N50 Dun Sri Muda |
Posted: 01 Nov 2011 07:59 AM PDT MTUC gesa MEF jangan 'ugut' pekerja, halang sertai piket November 01, 2011
Badan induk kesatuan sekerja itu juga melahirkan rasa kesal kerana MEF telah mengeluarkan arahan agar tidak menyertai piket atas alasan piket bukan satu bentuk pertikaian perhubungan perusahaan selain melanggar undang-undang lain yang melarang orang ramai berkumpul. "Saya kesal dengan tindakan MEF yang mengeluarkan surat kepada anggota mereka, di mana anggota mereka (majikan) menggunakan ke atas pekerja-pekerja mereka. "Saya rasa tindakan ini bersifat mahu menakut-nakutkan pekerja, anggota MTUC... oleh itu kami minta jangan guna surat itu ke atas pekerja," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Halim juga berkata memang benar piket anjuran MTUC bukan tindakan pertikaian perhubungan perusahaan dan oleh itu ia diadakan selepas waktu pejabat atau waktu kerja. Piket akan diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara iaitu di kawasan Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang, Banting; Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Rajah dan Rawang-Sg Choh dan depan Pearl View Hotel, Prai di Pulau Pinang; Air Terjun, Air Keroh di Melaka (dekat Majlis Perbandaran Melaka dan Jaya Jusco), depan Bangunan MTUC, Ipoh, Perak; Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan, Padang Masjid Negeri, Kuantan, Pahang; depan Kota Baru Trade Centre, Kota Baru di Kelatan; berdekatan bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, di tepi jalan di antara lampu trafik depan Hotel Tang Dynasty dan lampu trafik Centre Point dekat Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, depat kilang Sime Tyres International Mergong; Jalan Simpang Tiga (depan Bangunan Sultan Iskandar) di Kuching. Halim berkata MEF dan MTUC merupakan pertubuhan profesional yang sedia mengetahui peranan dan fungsi masing-masing. "Kalau MEF menggunakan imej korporat, MTUC pula menggunakan hak tenaga kerja untuk mencapai matlamat kami melindungi para pekerja. "Saya merasakan MEF tidak perlu mengambil tahu jika tidak mahu menyokong kami. Jangan hendak menakut-nakutkan pekerja, saya fikir perkara ini tidak baik dalam semangat tiga pihak," katanya lagi. Malaysian Insider |
Posted: 01 Nov 2011 07:58 AM PDT ![]() PKR mahu Shahrizat perjelas projek fidlot PKR menuntut menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya menjelaskan projek ternakan lembu fidlot yang dijalankan anggota keluarga menteri kabinet itu – dengan kos didakwa 22 kali lebih tinggi daripada unjuran kementerian pertanian. PKR turut menuntut Shahrizat menjelaskan jualan daging lembu daripada projek tersebut kepada restoran mewah yang juga didakwa milik keluarga menteri berkenaan, katanya lagi. ![]() Katanya lagi, fidlot berkenaan juga tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar semalam dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat. "Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada 250 juta," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini. Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam. Mengulas pekrara itu, Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun. Beliau mendakwa, sasaran berkenaan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. ![]() "Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kureang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata Rafizi lagi. Tambahnya, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia. Rafizi turut membidas jawapan Noh bahawa tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan projek berkenaan kepada Agro Science. ![]() "Ianya bukan proses yang telus. Apa yang berlaku, ada enam syarikat menghubungi kerajaan buat cadangan (dan) menteri kata cadangan yang dibuat oleh (keluarga) menteri Datuk Shahrizat ini terbaik. "Lainlah kalau kerajaan buat iklan besar 'ada (pinjaman) RM250 juta dan 500 ekar untuk pelihara lembu, siapa hendak pelihara lembu.' Itu (barulah) tender terbuka yang telus," katanya lagi. Malaysiakini |
Posted: 01 Nov 2011 07:52 AM PDT Wahai Ketua Audit Negara, betulkah nasi RM3 sepinggan?
![]() Semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada 7 Oktober 2011, Perdana Menteri - yang anak perempuannya membelanjakan kira-kira RM180 ribu untuk barangan jenama di David Jones, sebuah gedung terkemuka di Australia - memberitahu Majlis Dewan Rakyat yang sedang bersidang bahawa, untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur asas desa secara lebih komprehensif, peruntukan RM5 bilion akan disediakan pada tahun 2012 untuk projek-projek bekalan air, elektrik dan jalan raya khususnya di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. |
Posted: 01 Nov 2011 05:39 AM PDT Tidak ada pilihan raya sehingga tuntutan Bersih dipenuhi- Azmin(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 1 Nov : Pakatan Rakyat menggesa Jawatan Khas Parlimen (PSC) mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan. Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi tujuan itu.
"Kami membawa lapan tuntutan Bersih dan berharap jawatankuasa memberi ruang yang luas kepada (Pengerusi Bersih) (Datuk) Ambiga untuk kemukakan hujah menyokong lapan tuntutan, yang mewakili 60 NGO dan berharap jawatankuasa ini bebas dari tangan-tangan politik," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Lapan tuntutan Bersih itu ialah membersihkan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor. Sehubungan itu kata Azmin, Wakil Pakatan Rakyat dalam PSC akan memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai saksi pertama dalam mesyuarat ketiga mereka esok. "Kita tidak mahu jawatankuasa (PSC) ini dijadikan helah untuk lengah-lengahkan reformasi pilihan raya," tambah Azmin pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu wakil Pakatan dalam PSC – Dr Hatta Ramli (Pas) dan Anthony Loke (Dap). Sementara itu Anthony Loke berkata, SPR tidak boleh memberi alasan untuk tidak menghadirkan diri ke mesyuarat esok kerana PSC telah memberi notis kepada mereka. "Seperti yang kita sedia maklum sebahagian besar masalah tak perlu kepada pindaan perlembagaan kalau SPR serius untuk melakukan reformasi pilihan raya," "SPR jangan beri alasan untuk kata mereka tidak tahu. Kita (PSC) telah beri banyak notis beberapa kali. Esok sudah mesyuarat ketiga," kata beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22414 |
Posted: 31 Oct 2011 07:51 AM PDT Hak Asasi manusia ancam kerajaan?
![]() Kalau tidak disebabkan perjuangan hak asasi dan misi kemanusiaan, tidak perlulah susah-susah kerajaan Malaysia menghantar misi bantuan ke Palestin. Begitu juga dengan misi kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia sehingga menyebabkan terkorbannya jurukamera Bernama, almarhum Noramfaizul semasa di Somalia. *Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan