Anwar Ibrahim |
- Saifuddin : Keahlian PKR Melonjak Aktif
- KEADILAN Mara Dengan Agenda Ekonomi Baru Jana Pendapatan Rakyat
- Untuk Mengelak Bill Perhimpunan Aman Terus Dilaksanakan – Jangan Beri Lagi Mandat Kepada UMNO
- Cabinet Orders Review Of Assembly Bill to Pre-empt Another Najib Fiasco?
- KEADILAN Sedia Terajui Malaysia Tanpa UMNO
Saifuddin : Keahlian PKR Melonjak Aktif Posted: 25 Nov 2011 07:40 PM PST Peningkatan keahlian secara aktif dalam parti akan menjadi pemangkin paling besar yang bakal menjana kemenangan besar PKR dalam pilihanraya akan datang. Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata keahlian PKR setakat ini adalah 547,326 ahli diseluruh negara. Katanya berdasarkan komposisi kaum pula 50% Melayu, 23% India, 17 % Cina dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak. Menurut beliau setakat ini terdapat 218 cabang diseluruh negara dan empat cabang penaja.Manakala cabang Kota Raja di Selangor merupakan cabang keahlian paling ramai. Sepuluh cabang yang paling aktif dalam penambahan keahlian baru pada 2010 pula terdiri dari Tenom (812), Kuala Kubu Baru (790), Kuala Langat (731), Serian (673), Kapar (446), Kota Marudu (425), Gombak (405),Permatang Pauh (395), Kalabakan (310) dan Hulu Selangor (304). Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata kongres kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang. Katanya, Johor yang merupakan kubu kuat umno merupakan antara negeri yang diberikan tumpuan untuk ditawan dalam usaha menumbangkan regim Barisan Nasional. “Telah puas kami mencari lokasi untuk diadakan kongres ini tetapi kesemuanya tidak sanggup memberi ruang dan hanya Pulai Spring Resort ini sahaja yang sanggup membenarkan kita mengadakan kongres ini. “Walaupun Johor kubu paling kuat Umno, tetapi keterbukaan demokrasi disini gagal diterjemahkan oleh mereka. Sudah pastinya Johor negeri tumpuan untuk kita tawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung di Kongres Nasional Keadilan ke-8 disini. Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia. Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
KEADILAN Mara Dengan Agenda Ekonomi Baru Jana Pendapatan Rakyat Posted: 25 Nov 2011 07:36 PM PST PKR berjanji akan menyediakan masa depan lebih baik, yang bakal menjanjikan kesejahteraan berasaskan rencana ekonomi baru – mengayakan setiap rakyat "tanpa memilih bulu" jika diberi peluang menerajui Putrajaya. Rencana ekonomi baru itu merangkumi tiga strategi yang bakal digunakan oleh pihaknya termasuk pendekatan melindungi kepentingan para peneroka Felda. Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, "cara kita ialah dengan merumus dasar ekonomi yang memberi perhatian kepad usaha-usaha meningkatkan pendapatan seisi rumah rakyat dan mengurangkan bebanan kos sara hidup supaya setiap bulan lebihan pendapatan boleh guna rakyat membolehkan rakyat hidup selesa dan menabung demi masa depan." PRK tegas beliau, adalah parti pertama yang menyasarkan pendapatan isu rumah minimum RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga dalam tempoh lima tahun jika berkuasa. "Anjakan minda ini adalah senjara kita yang paling ditakuti elit kekuasaan kerana mereka tahu permainan ekonomi perkauman boleh sahaja dipatahkan dengan mudah," katanya lagi. Tambah beliau, kerajaan mereka bersama Pakatan Rakyat akan melaksanakan gaji minimum RM1,000. "Sebaik sampai di hujung medan tempur kelak, amanah utama ialah pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,000 setiap pekerja seperti yang dijanjikan kepada rakyat kerana ia strategi utama mengangkat pendapatan minimum isu rumah kepada RM4,000 dalam tempoh lima tahun," katanya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Untuk Mengelak Bill Perhimpunan Aman Terus Dilaksanakan – Jangan Beri Lagi Mandat Kepada UMNO Posted: 25 Nov 2011 07:14 PM PST Oleh Aspan Alias Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka. Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan. Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat. Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai. Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai 'police state' dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi. Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN. Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi. Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng. Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi. Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara. Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini. BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir. Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini. Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak. Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka. Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini. Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Cabinet Orders Review Of Assembly Bill to Pre-empt Another Najib Fiasco? Posted: 25 Nov 2011 08:36 AM PST In a bid to damage control, it appears that Prime Minister Najib Razak has back-tracked on the Peaceful Assembly Bill, heavily condemned by civil society groups as making Malaysia worse than Myanmar in terms of civil liberties and democratic space. Minister in the PM’s Department Nazri Aziz was picked to be the scape-goat, while the already-weakened Najib was shielded, as the political price for the latest fiasco may turn out to be too much for him to survive. Pinch of salt According to unconfirmed reports from the evening Chinese dailies, the Cabinet ordered Nazri to review and amend the Bill, which consists of a list of prohibitive provisions, making it even more difficult for Malaysians to gather and speak their minds on issues that perturbed them. “Until this is officially confirmed, I would take it with a pinch of salt. But certainly it would be the wisest thing for BN to do. The thing is how do they save Najib’s neck in the process? He is already in deep trouble with his popularity ratings dropping after the July 9 Bersih rally and he pulls another such stunt. To claim that he didn’t know about the Bill and was overseas when Nazri tabled it is just too ridiculous,” PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. “Najib would have vetted a copy before giving Nazri the green light. This together with the ISA and abolition of the Emergency laws were supposed to be his legacy, so how could he not know about them, especially when he and his cousim Hishammuddin (Hussein the Home Minister) have been defending the Bill. This ‘leak’ is probably meant to test public reaction and it shows how weak the Najib administration has become due to his blunders one after another.” Sharp U-turn Indeed, Najib had a day ago in Parliament declared that his Peaceful Assembly Bill was “revolutionary” and a “giant leap”. But with the Bar Council beng the latest to organize a protest, it looks like Najib can’t leap away fast enough. According to the Chinese newspapers, Najib ordered Nazri to amend the Bill, speculating that the number of days notice to be given to the police be slashed from 30 to 10, which is still higher than the 5 days notice Myanmar citizens are required to give their authorities before gathering together in a public place. “It is not a piece of legislation which we, as lawyers, can watch enter our statute books without standing up against it. It is not a piece of legislation that we want future generations to inherit, without us walking, and spending every ounce of our energy to oppose. If this piece of legislation makes it to the statute books, future generations will inherit a nation that is far from modern and progressive,” Bar Council president Lim Chee Wee had said on Friday. "It is shameful that Burma can propose a far more democratic law than us. It is a terrible insult to Malaysians because we were promised more democracy, but now it is the opposite," Bersih chief Ambiga Sreenevasan, a prominent lawyer and former Bar Council chief, had also said. “There is no proper guarantee, this bill gives absolute powers to the police, with which the appeal rests with the minister. This is not democratic," Opposition Leader Anwar Ibrahim had told reporters. He later led the Pakatan Rakyat MPs into opposing the Bill in Parliament. BN needs the Bill to stifle dissent Meanwhile, PKR Youth chief Shamsul Iskandar is convinced the Umno-BN will push through the Bill at all costs so as to be able to crackdown on any dissent that may follow the 13th general election, widely expected to be held early next year. “They know Bersih 3.0 will happen, that is why they want to have this law," Shamsul told his party congress on Friday, referring to the marches for free and fair elections that drew tens of thousands to the streets of Kuala Lumpur in 2007 and July 9 this year. "If they restrict us, if there is even one instance of cheating, we will use the streets. Lupakan pilihanraya, kita guna jalanraya (forget elections, we use the streets).” This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
KEADILAN Sedia Terajui Malaysia Tanpa UMNO Posted: 25 Nov 2011 08:28 AM PST Ihsan Malaysiakini Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berikrar, KEADILAN bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya UMNO yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. “Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada UMNO. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan UMNO kepada rakyat. UMNO bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan, tetapi juga sudah muflis nilai serta bankrup moral untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat,” kata Azmin Ali (gambar kiri). Memilih Johor, negeri di mana lahirnya UMNO, PKR menganjurkan Kongres Nasional Tahunannya di Pulai Springs Resort, Johor Bahru mulai hari ini hingga 27 November. Azmin Ali menegaskan, “UMNO lahir di Johor, maka di negeri inilah saya ingin berikrar di depan pimpinan Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi, bahawa KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa UMNO.” “Apakah perjuangan UMNO yang dibawa untuk membela nasib masyarakat Melayu dan rakyat pada hari ini? UMNO yang dikenal khususnya oleh generasi muda hari ini adalah sebuah parti tua yang anti demokrasi, anti intelektual, anti hak asasi manusia, anti pekerja, sarat dengan politik fitnah dan membudayakan rasuah. Malah UMNO pada hari ini juga anti Melayu.” UMNO anti Melayu Memetik nukilan Sasterawan Negara Usman Awang yang pernah mengingatkan tentang pekerti Melayu, “Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun…”, Azmin Ali mempertikaikan, “Apakah UMNO masih membawa pekerti Melayu seperti yang dinukilkan oleh Usman Awang? Jawapannya pasti tidak!” “Perjuangan UMNO pada hari ini hanyalah perjuangan untuk membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat. Budaya politik UMNO pada hari ini adalah berteraskan politik maki hamun, cerca dan fitnah,” kata Azmin Ali. Beliau bersambung, “Peribadi Melayu yang diwariskan oleh UMNO pada hari ini adalah watak Melayu yang tidak boleh dipertahankan lagi. Malah UMNO-lah yang membunuh ciri-ciri kemelayuan yang dianjurkan oleh Islam. Layakkah perjuangan yang menjulang perasuah dan menghalalkan fitnah digelar sebagai perjuangan Islam? UMNO yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-Bumiputera bernilai RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?” Azmin Ali berkata, fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan roh UMNO. “UMNO kini menjadi teras kepada politik gelap,” tegasnya, sebelum menyifatkan UMNO sebagai “childen of darkness” (memetik Reinhold Nienuhr), yang anti kepada demokrasi, kebebasan, keadilan sejagat, dan bersekongkol untuk meneruskan hegemoni yang mencengkam kehidupan rakyat. Sebelum ini, Azmin berkata, “Dalam kekalutan lanskap politik negara yang berada di bawah hegemoni UMNO, politik perkauman sempit menjadi tembok untuk menghalang agenda reformasi daripada mendapat tempat dalam masyarakat.” “Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah. Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan,” katanya. Sempat Azmin Ali mengingatkan, “Pilihan Raya Umum ke-13 adalah Pilihan Raya Umum yang penting buat rakyat Malaysia. Kesemua jentera dan kekuatan harus digerakkan sekarang sebagai penerus kepada momentum yang sedia ada. Sekali lagi kita harus ingat bahawa Pilihan Raya ini bukanlah semata-mata untuk kemenangan KEADILAN tetapi Pilihan Raya ini adalah Pilihan Raya untuk rakyat. Kemenangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bermakna kemenangan rakyat menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO.” Malah sebelum mengakhiri ucapan perasmiannya Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan dan Wanita, Azmin Ali cuba menaikkan semangat ribuan perwakilan yang hadir, “Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang demokratik! Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang makmur! Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang aman dan harmoni! Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang bebas! Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia Baru milik seluruh rakyat Malaysia!” Anwar PM ke-7 Di samping itu, Azmin Ali memberi peringatan keras untuk UMNO, “apa pun konspirasi untuk memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim, kami anak-anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.” Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media sama ada Anwar Ibrahim telah direstui semua parti komponen Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri seandainya PR memerintah di peringkat persekutuan, Azmin sekadar berkata pimpinan DAP seperti Karpal Singh dan Lim Guan Eng pernah menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar dalam isu calon PM, tetapi tidak menyebut pendirian pimpinan PAS. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan