Anwar Ibrahim |
- Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan
- Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan?
- Muhyiddin! Kalau Panik pun Janganlah Tunjuk Sangat — Aspan Alias
- Bill Limiting Street Protests Moves Ahead in Malaysia
- Ahmad Maslan Dan Kedangkalannya
Skandal NFC: Usahawan Yang Mengemukakan Idea Tidak Dipanggil Semasa Proses Bidaan Posted: 30 Nov 2011 05:24 AM PST Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan Projek Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul. 3. Syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Professor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University (lihat Lampiran 1). 4. Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artificial insemination menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu. Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil, berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC. 5. Syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan MARDI dan hampir menandatangani MOU (lihat Lampiran 2 dan Lampiran 3). 6. Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Sembilan (lihat Lampiran 4 dan Lampiran 5). Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan? Posted: 29 Nov 2011 10:49 PM PST Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau. Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita. Tiada sebab beliau patut menyalahkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa NFC atau keluarganya untuk membeli dua kondominium mewah dengan dana awam. Selain itu, benarkah tanpa status beliau dalam BN, beliau berani katakan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan projek tersebut kepada suami dan anak beliau? Adakah mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi atau kepakaran dalam membangunkan industri ternakan lembu? “Naib PresidenPKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle. Tiada kaitan dengan saya Yang luar biasanya, Shahrizat menganggap bahawa dia tidak ada kaitan dengan skandal RM250 juta NFC, walaupun Ketua Audit Negara telah mengatakan bahawa projek tersebut dalam “keadaan kucar-kacir”. Menurut beliau, Pakatan Rakyat sebenarnya cemburu akan beliau kerana kekuatan sayap Wanita Umno itu. Ironinya, hanya beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin -yang juga Timbalan Presiden Umno – mengakui bahawa Wanita, Puteri dan Belia tidak mencapai jangkaan Umno. “Saya bersetuju mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa orang lain juga berkongsi pendapat yang sama (bahawa Pemuda, Puteri dan sayap Wanita dilihat sebagai tidak aktif seperti sebelum ini). Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan ini dalam mesej khas kepada sayap parti baru-baru ini, “Muhyiddin memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini. “Perjumpaan ini diadakan kerana kita mahu mereka menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang lebih besar kerana pandangan orang luar terhadap pergerakan Pemuda dan Puteri tidak mencapai jangkaan. Kami memang akui ini.” Tulisan di dinding Kelihatan seperti akan berlaku satu pertelingkahan politik dan kemungkinan Shahrizat tidak mampu untuk terus hidup. Tanda-tanda sudah jelas dan dia mungkin tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengumumkan rancangan beliau meletak jawatan sebagai ketua Wanita sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. Sementara itu, Shahrizat berjanji untuk berjuang. Beliau berjanji untuk menangani kontroversi NFC semasa perhimpunan agung Umno minggu ini, walaupun menegaskan bahawa “Ia tiada kaitan dengan saya.” “Tidak ada masalah jika isu NFC dibahaskan. Saya akan menjawab semasa perhimpunan Wanita Umno. Saya akan menghantar satu mesej yang jelas kepada orang-orang di luar sana, Malaysian Insider melaporkan beliau sebagai berkata dan merujuk kepada Pakatan Rakyat. “Sebagai seorang wanita saya perlu bertenang. Mereka (Pakatan Rakyat) lakukan ini kerana mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. ” This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Muhyiddin! Kalau Panik pun Janganlah Tunjuk Sangat — Aspan Alias Posted: 29 Nov 2011 10:25 PM PST Muhyiddin Yassin semasa meresmikan perhimpunan 3 sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Putri semalam menggunakan isu sensitif yang tidak masuk akal semata-mata kerana desperate mendapat sokongan orang Melayu yang tidak mungkin mahu bersatu lagi di bawah payung Umno. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan kenapa Timbalan Presiden Umno itu menunjukkan sangat rasa desperado beliau dengan membidas parti-parti lawan dan individu yang tidak sealiran dengan Umno dengan tuduhan yang bukan-bukan. Orang ramai tahu yang Umno sedang desperate tetapi sebagai pemimpin besar kepada parti yang buat sementara ini masih memerintah, elok jangan tunjukan rasa tertekan itu terang-terangan. Jika rakyat nampak serta membuat penilaian terhadap roh ucapan Muhyiddin itu ia tidak lari dari rasa desperate untuk terus berkuasa dan boleh di kira sebagai ucapan yang tidak setimpal dengan jawatan besar yang beliau pegang itu. Apa yang di katakan oleh Muhyiddin itu boleh di baca dengan tepat. Kita boleh "menyelam air dalam tunggak" tentang apa sebenarnya dirasakan oleh Timbalan Presiden Umno itu. Agaknya sudah puas memendam rasa desperate itu, maka ianya terluah semasa ucapan perasmian pergerakan wanita, pemuda dan putri semalam. Raja-Raja di hina oleh pemimpin-pemimpin Umno yang Muhyiddin menjadi ahli dan sekarang menjadi Timbalan Presidennya. Akhirnya di pinda perlembagaan untuk menyekat kuasa Raja-Raja dalam banyak hal secara biadap dan tidak bertemaddun. Kalau dahulu orang Melayu ibarat duduk di dalam peti besi yang mempunyai 9 kunci untuk mempertahankan bangsa kita itu tetapi semua sembilan kunci itu di buang dan orang Melayu terdedah dengan segala ancaman. Ini semua perbuatan pemimpin besar Umno yang saya sudah malas untuk menyebut nama mereka. DAP tidak pernah menghina raja-raja Melayu. Umno lah parti yang terbukti menghina raja-raja Melayu dan institusi raja itu. Orang seperti saya masih hidup untuk melihat dan menjadi saksi terhadap segala kecelakaan yang di cipta Umno yang baru ini. PAS tidak pernah menghina raja-raja Melayu seperti yang di lakukan oleh Umno. Muhyiddin sepatutnya ada sedikit kesiluan untuk menuduh orang lain yang tidak menghormati raja-raja itu. Jika dahulu mereka pernah hina raja-raja apa yang boleh menghalang mereka untuk menghina baginda raja-raja Melayu jika raja Melayu bertindak untuk membetulkan keadaan buruk ciptaan Umno ini. Umno berkemampuan untuk melakukan apa sahaja waimma menghina raja Melayu sendiri apabila berada di dalam kesempitan seperti pernah berlaku hampir 20 tahun dahulu. Muhyiddin seterusnya menuduh DAP akan menubuhkan negara Republik dan ini merupakan satu tuduhan yang sangat gila. DAP telah menyatakan dengan jelas yang mereka tidak akan menjadi PM kerana mereka tahu mereka tidak boleh menungkah arus kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti dalam negara ini. DAP juga telah jelas menyatakan yang parti itu tidak mungkin menghantar wakilnya menjadi PM kerana parti itu tidak mempunyai cukup kerusi jika menang semua kerusi yang di tandingi mereka. Kalau hendak mengira pun tidak tahu bagaimana rakyat hendak meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan kita khususnya terhadap Muhyiddin? Dalam isu DAP ini Muhyiddin nyata bercakap bersalah-salahan dalam satu rangkap kata-katanya. Muhyiddin menyatakan yang DAP itu sebagai sebuah parti multiracial yang di dominasi oleh kaum cina. Tetapi apa bila DAP bergerak untuk meminta orang Melayu menyertainya orang-orang Melayu itu di anggap sebagai pengkhianat kepada negara pula. Muhyiddin tidak langsung mahu mengaku bahawa pemimpin-pemimpin yang mencuri harta rakyat itu adalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Apakah bezanya perasuah-perasuah dalam pimpinan Umno itu dengan perompak Botak Chin yang dibunuh oleh polis dalam siri tembak-menembak dengannya pada pertengahan lapan puluhan dahulu? "Pembangkang itu anti Islam, dan tidak memperjuangkan Islam" kata Muhyiddin. Jika itu kata beliau persoalannya adakah Umno itu benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang di war-warkan. Jika benar Umno itu memperjuangkan Islam kenapa rakyat mempunyai persepsi yang pemimpin Umno kebanyakannya ada pemimpin rasuah? Adakah persepsi buruk ini ciptaan pembangkang? Bagaimana pembangkang hendak memfitnah pemimpin Umno itu rasuah kalau tidak ada bukti yang jelas yang Umno itu benar-benar rasuah? Kalau pemimpin parti itu rasuah, adakah layak parti itu di anggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam? Rasuah berlaku di setiap peringkat dalam kerajaan BN ini, kenapa tidak malu untuk mengaku yang kerajaan BN itu memperjuangkan Islam? Takkanlah mengambil rasuah itu perjuangan Islam. Islam apa itu? Saya ingin bertanya, adakah pemimpin utama negara yang menggunakan kuasa dengan mengambil lebih dari satu billion wang rakyat bagi menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar? Islamkah itu? Berniaga apa itu? Sebenarnya yang ramai dalam Umno ini ialah orang Muslim tetapi Islamnya sudah pupus. Kalau di negara maju di barat, Muslimnya tidak ramai tetapi Islamnya banyak. Seorang ahli kabinet Britain telah hilang jawatannya hanya kerana mempercepatkan proses memberikan permit pekerjaan kepada pembantu rumah kawannya. Itu pun di anggap salah kerana di sana etika kepimpinannya amat tinggi seperti etika kepimpinan Islam yang tulin. Itu sebabnya saya katakan walaupun mereka bukan Muslim tetap nilai yang dipakai dalam kepimpinannya adalah nilai-nilai Islam. Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang di sini Muslimnya ramai Islamnya sudah hampir lupus sedangkan di sana Muslimnya kurang sangat tetapi Islamnya di mana-mana. Ucapan Muhyiddin benar-benar menanamkan sifat benci membenci di antara kita. Adakah itu tuntutan Islam yang dikatakan Muhyiddin sebagai perjuangan Islam Umno? Sikap Muhyiddin ini bertepatan dengan perbilangan, "sayang bertompok-tompok, benci merata-rata". Apa yang diucapkan Muhyiddin itu menampakan yang Umno itu sebagai parti yang "unIslamic" dan jauh sekali sebagai parti kebangsaan orang Melayu serta sebagai sebuah badan politik yang boleh menyatukan rakyat. Orang Melayu sendiri pun sudah tidak mahu lagi bernaung di bawahnya. Apa yang Umno mampu meningkatkan ialah gerombolan yang sentiasa terintai-intai peluang untuk mendapatkan keuntungan peribadi dan kekayaan keluarga dan kelompok mereka sendiri. Hakikatnya Umno sudah lama tiada. Umno itu hanyalah tinggal sebagai satu bahan sejarah perjuangan orang Melayu. Umno hanyalah satu nama… sama seperti nama-nama yang diberikan kepada jalan-jalan raya dengan nama-nama mereka yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini lagi seperti Jalan P. Ramlee, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Siamang Gagap, Jalan Burhanuddin Helmi, Jalan Loke Yew dan sebagainya. Rakyat tahu yang parti Umno ini hanyalah sebuah parti asing yang meminjam nama Umno itu sahaja. Seperti seorang kawan saya, Haji Arshad, yang memberi nama anaknya Sudirman. Walaupun anaknya bernama Sudirman Haji Arshad, Sudirman ini tidak pandai menyanyi. Haji Arshad ini menamakan anaknya Sudirman kerana minat beliau kepada Sudirman seorang penyanyi yang telah lama meninggalkan kita. Begitu jugalah Umno ini. Ia hanya nama kepada parti yang telah mati lebih dari dua dekad yang lalu. Itu sebabnya Umno yang ada ini susah hendak di fahami orang kerana hakikatnya ia adalah parti lain yang hendak berlagak seperti Umno. Serba serbi tidak menjadi. — aspanaliasnet.blogspot.com This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Bill Limiting Street Protests Moves Ahead in Malaysia Posted: 29 Nov 2011 08:07 PM PST The lower house of the Malaysian Parliament approved a measure Tuesday that would ban street demonstrations, hours after hundreds of lawyers and activists chanting "freedom to the people" protested against the legislation, which they said would further restrict democratic rights in the country. The Peaceful Assembly Act must still be approved by the upper house, the Senate, before it takes effect, but analysts said that they expected easy passage because the Senate was dominated by government members. Opposition party members, who had called for the legislation to be withdrawn, walked out of Parliament before the vote Tuesday, saying that they would refuse to participate because only three opposition members had been permitted to speak on the issue. The legislation, which would impose fines of up to 20,000 ringgit, or $6,000, on violators, comes after Prime Minister Najib Razak pledged in September to embark on a series of reforms. Civil rights groups and opposition parties say Mr. Najib has failed to deliver on his promise to make Malaysia a "modern, progressive nation" and that the Peaceful Assembly Act is more repressive than existing laws. Lim Chee Wee, president of the Malaysian Bar Council, which organized the protest Tuesday, said the ban on street processions violated the "constitutionally guaranteed right" to have an "assembly in motion." "The Malaysian Bar Council is very disappointed that the government is rushing with unholy haste this piece of legislation without seeking adequate feedback from relevant stakeholders," he said. Under existing law, Malaysians must apply for a police permit for gatherings of more than five people. The Peaceful Assembly Act does not require people to obtain a permit, but organizers must notify the authorities 10 days in advance unless they are meeting in "designated places," which are not specified in the bill. No gatherings would be permitted within 50 meters, or about 160 feet, of prohibited places including hospitals, schools or places of worship, and no one under the age of 21 would be permitted to organize a protest. The police would be able to impose conditions, including the date, time and place of the assembly. During the march Tuesday, a police roadblock prevented most of the lawyers from reaching Parliament. However, 10 members of the Malaysian Bar Council were allowed to enter. Mr. Lim, who handed copies of a draft alternative bill to V.K. Liew, a deputy cabinet minister, and to Anwar Ibrahim, the opposition leader, in the Parliament lobby, was cheered when he returned to the crowd of waiting lawyers. "Today we have shown to the Parliament we can have a peaceful walk for freedom," he said, adding that the Bar Council would keep up its fight against the bill. "We must continue to knock on the doors of Parliament to make sure this bill doesn't enter the statute books," he said. Mr. Lim later said in an interview that the Bar Council would continue to lobby the government and senators against final approval. "The Bar will not give up hope in its objective of preventing this bill becoming law," he said. International rights groups, including Amnesty International, had also called for the bill to be withdrawn, saying that it would further tighten the country's "excessive restrictions" on peaceful protests ahead of elections widely expected to be called early next year. "If the Malaysian government is serious about holding free and fair elections, it needs to end this assault on the right to peaceful protest," Sam Zarifi, Asia-Pacific director at Amnesty International, said in a statement. After meeting with Bar Council representatives, Mr. Anwar said that the law was more repressive than those found in Zimbabwe and Myanmar. "We cannot accept the bill as it stands," he said. The outcry over the Assembly Act has largely overshadowed the government's announcement last week that it would repeal three emergency laws that allowed detention without trial and that it would permit students older than 21 to join political parties. Mr. Najib's pledge to introduce a series of reforms came after the government was condemned for its handling of a July protest at which tear gas and water cannons were used to disperse thousands of demonstrators calling for greater transparency in elections. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Ahmad Maslan Dan Kedangkalannya Posted: 29 Nov 2011 05:44 PM PST The Malaysian Insider Inilah kenyataan yang paling dangkal yang saya dengar dari Ahmad Maslan, ketua penerangan Umno. Nampak sangat dia malas membaca kerana kalau dia membaca dan faham apa yang dibaca, dia tidak mengeluarkan kenyataan yang bingung macam ini. Helo brader, semua orang dah tahu hal ini. Lihat sahaja keputusan pemilu 2008. Jumlah pengundi Melayu semuanya 5.7 juta. Calun Umno mendapat 2.38 juta undi. Katakan lah 380,000 pengundi tersebut adalah pengundi bukan Melayu. Itu bermakna, dari 5.7 juta pengundi Melayu, calun Umno hanya mendapat 2 juta undi. Jika ahli Umno sahaja sudah ada 3 juta lebih, maka itu bermakna 1 juta lebih ahli Umno tidak mengundi calun Umno sama ada kerana mereka tidak mendaftar diri atau enggan mengundi calun Umno. Umno tidak lagi boleh mendakwa mereka mewakili suara dan aspirasi bangsa Melayu. Umno dah hilang monopoli.Bolehkah orang Melayu yang merupakan 65 peratus penduduk Malaysia, hilang dominance mereka? Matematik mana Ahmad Maslan pelajari? Ertinya, Ahmad Maslan tidak perlu mengulangi kelemahan Umno. Dia lebih perlu menjawab mengapa rakyat meluat melihat Umno. Sekurang kurangnya, presiden Umno lebih teliti dalam observasinya. Orang dah kenal sangat sifat-sifat orang Umno yang ek — baju linen, kereta besar, cermin mata hitam dan lain-lain lagi petanda2 luaran. Dan orang tahu, kebanyakan pemimpin Umno seperti Ahmad Maslan adalah tin kosong. Ahmad Maslan ini sendiri semasa jadi ketua penerangan Umno akan sentiasa memulakan ucapannya dahulu dengan mencerita hal dirinya sendiri. Bagaimana dia yang tak tahu apa2 pun, tiba2 di angkat oleh Datuk Najib jadi pegawai yang in charge Felda, kemudian di lantik timbalan menteri dan terus ketua penerangan. Boleh jadi kerana kamu, Ahmad Maslan sudah jampi Datuk Najib dengan serapah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan apa apa lagi. Semua orang yang mendengar ucapan Ahmad Maslan pada masa itu tertanya-tanya, apa jadahnya kaitan cerita nasib baik kamu dengan tugasan yang mendepani organisasi Umno? Syukurlah kamu bernasib baik tapi jangan melembukan ahli Umno yang lain dengan cerita karut marut dan buah fikiran yang dangkal. Belum sempat saya habis baca ulasannya mengenai Umno ada 3.4 juta ahli(yang semua mahu menunggang Umno) saya terbaca komennya dalam ucapannya di sebuah forum Melayu pasca PRU13. Ini satu lagi buah fikiran yang dangkal lagi. Macam mana Melayu hilang kuasa dan kedudukan? Melayu akan hilang kuasa kalau mereka tidak ada pelajaran, kalau mereka tidak kompetitif dan sebagainya. Melayu tak hilang kuasa jika tidak bertali urikan Umno. Umno yang banyak menjahanamkan kepentingan Melayu. Tajuk forum yang terlebih baik ialah Melayu Umno pasca PRU13. Hari ini, kepentingan Melayu boleh di perjuangkan diatas wadah apa sekali pun, ianya bergantung kepada dedikasi dan kepandaian yang empunya diri. Kita tanya Ahmad Maslan, bila Shahrizat bertindak sebabagi pemudah cara pemberian grant kepada Dr Salleh, ada dia fikir mengenai kepentingan bangsa Melayu? Apakah Dr Salleh akan senang dapat grant tersebut ketika rekodnya mengurus Technology Park Malaysia sangat buruk kecuali merit yang dia ada ialah dia suami Shahrizat Jalil? Tidak bukan. Sebab dia mahu melembukan semua orang Melayu. Setelah sebulan isu feedlot ini di bangkitkan baru sehari dua, Shahrizat kata, dia takde kena mengena dengan isiu feedlot? Dan bila kita membayar pembelian kereta APC oleh Deftech dengan membayar RM6 billion lebih tinggi dari harga RM1.2 billion, duit RM6 billion itu untuk orang Melayu? Dan di mana Umno menghilangkan diri bila MAS yang sepatutnya menjadi kebanggan negara Malaysia, sedang di canibalise supaya beberapa orang membuat wang yang banyak. Si Ahmad Maslan ini betul2 tidak membaca apa guruh yang sedang membuak di kalangan orang Melayu. Orang Melayu melihat Umno hari ini organisasi yang membenarkan perlanunan dan samun dan rompakan keatas orang Melayu sendiri. Dan kalau Ahmad Maslan membaca dengan teliti lagi, dia akan dengar orang ramai berkata Ahmad Maslan can shove his remarks up that part of his anatomy where the sun does not shine! — sakmongkol.blogspot.com This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan