Mohamad Taufek Abd Ghani |
Majlis Makan Malam PASTI N.Sembilan Nov 2011 Posted: 02 Nov 2011 12:26 AM PDT |
Bela kaum India dengan pasang billboard? Posted: 01 Nov 2011 09:24 PM PDT Bela kaum India dengan pasang billboard? Oleh Zefry Dahalan - Free Malaysia Today November 2, 2011 Ratusan billboard, banner dan bunting tidak akan selesaikan masalah yang menghantui masyarakat India. SEREMBAN: "Selesaikah masalah yang membelenggu masyarakat India di Negeri Sembilan dengan memasang ratusan billboard, banner dan bunting sempena sambutan Deepavali di seluruh negeri itu?" Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani berhubung kebanjiran luar biasa billboard, banner dan bunting yang dipasang oleh kerajaan Negeri Sembilan di seluruh negeri yang memaparkan imej Menteri Besar Mohd Hasan bermesra dengan masyarakat India. Menurut Mohd Taufek yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, pada tahun-tahun sebelumnya hanya bandar Seremban dan kawasan majoriti India sahaja meriah dengan beberapa banner dan selebihnya puluhan bunting di pasang di tiang lampu jalan. Bagaimanapun fenomena luar biasa berlaku pada sambutan Deepavali pada tahun ini apabila ratusan billboard, banner dan bunting bukan sahaja di pasang di sekitar Seremban malah hampir di seluruh daerah dan pekan. "Setahu saya inilah kali pertama saya melihat begitu banyak sekali billboard, banner dan bunting ucapan Selamat Hari Deepavali membanjiri seluruh Negeri Sembilan. "Menghargai kaum India dengan ucapan Deepavali adalah satu langkah yang baik tetapi persoalannya ada banyak masalah kritikal yang membabitkan kaum India di Negeri Sembilan memerlukan perhatian kerajaan negeri dan Mohd Hasan dengan segera. "Anggarkan kos satu billboard sahaja lebih kurang RM3,000 maka bayangkan berapa banyak duit dihabiskan untuk memasang ratusan billboard, banner dan bunting. "Adalah lebih memberi manfaat jika wang yang dibelanjakan tersebut disalurkan terus kepada masyarakat India dalam kelompok miskin tegar yang memerlukan perhatian segera," kata Mohd Taufek. Beliau percaya kebanjiran luar biasa billboard, banner dan bunting ucapan Deepavali secara tiba-tiba pada tahun ini adalah berkaitan taktik Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk mengambil hati pengundi India memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. "Apa tidaknya billboard, banner dan bunting ucapan Deepavali bukan sahaja dipasang di kawasan majoriti kaum India malah turut dipasang di kawasan majoriti Melayu. "Contohnya bandar Ampangan dan Ulu Bendul (Jalan Seremban-Kuala Pilah) merupakan lokasi yang sukar untuk melihat masyarakat India tetapi turut dipasang dengan billboard dan banner. Meraih kembali sokongan "Dalam keghairahan untuk meraih kembali sokongan kaum India, BN pasang Billboard ucapan Deepavali walaupun di kawasan itu hampir tidak ada penduduk berbangsa India. Ini satu pembaziran", ulas Mohd Taufek. Beliau berkata jika benar BN Negeri Sembilan menghargai peranan kaum India di negeri tersebut seharusnya dana yang dibelanjakan untuk billboard boleh digunakan untuk pelbagai pelan tindakan untuk mengatasi beberapa masalah kritikal yang membabitkan masyarakat India. "Di kawasan Dewan Undangan Negeri saya sendiri terdapat beberapa estet seperti Ladang Kombok dan Ladang Ulu Kanchong. "Masalah besar yang menghantui masyarakat India di estet ini ialah di manakah mereka akan menetap apabila mereka bersara dari pekerjaan mereka di estet-estet tersebut? "Kediaman yang mereka menetap sekarang selama berpuluh tahun hanyalah kediaman sementara. Selepas bersara mereka perlu mencari rumah sendiri. Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah sendiri dengan pendapatan yang amat rendah. "Begitu juga masalah gejala sosial di kalangan remaja India juga berpunca daripada kesukaran mereka mendapat peluang pekerjaan kerana tahap kelulusan akedemik yang rendah", ujar Mohd Taufek lagi. Justeru itu, Mohd Taufek menyarankan agar kerajaan negeri perlu menangani masalah yang lebih memerlukan perhatian segera daripada berbelanja ratusan ribu ringgit untuk memasang billboard, banner dan bunting yang akhirnya akan dicabut atau ditanggalkan selepas sebulan tempoh sambutan Deepavali. "Ratusan billboard, banner dan bunting tidak akan selesaikan masalah yang menghantui masyarakat India," ujar beliau. Mohd Taufek juga meminta Mohd Hasan mendedahkan syarikat mana yang mendapat kontrak untuk memasang ratusan billboard, banner dan bunting tersebut. "Ini dana kerajaan, maka rakyat berhak mengetahui siapakah yang mendapat kontrak tersebut yang saya rasa pasti lumayan," tegas Mohd Taufek. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/02/bela-kaum-india-dengan-pasang-billboard/ |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan