat 10 teratas, menjadikan carian berhubung Facebook sebanyak 4.42 peratus daripada keseluruhan carian.

Experian Hitwise berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2010.

Selain itu, perkataan youtube, craigslist, yahoo dan ebay turut menduduki senarai carian paling banyak, sementara yahoo.com pula menduduki tempat ke-10.

Perbezaan paling ketara dalam senarai adalah jaringan sosial Myspace yang berada di kedudukan kelima pada 2010, tidak tersenarai tahun ini.

Jurucakap perkhidmatan pemantauan di talian itu, Matt Tathan berkata kepada Huffington Post, Myspace merupakan perkataan paling dicari pada tiga tahun pertama apabila senarai itu mula dilancarkan pada 2006. - AGENSI

Militan Boko Haram serang tiga bandar, 46 maut

Posted: 24 Dec 2011 02:58 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KANO 25 Dis. – Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan yang dipercayai didalangi militan Islam di utara Nigeria, semalam, kata pasukan perubatan.

Serangan yang masuk hari kedua itu yang menyaksikan tiga bandar diserang menggunakan bom dan senjata api, dipercayai perbuatan militan Boko Haram.

Kira-kira 19 mayat dibawa ke rumah mayat hospital Damaturu, manakala 20 lagi di bawa ke hospital Maiduguri. – AFP

120,000 berkumpul bantah keputusan pilihan raya Rusia

Posted: 24 Dec 2011 02:56 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

MOSCOW 25 Dis. – Kira-kira 120,000 orang berkumpul dalam satu demonstrasi untuk membantah keputusan kontroversi pilihan raya yang dimenangi Vladimir Putin, kata pihak penganjur semalam.

Ahli politik Rusia, Vladimir Ryzhkov yang juga penganjur demonstrasi itu, berkata, beliau mensasarkan jumlah itu akan meningkat sehingga sejuta orang.

"120,000 orang telah hadir dan demonstrasi selepas ini, kami akan membawa sejuta orang untuk berdemonstrasi," katanya. – AFP

Tujuh penunjuk perasaan Yemen ditembak mati

Posted: 24 Dec 2011 02:53 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

SANAA 25 Dis. – Pihak keselamatan dan penyokong kuat Presiden Ali Abdullah Saleh menembak mati tujuh penunjuk perasaan di selatan ibu negara Yemen, semalam.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan turut cedera apabila gas pemedih mata dan tembakan meriam air dilepaskan terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang berarak untuk menuntut Saleh dibicarakan.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan yang berkumpul di selatan bandar Taez sebelum berarak sejauh 270 kilometer ke ibu negara, tiba di Sanaa tengah hari semalam namun dihalang di selatan bandar itu. – AFP

Buat tatu di Bali, lelaki dijangkiti HIV

Posted: 24 Dec 2011 02:30 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

SYDNEY 24 Dis. - Pihak berkuasa kesihatan Australia mendedahkan, seorang rakyatnya dipercayai dijangkiti virus HIV selepas membuat tatu di Bali, Indonesia.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Australia Barat mencadangkan orang ramai yang membuat tatu di Bali agar menjalani ujian bagi mengesan virus tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai pesakit tersebut.

"Semua bukti menunjukkan tatu itu menjadi punca jangkitan HIV.

"Kes ini memaparkan risiko kesihatan sebenar apabila melakukan tatu di luar negara,'' kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit jabatan itu, Paul Armstrong berkata, risiko dijangkiti HIV bukan sahaja melibatkan tatu tetapi juga bertindik.

"Selain HIV, mereka juga terdedah kepada jangkitan Hepatitis B dan Hepatitis C serta bakteria,'' ujarnya.

Pegawai Indonesia berkata, jumlah kes HIV/AIDS yang dilaporkan di Bali meningkat tahun lepas dengan seorang daripada empat pelacur menghidap penyakit itu. - AFP

Guna nama BBM

Posted: 24 Dec 2011 02:28 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

TORONTO 24 Dis. - Pengeluar telefon pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mungkin terpaksa menukar nama perkhidmatan mesej popularnya, BlackBerry Messenger (BBM) selepas dikatakan melanggar cap dagang sebuah syarikat Kanada.

Ini kerana perkhidmatan BBM itu, mempunyai nama sama seperti syarikat BBM Canada, sebuah firma yang menyediakan rating pendengar serta penonton televisyen dan radio.

BBM Canada telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan tahun lepas dan keputusannya dijangka pada Februari ini.

Ketua Eksekutif BBM Canada, Jim MacLeod berkata, beliau mahu RIM berhenti mengiklankan nama BBM itu.

Namun, katanya, beliau bersedia menukar nama syarikatnya jika diberikan pampasan sewajarnya.

"Kami perlu bersikap praktikal. Mereka beroperasi di seluruh dunia tetapi kami tidak. Namun, kami tidak bersedia untuk sewenang-wenangnya melepaskan nama kami,'' katanya.

Dalam pada itu, RIM pula menyatakan akan tetap mengekalkan nama BBM dan tidak akan membayar pampasan kepada syarikat berkenaan.

"Kami percayai BBM Canada cuba untuk mendapatkan cap dagang daripada akronim BBM itu yang tidak menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkannya dan tidak diperuntukkan di bawah undang-undang cap dagang Kanada,'' ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.

MacLeod berkata, BBM Canada ditubuhkan pada 1955 dengan nama asal Bureau of Broadcast Measurement dan menukar namanya kepada BBM pada 1960-an. - Reuters

Tiada ulasan:

Nuffnang