Sabtu, 26 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR DI HOSPITAL

Posted: 26 Nov 2011 08:48 AM PST


TELUK INTAN, 26 November - Atas usaha Unit Amal Teluk Intan, sumbangan telah berjumlah RM417 telah berjaya dikumpulkan bagi membantu meringankan penderitaan Adik Yusri bin Mustajab yang kini terlantar di Wad 1A Hospital Teluk Intan. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin.
Ketua PAS Cawangan Bt. 9 Sdr. Salleh (kanan) bersama bapa adik Yusri (kiri).

Beginilah keadaan Adik Yusri yang terlantar di hospital.


Ini adalah ziarah kali kedua YB Anuar Sudin terhadap Adik Yusri, 17, yang telah tiga bulan terlantar di hospital akibat kemalangan motosikal di Kg. Changkat Jong pada bulan Ogos yang lalu. Turut sama ialah Setiausaha Unit Amal Teluk Intan Sdr. Aziz Tajuddin, Ketua PAS Cawangan Batu 9 Changkat Jong Sdr. Salleh Ibrahim, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Iman serta angota Unit Amal kawasan. Mereka telah disambut mesra oleh Encik Mustajab dan Puan Zakiah iaitu ibu bapa kepada Adik Yusri.
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada ibu Yusri, Puan Zakian sambil disaksikan oleh anggota Unit Amal Teluk Intan.

Menurut bapanya Encik Mustajab, anaknya kemungkinan dihantar semula ke Hospital Ipoh untuk rawatan selanjutnya. Beliau berasa sedih kerana anaknya itu sepatutnya mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Menurut Sdr. Azizi Tajuddin, walaupun sumbangan hasil kempen oleh Unit Amal kawasan telah disampaikan namun sumbangan masih dibuka kepada orang ramai. Ini adalah kerana Adik Yusri masih memerlukan perbelanjaan harian seperti kos penggunaan lampin pakai buang.

intanhijau.blogspot.com

PAS BERASA BERTANGGUNGJAWAB MENYELAMATKAN NEGARA - USTAZ IDRIS AHMAD

Posted: 26 Nov 2011 08:19 AM PST


TELUK INTAN, 22 November - Parti Islam Se Malaysia (PAS) berasa bertanggungjawab menyelamatkan negara ini daripada berterusan dizalimi oleh pemimpin UMNO/BN. Demikian antara isi ceramah yang disampaikan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Markaz PAS Kg. Bahagia dekat sini.

"Kita (PAS) berasa bertanggungjawab untuk menguruskan negara demi kepentingan rakyat dan kita yakin PAS mampu untuk memerintah negara kerana PAS berpegang kepada dasar Islam yang menentang kezaliman, rasuah dan sebagainya," tambah beliau.

"Saya berani berkata demikian kerana PAS percaya tentang soal jawab dalam kubur dan pertanggungjawaban semasa diakhirat kelak yang mana ini tidak berapa nampak dalam UMNO/BN."


Menurut beliau lagi, apa lagi orang Melayu hendak letakkan harapan kepada UMNO kerana UMNO sendiri menindas dan mengkhianati orang Melayu. Antaranya UMNO lesapkan tanah rezab orang Melayu sebanyak 1.3 juta hektar pada tahun 1997 daripada 3 juta hektar asalnya, Kg. Baru yang bakal hilang, dan sebagainya.

Oleh itu, beliau berharap orang Melayu sedar akan kelicikan pemimpin UMNO menipu orang Melayu dan melakukan perubahan minda dengan bertindak menukar kerajaan yang ada kepada PAS dan PR dalam PRU13 akan datang.

Sebelum itu, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari telah menyampaikan ceramah.

intanhijau.blogspot.com

PRU13 MERUPAKAN PELUANG TERBAIK RAKYAT LAKUKAN PERUBAHAN - DR. AZIZ BARI

Posted: 26 Nov 2011 07:49 AM PST


TELUK INTAN, 22 November - PRU13 merupakan peluang terbaik bagi rakyat untuk melakukan perubahan besar di negara ini. Dengan berlakunya begitu banyak ketidakadilan, kezaliman serta ketidaktelusan dalam kerajaan sekarang, sudah tiba masanya rakyat melakukan sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Demikian dinyatakan oleh Profesor Dr. Aziz Bari semasa menyampaikan ceramah beliau di Markaz PAS Kg. Bahagia dekat sini.

"Dengan senario yang berlaku seperti tahap hutang negara yang begitu tinggi dalam sejarah, sistem pengurusan negara berdasarkan kronisme dan sebagainya, ia memerlukan pengorbanan daripada setiap rakyat melakukan perubahan setelah rakyat dikorban oleh pemimpin BN/UMNO," tambah beliau yang pernah dikenakan tindakan gantung oleh pihak UIAM.
Ceramah yang bermaklumat daripada Dr. Aziz Bari.

Menurut beliau lagi, memang jika PR menang, pasti akan timbul masalah tetapi jika rakyat tidak tukar kerajaan sekarang sudah pasti masalahnya adalah lebih besar dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekarang.

Menurut beliau lagi, sepatutnya setelah merdeka lebih 50 tahun orang Melayu tidak takut dan mampu bersaing dengan kaum lain serta tidak timbul isu bahasa, hak orang Melayu dan sebagainya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya akibat mentaliti yang dididik oleh UMNO/BN yang gagal memperjuangkan nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh.
Dr. Aziz Bari bersama Ustaz Idris Ahmad.

"Saya jamin bahawa Pakatan Rakyat tidak melakukan sebarang kesilapan seperti BN apabila dapat menerajui negara. Malah, PR sendiri telah mebuktikan kepada rakyat melalui Buku Jingga sebagai jaminan bahawa usaha mereka adalah lebih baik daripada kerajaan BN sekarang," kata beliau.

Turut menyampaikan ceramah ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang