:: cina islam | 2011 :: |
- Presiden PAS : PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa
- PAS sambut baik penangguhan SBPA
- Pakatan Rakyat desak SBPA dirunding semula
- Anwar jadi beban kepada Umno- Siti Aishah
- Selamat tinggal Aziz Bari, hilangnya permata UIA
- Jangan guna media musuh – Nik Aziz
- PMR: Prestasi B. Melayu, Cina, Iban, Pendidikan Islam menurun
- SPRM tubuh pasukan khas siasat NFC
- Konvensyen Pakatan Rakyat Januari, fokus PRU13
- Anak istimewa aktivis reformasi meninggal dunia
- KEADILAN demo di UPSI, bantah campurtangan Umno
- Anak saman KPF, FGV esok
- Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali
- Pemuda yakin PAS terus di persada tanah air
- CCTV rakam pencuri tabung
- Lelaki menyamar polis ditahan
- Mengaku curi barang kemas bapa tiri
- 34,271 calon dapat A
- Jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 771 orang
- Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman
- PMR: 34,271 calon dapat semua A
- Khutbah Jumaat : Muhasabah di akhir tahun.
- Bagaimana haji anda kalau tak boleh sabar
- Pembohongan dan dakyah karut UMNO mesti di tamatkan
- Bolehkah Pagar Keluli Menjaga Keselamatan Penduduk Miri?
Posted: 22 Dec 2011 02:17 AM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini. Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 : Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122) Sabda Rasulullah S.A.W. (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya. Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah. Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf. Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khususnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam. Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam. Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga. Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan. Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpihak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walaupun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain. Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya. Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud : (Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya). Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walaupun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik. Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari'yyah. Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS. PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam. Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan. Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah? Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam. PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W. (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad. PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia. Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham. |
PAS sambut baik penangguhan SBPA Posted: 22 Dec 2011 02:09 AM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Dis: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini. |
Pakatan Rakyat desak SBPA dirunding semula Posted: 22 Dec 2011 12:13 AM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - PETALING JAYA 22 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak merunding semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ini kerana katanya, dasar itu merugikan majoriti kakitangan awam, selain tidak melakukan rundingan terpeinci dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). "Kita desak Perdana Menteri runding semula dasar ini dan beri tempoh lebih lama kepada Cuepacs untuk membincangkannya," kata Tian Chua selepas mesyuarat Sekretariat Pakatan Pakyat di Petaling Jaya hari ini. Turut serta, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Menurut Tian Chua, 75 peratus golongan berpendapatan rendah dalam sektor awam hanya diberi kenaikan gaji 5 hingga 7 peratus berbanding kakitangan berpangkat Turus sebanyak 500 peratus dan Jusa 100 peratus. Sementara itu, Abdullah Sani menempelak kenyataan Najib yang mengatakan SBPA akan ditangguh sementara waktu dari tarikh ia dikuatkuasakan 1 Januari ini. "Sebab itu kita minta dasar ini dirunding semula sebab kalau tangguh, maknanya Najib memang ada hasrat untuk tetap melaksanakannya," katanya merujuk kepada pindaan Akta Kerja yang dilulus pentadbiran Najib baru-baru ini walau dibantah Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC). Izzah pula menegaskan, SBPA menganak tirikan kakitangan awam seperti anggota Polis dan Tentera. "Kita akan menggerakan jentera bagi memastikan golongan ini mendapat maklumat sebenar mengenainya,'" tegasnya. Bagi Dr Dzul, SBPA dilaksana tergesa-gesa kerana Cuepacs hanya diberi dua minggu untuk meneliti skim itu, selain kakitangan awam semacam diugut apabila akhirnya dipaksa menandatangani skim itu. "Kita akan perincikan tawaran Pakatan Rakyat kepada kakitangan awam pada konvensyen yang berlangsung di Alor Setar, Kedah 14 januari depan," katanya. Ketika ini, 75 peratus dari 1.6 juta kakitangan awam berpangkat rendah manakala selebihnya berjawatan tinggi. Keadilan Daily |
Anwar jadi beban kepada Umno- Siti Aishah Posted: 22 Dec 2011 12:08 AM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 Dis: Srikandi KEADILAN mengecam kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya dan bersara dari politik. Ketua Srikandi, Siti Aisyah Sheikh Ismail berkata, Anwar kini menjadi beban kepada Umno, ekoran pendedahan berterusan terhadap salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan parti itu. "Srikandi menegaskan Dato seri Anwar bukan bebanan kepada Pakatan Rakyat mahupun Keadilan tetapi beliau merupakan bebanan kepada pemimpin Umno yang saban hari tidak dapat bertahan dengan asakan dan pendedahan yang dibuat oleh ketua umum itu terhadap Umno," kata Aishah dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau mengulas kenyataan Rosnah, disiarkan Utusan Malaysia semalam yang meminta Anwar bersara daripada politik kerana kononnya hanya memperjuangkan kepentingan peribadi. Menurut Aisyah, ketika Pakatan Rakyat membicarakan soal lebih besar seperti rasuah dan salahgunakuasa, Rosnah pula lebih gemar menyerang ketua pembangkang itu. "Di mana sikap kepedulian puteri Umno yang kononnya mengangkat rakyat sebagai asas perjuangan mereka tetapi lebih suka bicara soal individu dari senario sebenar politik negara," ujarnya. Sebaliknya, katanya, Puteri Umno mendiamkan diri terhadap pelbagai penyelewengan dan salahgunakuasa termasuk membabitkan National Feedlot Corporation (NFC). "Salah laku kes penyelewengan NFC jelas menunjukkan penglibatan pemimpin utama Umno, namun sehingga sekarang ketua puteri Umno itu dilihat terus membisu," kata beliau. Keadilan Daily |
Selamat tinggal Aziz Bari, hilangnya permata UIA Posted: 22 Dec 2011 12:05 AM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). "Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor. Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu. Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan. Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA. Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar, bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan undang-undang. "Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau," katanya. Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar respons dan pandangan Dr Aziz terhadap apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia. Harakah Daily |
Jangan guna media musuh – Nik Aziz Posted: 22 Dec 2011 12:02 AM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 22 Dis: "Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh. "Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa. "Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah," ujarnya. Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini. "Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak," tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas. "Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan," ujarnya. Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu. Harakah Daily |
PMR: Prestasi B. Melayu, Cina, Iban, Pendidikan Islam menurun Posted: 21 Dec 2011 11:59 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA - Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud. Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus. Bagi Bahasa Cina, sekalipun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini. Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing. Sinar Harian |
SPRM tubuh pasukan khas siasat NFC Posted: 21 Dec 2011 11:07 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi memberi penumpuan terhadap isu National Feedlot Centre (NFC). Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan yang diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali telah dibentuk dan tindakan mengumpul bukti dan keterangan telah bermula sejak isu tersebut dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010. SPRM berkata, mereka memandang serius terhadap semua aduan yang dibuat dan akan mengambil tindakan tegas tanpa gentar dan pilih kasih. "Sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telah pun diambil tindakan sewajarnya. Bagaimanapun, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29 [4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. "Semua pihak diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikan isu ini sehingga menimbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan tindakan SPRM," katanya. Sinar Harian |
Konvensyen Pakatan Rakyat Januari, fokus PRU13 Posted: 21 Dec 2011 10:57 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 Dis— Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Konvensyen itu yang diadual diadakan di Kedah pada 14 Januari, akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum dan melancarkan hubungan gerak kerja KEADILAN, Pas dan Dap. Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Kami merancang untuk memfokus pendekatan terperinci dalam mencapai visi dan tawaran kami bagi rakyat Malaysia. "Pelannya ialah memperhalusi pelbagai rancangan kami bagi Malaysia, jika diberi peluang untuk menerajui peringkat pusat," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar kepada The Malaysian Insider. Katanya, Pakatan Rakyat akan memastikan manifesto atau rancangan masa depan disusun ke arah menarik pengundi-pengundi muda. "Kami ada pelbagai dokumen sehingga kini – dari Buku Jingga, pelan 100 hari, Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia dan kejayaan-kejayaan kerajaan negeri dipimpin PR," kata Nurul Izzah. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, PR akan menjelaskan kepada pengundi bahawa mereka mempunyai penyelesaian dalam mengatasi ketirisan dan rasuah sekiranya menerajui Putrajaya. Pilihan raya umum 2008 menyaksikan BN melalui prestasi paling buruk dengan kehilangan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen, sekali gus dinafikan majoriti dua pertiga di dewan rakyat. Keadilan Daily |
Anak istimewa aktivis reformasi meninggal dunia Posted: 21 Dec 2011 10:44 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KAJANG 22 Dis: Salah seorang anak kepada aktivis reformasi, Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, meninggal dunia pagi tadi. Annisa Afendi, 10 yang mengalami kecacatan cerebral palsy (CP), menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.50 pagi di Hospital kajang. Jenazah Annisa disolatkan di Masjid Jamek, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, selepas solat Zohor. Sebelum ini, kempen Hope 2 Walk, dilancarkan bagi memberi peluang kepada Annisa dan adiknya, An-Nur Affandi, 8 menikmati kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak lain. Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami CP atau Mitochondrial Disease. Pembiayaan perubatan itu adalah bagi menampung perbelanjaan anaknya di hospital di China dan pendidikan khas di United Kingdom. Kempen itu, yang disebarkan secara meluas di laman maya seperti Facebook dan twitter, turut mendapat perhatian pimpinan Pakatan Rakyat. Semalam, isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Seri Salbiah Tunut turut mengambil kesempatan menziarahi kedua anak istimewa itu, sebelum Annisa kembali menemui pencipta Nya pagi ini. Al Fatihah. Keadilan Daily |
KEADILAN demo di UPSI, bantah campurtangan Umno Posted: 21 Dec 2011 10:41 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - TANJUNG MALIM 22 Dis : KEADILAN Cabang Tanjung Malim mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantah campurtangan politik terhadap pentadbiran universiti itu, jam 2 petang ini. Ia susulan demontrasi dilakukan Umno bahagian berkenaan yang membantah tindakan seorang mahasiswa UPSI, Adam Adli kerana menurunkan bendera tertera gambar presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu. Ketua Cabang KEADILAN, Mejar Kamal Badli berkata, Umno tidak berhak mencampuri urusan universiti tersebut dan perlu menghormati kebebasan akademik yang diperjuangkan mahasiswa. "Kita (KEADILAN) membantah tindakan Umno, Isnin lepas kerana tidak perlu ada campur tangan politik. Dan (Universiti) perlu memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara," katanya ketika kepada Keadilandaily. Katanya, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada pentadbiran universiti berkenaan bersama wakil Pas, Dap dan PSM. Sementara itu Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Mohd Zahar bin Mohamed Nor menyambut baik bantahan tersebut. Katanya, "Kita (Mahasiswa) tidak menyebelahi mana-mana parti politik dan hanya bertindak sebagai mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik. Saya menyambut baik demo dan penyerahan memorandum yang akan dibuat dan tetap akan memperjuangkan pendirian Adam Adli," katanya. Beliau berkata, isu menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak, sengaja dipolitikkan dan mahasiswa UPSI tidak mahu perkara itu diperbesarkan lagi. "Bagi saya apa yang dibuat oleh Adam bukanlah satu vendalisme, kami mahasiswa tidak mahu terbawa-bawa dengan isu ini. Banyak lagi isu penting yang lebih besar dan perlu diperjuangkan," katanya. Keadilan Daily |
Posted: 21 Dec 2011 10:39 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding. "Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka," katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka. "Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti. "Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri," katanya. Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion. "Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda. "Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung. Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya. "Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa. "Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama," katanya. Harakah Daily |
Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali Posted: 21 Dec 2011 10:37 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali. "Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali. "Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. "Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu. Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am. Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital. "Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011. "Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu. Harakah Daily |
Pemuda yakin PAS terus di persada tanah air Posted: 21 Dec 2011 10:35 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia mengambil sikap positif di atas isu yang membabitkan mantan timbalan dan naib presiden, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hasan Ali. Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, isu yang hangat dibincangkan dalam media arus perdana akan dapat diselesaikan dengan penuh hikmah oleh pimpinan yang ingin melihat PAS akan terus menjadi payung kepada rakyat yang amat yakin akan perjuangan yang telah dibawa semenjak ia ditubuhkan. Malah, katanya dengan merujuk kenyataan Nasharudin, Pemuda PAS yakin akan pegangannya untuk terus bersama PAS yang telah lama menjadi wadah perjuangannya sehingga kini. "Dan kami harapkan Nasharudin akan terus memainkan peranan penting untuk perkembangan PAS di seluruh tanah air kelak. Bagi isu Hasan pula, ujarnya pihaknya yakin dengan melihat pandangan pelbagai pimpinan PAS dan beliau sendiri sebelum ini akhirnya akan membuahkan satu penyelesaian yang terbaik kelak. "Dan kami penuh yakin pimpinan PAS dan parti PAS sebagai wadah selama ini mampu keluar daripada kemelut yang sengaja ditimbulkan. "Kami sekali lagi yakin apa yang diperkatakan di dalam kedua-dua isu tersebut ingin melihat PAS terus maju dan menjadi wadah keyakinan buat rakyat bagi menggantikan Umno di masa hadapan," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, walaupun pelbagai isu dalaman yang ada, PAS akan terus diperkasa di persada tanah air tanpa terhenti seperti mana yang kini berlaku kepada Umno yang hampir dipinggirkan. Harakah Daily |
Posted: 21 Dec 2011 10:33 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - TASEK – Pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid As-Syarifah Kampung Tasek di sini, mahu pihak polis segera memberkas dua lelaki yang disyaki terlibat mencuri tabung masjid di masjid berkenaan, Jumaat lalu. Setiausaha masjid berkenaan, Abdul Rashid Din berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berkenaan dipercayai berlaku sekitar 3.30 petang. Menurutnya, kejadian tersebut juga telah mengakibatkan pihak masjid mengalami kerugian sekitar RM800 hasil daripada kutipan tabung Jumaat pada hari berkenaan. "Ini bukan kejadian pertama. Dahulu ketika jemaah hendak melaksanakan solat Subuh mereka ternampak tali yang digunakan untuk 'mengait' tabung masjid berkenaan dari tingkap. "Bagaimanapun, kali ini saya harap pihak polis dapat bertindak segera bagi menangani masalah ini. Sebagai makluman, laporan juga telah kami buat di balai polis berhampiran (Balai Polis Kampung Tawas) berserta dengan salinan rakaman CCTV bagi memudahkan lagi siasatan pihak polis," katanya kepada Sinar Harian. Terdahulu, Abdul Rashid menafikan bahawa imej pada rakaman CCTV itu merujuk kepada lelaki warga kampung berkenaan. Katanya, dua lelaki berkenaan mungkin datang dari luar kampung dan bertindak menceroboh ke dalam masjid bagi tujuan mencuri. "Saya sendiri tidak mengenali mereka ini, termasuk penduduk kampung ketika melihat rakaman CCTV tersebut. "Apa pun, saya berharap agar perkara ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan bantuan pihak polis," katanya lagi. Sementara itu, ketika dihubungi pihak polis berkata, mereka ada menerima laporan serta salinan CCTV berhubung kejadian berkenaan dan tindakan lanjut bakal dilaksanakan bagi mengenal pasti kedua-dua lelaki yang disyaki pencuri tabung masjid berkenaan. Sinar Harian |
Posted: 21 Dec 2011 10:31 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menjual lambang kereta palsu untuk mendapatkan wang berjaya ditahan di sebuah kedai kopi, dekat sini, 28 November lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki berusia 49 tahun itu juga mendakwa akan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Perak bulan ini, ditahan selepas memperdaya dua orang awam. Menurutnya, suspek menawarkan kepada mangsa lambang kereta dari Persatuan Bekas Polis (Sejati VIP Members) dengan harga RM6,000. "Dengan adanya lambang tersebut, seseorang itu boleh keluar dan masuk mana-mana balai polis tanpa apa-apa halangan dan boleh dikecualikan dari saman had laju oleh polis. "Selain lambang Koperasi Bekas Polis NK Berhad, pihak kami turut merampas satu kad kuasa Pasukan Tindakan Cemas Malaysia atas nama suspek dengan pangkat Superintendan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejbat Polis Kontinjen di sini, semalam. Mohd Shukri berkata, lelaki itu mempunyai lima rekod kesalahan curi, tipu dan pecah amanah jenayah. "Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan tipu dengan menyamar di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun. "Suspek minta kes dibicarakan dan diberi jamin sejumlah RM6,500 untuk kesemua pertuduhan pada 5 Disember lalu. Mangsa lain yang pernah terpedaya dengan taktik demikian dinasihatkan tampil ke hadapan," katanya. Dalam kes berlainan, Mohd Shukri berkata, polis menahan seorang lelaki yang memperdaya mangsa dengan menggunakan nama menteri besar bagi mendapatkan wang pada 15 Disember lalu. Katanya, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika ingin melarikan diri ke Thailand melalui kawalan Jabatan Imigresen di Padang Besar, Perlis. "Suspek mendakwa mempunyai hubungan baik dengan menteri besar berupaya boleh mendapat tender, tanah atau balak dengan mengeluarkan surat palsu. Kali ini melibatkan cek bernilai RM60,000. "Sehingga kini ada enam kes penipuan menggunakan nama Menteri Besar. Bagaimanapun, orang ramai dinasihati jangan mudah terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan tanah dan sebagainya," katanya. Sinar Harian |
Mengaku curi barang kemas bapa tiri Posted: 21 Dec 2011 10:29 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Tidak berhati perut! Seorang anak sanggup mencuri pelbagai jenis barang kemas bernilai RM10,000 milik bapa tirinya yang disimpan di dalam bilik kediaman mereka di Kampung Durian Burung, di sini, 9 Disember lalu. Bagaimanapun, Zulhilmi Syazwan Mohamad, 21, menerima pembalasan atas perbuatannya setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri seutas rantai emas kristal, sebentuk cincin tangan emas kristal, sebentuk cincin berlian, tiga bentuk kerongsang emas, dua utas rantai perak, sebentuk loket perak yang keseluruhannya bernilai RM10,000 pada 9 Disember lalu, jam 9 pagi di rumah mereka di Kampung Durian Burung, di sini. Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi di hadapan Majistret Nor Azizah Jusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Nor Azizah turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara selama tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda ditetapkan. Berdasarkan fakta kes, kehilangan barang kemas itu hanya disedari bapa tiri tertuduh, Mohd Zam Endut, 55, pada 9 Disember lalu, jam 1 tengah hari setelah mendapati kayu pada cermin tingkap biliknya terdapat kesan dibuka. Setelah membuat pemeriksaan, bapa tiri tertuduh yang bekerja sebagai peniaga emas itu mendapati beg yang mengandungi barang kemas telah tiada dan yakin ia dicuri, bapa tirinya itu terus membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, pada hari sama. Susulan laporan polis yang dibuat, dua hari selepas itu iaitu pada 11 Disember lalu, tertuduh telah ditangkap di tepi jalan, hadapan Hotel Terengganu kira-kira jam 1 tengah hari dan selepas disoal siasat, pada jam 2.10 petang, tertuduh telah menunjukkan lokasi barang kemas itu disimpan iaitu di dalam rumah mereka. Pada masa sama, tertuduh turut mengaku telah memecah masuk bilik kedua orang tuanya itu pada 9 Disember lalu kira-kira jam 9 pagi setelah kedua-dua mereka tiada di rumah. Sinar Harian |
Posted: 21 Dec 2011 10:27 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini. "Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini. Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini. Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini. Sinar Harian |
Jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 771 orang Posted: 21 Dec 2011 10:03 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 Dis. - Keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 771 orang setakat 10 pagi ini, berbanding lebih 1,800 petang semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri Johor ketika dihubungi Bernama di sini berkata, sebanyak 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu lima di Batu Pahat, empat di Segamat dan tiga di Kluang. Kluang mencatatkan mangsa teramai dengan 371 orang daripada 94 keluarga, diikuti Batu Pahat dengan 224 mangsa daripada 54 keluarga, sementara segamat pula melibatkan 37 keluarga dengan 176 mangsa. - BERNAMA |
Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman Posted: 21 Dec 2011 09:10 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari. Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. |
PMR: 34,271 calon dapat semua A Posted: 21 Dec 2011 09:06 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,86 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya dalam sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di Putrajaya hari ini. |
Khutbah Jumaat : Muhasabah di akhir tahun. Posted: 21 Dec 2011 08:56 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾ أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah sekelian!
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Orang beriman dalam beberapa kesempatan dan waktu, hendaklah berhenti sejenak untuk menghitung-hitung diri dan amal yang telah diperbuatnya pada hari-hari yang lalu, kemudian memperkuat keinginan untuk memperbaiki dan menambah amal kebaikannya. Allah berfirman:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾
"Hai orang-orang beriman, takut kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa memperhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok dan takut kepada Allah, karena Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Hasyr: 18)
Sesungguhnya hari-hari yang berlalu, bulan-bulan yang datang silih berganti, dan tahun-tahun berakhir kemudian datang tahun yang baru, semuanya berjalan dan berlalu dengan maksud dan mengandungi tujuan yang jelas dari Allah. Allah berfirman:
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَـٰكُمْ عَبَثًۭا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ ﴿١١٥﴾
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-mukminun: 115) Sesungguhnya penciptaan alam ini, beserta isinya, beserta manusia yang ada di dalamnya, serta berlalunya hari yang datang silih berganti bukanlah untuk dilalui dengan permainan dan sia-sia belaka, sebagaimana hari-hari itu dilalui oleh mereka yang kafir kepada Allah. Bagi orang beriman tentu tidaklah sama, hari-hari yang mereka lalui ada ketaatan yang dilakukan dan dijalankan. Dalam ayat yang lain Allah menegaskan:
إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَـٰتٍۢ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ ﴿١٩٠﴾ "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." (Ali-Imran: 190)
Sesungguhnya hidup manusia mempunyai tahap dan dilalui setapak demi setapak namun yang pasti semua penghuni dunia ini akan berangkat menuju ke alam akhirat, dan semuanya sedang bergerak mendekati kematian. Orang yang beruntung adalah mereka yang selalu menghitung dirinya, selalu memperbaiki diri dan istiqomah memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa dan salah. Allah berfirman:
مَّنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا فَلِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّـٰمٍۢ لِّلْعَبِيدِ
"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." (Fushilat: 46)
Hadirin sidang jumaat yang dimuliakan Allah Sebagai seorang yang bertaqwa kita hendaklah sentiasa menghisab diri kita atas apa yang telah kita perbuat, bertaubat terhadap segala maksiat dan dosa yang kita lakukan, dan berusaha memperbaiki kehidupan ke arah yang lebik baik dari hari-hari semalam. Sabda Rasulullah saw :
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ - رواه أحمد
Dari Syaddad bin Aus ra. Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang cerdas adalah orang yang selalu menghisabi diri dan beramal untuk kehidupan selepas kematiannya. Dan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan saja kepada Allah."
Rasulullah saw menegaskan bahwa seorang yang hanya berangan-angan saja untuk melakukan amal sholeh dan tetap mengikuti keinginan nafsunya adalah mereka yang lemah, lemah karena dikalahkan oleh syahwat. Memang pada dasarnya setiap orang akan dan pernah melakukan kesalahan, berbuat dosa dan maksiat, namun dengan demikian kesedaran dari kekhilafan itulah yang akan membuat seseorang menjadi seorang mukmin yang baik tatkala ia melakukan taubat dengan sebenar-benarnya. Rasulullah bersabda:
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ – رواه ابن ماجه
Daripada Anas katanya, sabda Rasulullah saw : " Semua anak-anak Adam pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang salah adalah yang bertaubat."
Hendaklah kita segera bertaubat dari kesalahannya, meminta ampun dan berusaha lari meninggalkan dosa dan siksa akhirat ketika masih ada kesempatan ketika hidup di dunia, karena jika kita tidak berusaha untuk lari dari siksaan dalam kesempatan yang ada di dunia ini, maka kita tidak akan dapat lagi lari dari siksaan Allah di akhirat kelak. Allah swt. berfirman:
حَتَّىٰٓ إِذَا مَا جَآءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَـٰرُهُمْ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿٢٠﴾ وَقَالُوا۟ لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوٓا۟ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَنطَقَ كُلَّ شَىْءٍۢ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٢١﴾
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan." (Fushilat: 20-21)
Hadirin Sidang Jumaat yang berbahagia, Setiap perbuatan kita di dunia ini pasti akan dinilai dan diberi balasan oleh Allah. Bumi sendiripun akan menceritakan setiap kejadian yang berlaku di dalamnya. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rosulullah suatu ketika membaca firman Allah: يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴿٤﴾ "Pada hari itu bumi menceritakan beritanya." (Surah Al-Zilzalah: 4) Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan bumi menceritakan setiap kejadiannya? Rasulullah menjawab: "
أَنْ تَشْهَدَ علَى كُلِّ عَبْدٍ أَو أَمَةٍ بِماَ عَمِلَ علَى ظَهْرِها، تَقولُ: عَمِلْتَ كَذَا وَكَذا، فِي يَوْمِ كَذَا وَكَذَا
"Akan bersaksi setiap hamba atau setiap umat terhadap apa yang telah dilakukannya di atas punggungnya, lalu berkata: kamu melakukan ini dan itu pada hari ini dan hari itu." (HR. Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Hibban)
Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. pernah mengucapkan kalimat yang sangat popular untuk menjadi renungan bersama:
حَاسِبُوْا أَنفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحاَسَبُوْا، وَزِنُوْهَا قَبْلَ أَنْ تُوْزَنُوْا، وَتأَهَّبُوْْا لِلعَرْضِ الأَكْبَرِ علَى اللهِ
"Hitunglah dirimu sebelum dihitung, dan timbanglah amalmu sebelum ditimbang, dan bersiaplah untuk dihadapkan kepada Allah pada hari penghadapan yang besar."
Allah swt berfirman :
يَوْمَئِذٍۢ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌۭ ﴿١٨﴾ "Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)". (Surah Al-Haaqah: 18)
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Oleh yang demikian pada kesempatan Jumaat kali ini, di saat kita telah berada hampir di penghujung tahun 2011M ini, sekurangnya ada tiga perkara yang perlu menjadi renungan kita bersama. Kita harus merenung hari-hari yang telah berlalu dan hari-hari yang mendatang agar kita sedar bahawa sesungguhnya setiap jiwa tidak dibiarkan saja hidup semahunya dan akan ada pertanggungan jawaban di akhirat kelak. Pertama: Apa yang telah kita lakukan untuk diri kita daripada amal-amal soleh sepanjang tahun ini? Apakah kita telah mengisinya dengan ketaatan di setiap hari-harinya,atau kita wajar bersedih dan menangis kerana kelalaian kita yang berterusan bergelumang dengan kemaksiatan dan kedurhakaan tanpa rasa takut kepada-Nya. Allah berfirman:
وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا ﴿٦﴾ وَنَفْسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا ﴿٧﴾ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ﴿١٠﴾ "dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Asy-Syams: 7-10)
Hadirin yang berbahagia
Kedua : Apakah yang telah kita berikan untuk keluarga kita?
Sudahkah cahaya iman kita bawa masuk ke dalam rumah kita. Apakah keluarga kita bergerak seiringan menuju keredhaan Allah? Apakah rumah kita disinari cahaya iman dan dipenuhi amalan kebaikan. Apakah bacaan al-Quran dan solat fardhu dan sunat menjadi hiburan aktiviti yang menyerikan rumah kita atau hanya kesunyian ibarat tanah perkuburan tanpa ada suasana yang mendekatkan kita kepada tuhan. Rasulullah bersabda: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْبَيْتُ الَّذِيْ يُقْرَأُ فِيْهِ الْقُرْآنُ يُكْثَرُ خَيْرُهُ وَيُوَسَّعُ عَلَى أَهْلِهِ وَيَحْضُرُهُ الْمَلاَئِكَةُ وَيَهْجُرُهُ الشَّياَطِيْنُ وَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِيْ لاَ يُقْرَأُ فِيْهِ يُضَيَّقُ عَلَى أَهْلِهِ وَيُقِلَّ خَيْرُهُ وَيُهْجُرُهُ اْلمَلاَئِكَةُ وَيَحْضُرُهُ الشَّياَطِيْنُ – عبد الرزاق Rasulullah bersabda: "Rumah yang dibacakan di dalamnya Al-Quran akan diperbanyakkan kebaikannya, diluaskan bagi penghuninya, dihadiri oleh malaikat dan syaitan akan menghindainya. Dan rumah yang tidak dibacakan di dalamnya Al-Quran, maka akan merasa sempitlah penghuninya, sedikit kebaikan di dalamnya, malaikat pergi darinya dan dihuni oleh syaitan. (HR. Abdul Razak dan Dailami)
Hadirin yang dimuliakan Allah Ketiga : Apakah kita sudah memunaikan amanah terhadap jiran tetangga dan masyarakat sekeliling kita. Sabda Rasulullah saw : عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتّ،ٌ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ : إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw bersabda: Hak muslim atas muslim yang lain ada enam. Sahabat bertanya, apakah itu Ya Rasulullah? Rasul menjawab: Apabila bertemu ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu maka penuhilah, apabila meminta nasihat kepadamu, nasihatilah, apabila ia bersin dan memuji Allah maka doakan ia, apabila sakit jenguklah dan apabila meninggal dunia hantarlah jenazahnya. ( HR. Muslim)
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ *AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.
|
Bagaimana haji anda kalau tak boleh sabar Posted: 21 Dec 2011 07:46 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar Semasa kursus haji, bakal jemaah haji diingatkan tentang kesusahan yang bakal mereka hadapi di tanah haram. Kesusahan itu perlukan kesabaran. Kalau jemaah haji tidak boleh sabar janganlah impikan haji mabrur. Ingatan yang sama turut diberikan oleh pembimbing haji di tanah haram sebaik saja mereka sampai di tanah suci Makkah. Benar, apabila saya sampai di sana, banyak ujian dan semua itu perlukan kesabaran. Sesekali saya berfikir bolehkah aku menjadi penyabar. Ya kadang-kadang perkara yang menyebabkan kita tidak boleh sabar itu amat tidak munasabah. Barangkali itulah yang menyebabkan ramai yang gagal memperoleh haji mabrur. Bagaimana dengan haji anda? Bolehkah anda menangani ujian sabar sepanjang mengerjakan haji? Ya, ujian ini bermula sejak mereka berniat ihram dan haji. Malah ujian ini meliputi semua orang, baik mereka yang telah pernah mengerjakan haji mahupun orang yang baru pertama kali mengerjakan haji. Sebaik sampai di Jeddah, ada jemaah haji yang marah pegawai Tabung Haji kerana lambat urus untuk berangkat ke Makkah. Yalah sampai 10.00 pagi waktu Saudi, tapi bertolak ke Makkah jam 1.00 lebih. Mujurlah disediakan makan tengah hari semasa berada dalam bas. Sebelum itu jemaah diberitahu akan bertolak jam 11.45 pagi namun oleh sebab bas lambat sampai, kami diminta solat Zohor kat lapangan terbang. Di sini zohor masuk awal iaitu pada jam 12.10. Oleh sebab tempat solatnya sempit maka solat terpaksa dilakukan bergilir-gilir. Ini semua mendorong kepada sifat marah. Walau bagaimanapun tekanan marah di sini tidaklah begitu kuat. Mungkin baru bermula. Sungguhpun begitu kesabaran jemaah haji ini boleh dikawal apabila dijelaskan oleh petugas Tabung Haji bahawa urusan pengangkutan di Makkah dan Madinah termasuk urusan haji dijalankan oleh pihak muassasah. Tabung Haji hanya mengendalikan jemaah haji termasuk kesihatan mereka sahaja. Dalam Hotel Setelah berada di hotel suasana agak berubah. Setelah mendapat rakan baru yang pelbagai kerenah, kesabaran mereka sekali lagi teruji. Di sini ada yang tidak serasi dengan rakan baru lalu mahu berpindah tempat. Bagaimana tidak, ada yang menghisap rokok dan tidak tahu untuk menghormati rakannya yang tidak merokok. Mereka yang mampu bersabar disimpankan kemarahan itu di dalam hati. Soal makan tidak masalah kerana makan tengah hari dan malam dihantar terus ke bilik masing-masing. Pada peringkat awal semua jemaah makan dalam bilik masing-masing namun setelah seminggu berada di Makkah, mereka mula rasa jemu dengan makanan yang disediakan. Hal ini kerana menunya sama saja, kalau tidak ayam, ikan atau sotong. Keadaan ini menyebabkan ada jemaah haji yang tidak ada selera hendak makan. Sekali lagi mereka diuji kesabaran. Ada jemaah haji yang marahkan Tabung Haji kerana tidak mahu menyediakan tukang masak Melayu untuk jemaah Malaysia. Yalah masakan itu walaupun nasi biasa tetapi lauk pauk yang disediakan tidak pula ala Melayu dan tidak juga ala Arab. Beruntunglah mereka yang boleh sabar, makan sahaja apa yang ada, dan kalau tidak mahu makan, biarkan nasi itu dimakan orang lain. Dalam keadaan itu ada jemaah yang bertindak untuk kembalikan selera makan dengan memilih untuk makan dengan isteri di ruang legar hotel. Dan ada juga yang membeli makanan lain di restoran luar semasa balik dari Masjidilharam. Usaha mereka ini setidak-tidaknya dapat mengawal sifat marah lalu sabar boleh dipertahankan. Nampaknya dalam bab makan ini sebahagian besarnya boleh bersabar. Hanya sebahagian kecil tidak dapat mengawal kemarahan mereka lalu ada yang sanggup menulis notis komplen kepada pihak Tabung Haji. Manasik 8 Zulhijjah semua jemaah haji diminta bersiap sedia untuk berangkat ke Arafah. Masing-masing diingatkan supaya mandi sunat ihram dan memakai ihram sebelum menaiki bas selepas zohor. Alhamdulillah, semua dapat mematuhinya. Tetapi apabila sampai masa yang dijanjikan untuk bergerak ke Arafah, bas lambat sampai. Di sini sekali lagi kesabaran mereka diuji. "Kata pukul 2.00 petang, ini dah 3.00 lebih dan nak Asar bila nak pergi?" kata sebahagian yang masih belum bertolak. Ada yang sampai sebelum Maghrib tetapi ada juga yang sampai selepas jam 11 malam. Walaupun Makkah dengan Arafah tidak berapa jauh namun kerana jalan jem, perjalanan menjadi tidak begitu lancar. Bagi mereka yang menyedari sedang berihram, kepayahan itu dianggap biasa bahkan mampu bersabar. Di Arafah sekali lagi mereka diuji, kali ini mereka terpaksa beratur untuk ke tandas. Tandas sementara ini dibuat khas untuk haji sahaja. Oleh sebab jemaah haji ramai maka penggunaan tandas perlu dimanfaatkan secara berhemah. Itulah yang selalu dipesan sebelum sampai di Arafah. Tetapi inilah yang kadang-kadang susah dijangka, terdapat jemaah yang tidak mengindahkan arahan dan nasihat pembimbing Tabung Haji, "jangan mandi pada waktu puncak." Bayangkan apabila mereka mandi waktu hendak solat, tentulah mengganggu orang yang hendak buang air besar atau kecil. Ini juga mengundang kemarahan mereka yang tidak mampu sabar. Pada pagi hari 9 Zulhijjah, jemaah bersiap awal untuk solat Zohor. Kalau hendak mandilah awal-awal. Nanti selepas makan tengah hari bolehlah mereka ke surau atau berada di khemah masing-masing kalau surau yang ada tidak muat. Alhamdulillah sebaik sahaja masuk waktu Zohor, khutbah Arafah disampai terlebih dahulu sebelum solat. Dan selepas solat Zohor di sinikan dengan zikir dan doa masing-masing. Inilah waktu yang paling sesuai untuk mereka melakukan ibadah sebanyak mungkin. Waktunya hanya sehingga terbenam matahari. Jemaah haji tidak digalakkan berbual kosong apatah lagi bermujadalah. Tetapi berapa ramai yang boleh melakukan ibadah sepanjang itu. Mungkin mereka yang tidak sabar mengambil peluang keluar khemah bertemu kawan dan berbual dengan mereka. Selepas Maghrib jemaah diminta bersedia untuk ke Muzdalifah. Bas pertama, kedua dan ketiga sedia membawa jemaah ke Muzdalifah. Tetapi giliran selepasnya agak lambat tibanya. Akhir kami diberitahu bahawa ada kemalangan lalu bas tidak boleh bergerak. Soal pemandu memberi alasan untuk berehat atau tidak, tidak dapat dipastikan, tak elok nak tuduh mereka. Oleh sebab bertolak lambat dari Arafah, kami sampai di Muzdalifah jam 12.30 pagi. Takpalah namapun bermalam. Dapatlah cari batu untuk lontaran ke Jamrah. Dapatlah 70 ketul lebih. Setelah dibasuh batu itu, basrulah kami boleh merebahkan diri di atas tanah dan batu. Mujur ada hamparan palastik yang diberikan oleh Tabung Haji. Bolehlah lelap seketika, tetapi tidak selesa kerana takut bas datang jam 2 atau 3 pagi. Rupa-rupanya Jam 4.30 pagi bas masih belum datang, dan sementara menunggu itu kami bersiap mengambil wuduk untuk solat Subuh yang masuk jam 5.20 pagi. Tapi selepas solat Subuh, bas tidak datang lagi. Sekali lagi jemaah haji diuji. "Mana orang Tabung Haji, kalau cakap bas tak datang awal-awal, bolehlah kami berjalan kaki ke Mina," bersungut mereka. Di sini, orang yang tidak pernah marah selama ini, mula mengangkat suara. Isytaghfirullah al-azim. Yalah setelah siang dan panas, masih terpaksa menunggu bas. Hampir 10 pagi baru bas datang. Jadi, dapatlah kami bergerak ke Mina walaupun lambat. Namun di belakang kami masih ada lagi yang perlu tunggu bas. Bolehkah mereka bersabar? Di Mina kami terpaksan tinggal dalam khemah selama empat hari. Ujian tentu lebih banyak sebab empat hari sangat lama. Tempat tandas terhad, maka setiap hari berebut giliran, nak mandi, buang air besar dan buang air kecil. Ada yang tidak sabar, bertindak ketok pintu tandas kerana padanya sudah lama duduk di dalamnya. Malah ada yang terpaksa buat air kencing dalam botol kerana tidak mampu tunggu lama. Nak pergi melontar masalah yang lain pula, tempatnya jauh juga. Maka pada hari 10 zulhijjah kami melakukan lontaran selepas solat Isyak. Di sini ada beberapa orang yang lambat keluar, mereka yang tidak sabar terus bersungut. Ditambahkan pula juru pandu yang mewakili muassasah lambat bergerak. Dan dalam perjalanan pula, sebahagian terputus hubungan lataran ramai jemaah lain yang mengambil peluang pada malam itu. Keadaan ini juga mengundang rasa marah. Walau pun selepas 10 zulhijjah semua jemaah telah bebas daripada 10 larangan haji, tetapi mereka masih dituntut bersabar dan tidak bertekak dalam sesuatu hal yang remeh. Tetapi sesetengah jemaah sesudah rasa bebas kerana sudah membuka kain ihram, segala rimau yang ada dalam dirinya mula keluar. Mereka lupa bahawa haji mereka masih belum selesai. Agak-agaknya berapa peratus yang tidak marah dan boleh bersabar. Kalau itulah nilaian Allah sudah tentu ramai yang gagal mendapat haji mabrur. Oleh sebab itu marilah kita berdoa agar Allah terima haji yang dilakukan itu. |
Pembohongan dan dakyah karut UMNO mesti di tamatkan Posted: 21 Dec 2011 07:41 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Rakyat seharusnya mencari jalan bagi mengambil semula hak mereka dan keluar dari pembohongan dan dakyah karut UMNO yang konon mahu membela hak serta kepentingan rakyat. Siri-siri pendedahan yang telah dibuktikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat patut dijadikan buah penamat bagi hayat Umno yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan . Tidak cukup pendedahan kondo mewah di Bangsar South, tanah lot di kawasan elit, gaji mencecah ratusan ribu CEO NFC, para pegawai NFC yang terdiri dari kalangan anak beranak DS Shahrizat Abdul Jalil, kini kondo mewah yang terletak di Singapura pula melengkapkan lagi episod kerakusan pemimpin BN merompak dan menjinjing wang rakyat secara terbuka. Rakyat Malaysia perlu didedahkan mengenai berita ini walau dengan apa cara sekalipun. Bukti ini juga tidak dapat dinafikan oleh para elit Umno BN, malah dengan lantang mereka menyelar tindakan tersebut dan menuntut Shahrizat meletakkan jawatan dari kabinet. Tidak kurang masih ramai yang menjadi pengampu dan cuba melindungi segala penyelewengan yang terbentang jelas itu. Lantaran terpacullah hujjah yang tidak logik dari mereka seperti semuanya fitnah dan unggapan "kami sememangnya layak" dan sebagainya, bukti sebegini jelas bahawa BN enggan menjaga nasib ratusan ribu rakyat yang memerlukan, apa yang penting, penipuan dapat diteruskan bagi mengumpu kekayaan yang bersifat gila-gila. Perhimpunan UMNO 2011 baru-baru ini secara jelas telah menjadi medan para pemimpin dan pengampu parti Umno untuk memberi "cop sirim" kepada jenayah super mega mereka supaya rakyat yang kurang cerdik terus memberi sokongan pada PRU 13 nanti. Pendedahan NFC, beg tangan serta cincin rosmah, penyalahgunaan dana awam oleh BN dan tindakan bacul membisu para pemimpin BN terhadap isu kritikal dalam negara seharusnya menjadi titik noktah muktamad terhadap survival politik Umno BN menjelang PRU 13 nanti. Rakyat perlu menggunakan segenap tenaga untuk memastikan hak serta kebajikan diperoleh semula dari dirampas oleh penguasa yang tamak. |
Bolehkah Pagar Keluli Menjaga Keselamatan Penduduk Miri? Posted: 21 Dec 2011 07:35 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - MIRI – Hampir semua kawasan dalam pusat Bandaraya Miri telah dipasang dengan pagar keluli dengan jumlah yang agak banyak. Jumlah kos pembinaan pagar keluli tahan karat yang dipasang sepanjang jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Sylia dan jalan Kingsway di bandaraya Miri berjumlah RM 427,215.00 menurut Menteri kerajaan Tempatan dan pembangunan komuniti dalam jawaban lisannya kepada YB Piasau semasa dalam dewan negeri baru-baru ini. Apa yang menjadi persoalan adalah kos serta keperluan pagar keluli tersebut dipasang dalam bandaraya Miri. Projek yang dibiaya oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) dibawah program bandar yang selamat tersebut tidak memberi sebarang makna kepada penduduk di Miri. Pagar keluli tahan karat tersebut nampak cantik dan mahal dan apa pula kaitannya dengan keselamatan penduduk di bandaraya Miri? Pagar keluli ini dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah dan tujuannya untuk memerangi jenayah jalanan seperti yang disyorkan oleh pihak polis. Adakah pagar keluli tersebut dapat menghalang aktiviti penjenayah dan menyukarkan pengerakan mereka dengan adanya pagar keluli tersebut? Kita minta pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan kepada penduduk Miri apa gunanya pagar keluli tersebut di pasang di bandaraya Miri. Apa kesan jangka panjang dan juga keperluan pagar tersebut di pasang di tempat tertentu? Adakah ianya boleh mengurang kes jenayah atau mengurang aktiviti jenayah di bandaraya Miri dengan adanya pagar keluli tersebut? Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak yang berkenaan agar penduduk bandaraya Miri dapat menafaat dengan adanya pagar keluli tersebut. Gunakan peruntukkan yang disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kepada mereka yang sangat memerlukannya bukan hanya membazir wang pembayar cukai tanpa sebarang faedah. Kita menyokong penuh sebarang usaha dari pihak berkuasa memerangi sebarang bentuk jenayah tapi jangan sampai membazir wang rakyat. Carilah cara yang terbaik untuk memerangi jenayah bukan dengan membazir wang pembayar cukai. Laksanakan tugas dengan amanah dan adil kepada semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Jofri Jaraiee PAS Miri |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan