|     Posted: 27 Oct 2011 03:54 AM PDT Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak  wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata  lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas  pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada  Oktober 2008. Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009. Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri  untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan  pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani  dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan. "Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, 'memang salah untuk memalsukan keterangan'. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk 'menolong IGP' (merujuk  kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan  palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan," kata Mat  Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada  pertemuan mereka. Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara. Mat Zain seterusnya menulis, "komen terhadap Musa Hassan pula, YAB  menyatakan antara lainnya, 'saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah  seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri." Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib. Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, "selanjutnya YAB telah  memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas  dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh  kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini,  jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . ." 
 | 
  |     Posted: 27 Oct 2011 02:51 AM PDT                                                                       KUALA LUMPUR - Datuk Ambiga Sreenevasan labelled today Tan Sri  Abdul Rahim Mohd Noor an "oppressive dictator" after the country's  former chief of police likened the rise of the human rights movement to  communism. The chairman of electoral reforms movement Bersih 2.0 said that Abdul  Rahim's opening speech for Malay rights group Perkasa's general  assembly yesterday "shows a lack of understanding of both human rights  and the status of communism today." "It is a view that would only be held by dictators and oppressive regimes who abhor dissent," she told The Malaysian Insider. Yesterday, Abdul Rahim called the human rights movement a "new  religion" that would lead to Malaysia's social contract being  questioned. The former IGP warned that civil liberty activists saw the US and UK  as their spiritual home, and drew parallels to how the Comintern had  engineered the global spread of communism from its Moscow base. But Ambiga, who led tens of thousands of marchers into the capital on  July 9 to call for free and fair elections, said Abdul Rahim should  read the Federal Constitution "that enshrines fundamental liberties and  therefore human rights." "It is evident that the former IGP is unaware that Malaysia is on the  Human Rights Council and that we sought membership on that council by  making pledges and a solid commitment to human rights," she added. Bersih went ahead with its July 9 demonstration in defiance of a  government ban and police action. Nearly 1,700 were arrested, scores  injured and one ex-soldier died during the rally. International condemnation of Putrajaya's clampdown led Datuk Seri  Najib Razak to announce in August a parliamentary select committee on  electoral reforms. The prime minister also initiated a raft of democratic reforms  including the repeal of the Internal Security Act to give Malaysians  more freedom. A coalition of Muslim NGOs also organised a rally last week to stand  up to the "challenge of Christianisation" after repeated allegations of  proselytisation levelled against the church. Abdul Rahim resigned from the police force after confessing to  assaulting Datuk Seri Anwar Ibrahim when the former deputy prime  minister was under custody over sodomy charges.   - Malaysian Insider  | 
  |     Posted: 27 Oct 2011 01:49 AM PDT                                                                       I refer to the statement by former Prime Minister Dr Mahathir  Mohamed that Malaysians should be granted human rights " only as far as  we are able to" and that the opposition's struggle for human rights is  for their own benefit and "excessive". It is no surprise that Dr Mahathir has taken this irresponsible,  mischievous and dishonest position. During his harsh and intolerant 22  year long reign as the country's Prime Minister, Mahathir subverted and  undermined most of the rakyat's basic rights. Key fundamental rights guaranteed to the rakyat under Part 2 of the  Federal Constitution were rendered ineffective and meaningless under  Mahathir's rule, and remain so under current Prime Minister Najib. Detention without trial laws were used against the opposition,  activists, social workers and even against opponents within the ruling  UMNO itself. A prominent victim was former Deputy Prime Minister Anwar  Ibrahim, who was sacked, beaten and detained under the ISA in September  1998, for having opposed Mahathir's policies. Cynically using the excuse of national security and race relations,  Mahathir used an arsenal of oppressive laws to intimidate and imprison  political opponents, and to strengthen his personal grip on the country. In fact, Mahathir should be put on trial for abusing state powers and  undermining independent institutions such as the police, judiciary,  civil service and election commission. His acts when in power were  criminal in nature, and caused far-reaching damage to our institutions  and structures of governance.  History will judge Mahathir harshly. Proxy war The objective of the long struggle for human rights by the political  opposition and activists is to return to the Rakyat the fundamental  rights once given to them in the Federal Constitution. How can it be 'excessive' to demand freedom of speech, freedom of  peaceful assembly, freedom of association or freedom from arbitrary  detention? These are among the basic freedoms that were stolen from the  Rakyat by Mahathir and his various predecessors and successors. It is not "excessive rights like the West" that the rakyat ask for,  but the basic rights provided for in the Malaysian Federal Constitution.  These fundamental freedoms are essential to preserve our dignity as  human beings, and to enable us to question and keep the government in  check. It is increasingly clear that PM Najib and UMNO are fighting a proxy  war against the Rakyat's struggle for human rights using irresponsible  and intolerant organisations and individuals like Perkasa and Dr  Mahathir. This kind of transparent stratagem fools no one. We call upon Prime  Minister Najib and his government to do the right thing: return to the  Rakyat their stolen freedoms. N Surendran is a prominent human rights lawyer and vice president of PKR | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 05:38 PM PDT  Hudud : Hukum mencuri Mee Segera dan Cincin RM24 juta. (Video Inside)  Ramai  orang termasuk orang Islam jahil tentang hukum hudud. Sehingga ada yang  memandang hudud sebagai satu hukum yang zalim dan ganas. Ada  orang Islam yang jahil menyatakan bahawa kalau hudud dilaksanakan maka  ramai orang Islam akan kudung tangan dan sesiapa yang ingin makan sup  tangan boleh pergi ke Kelantan. Ada juga yang berani menyatakan hukum hudud tidak sesuai dijalankan di negara kita. Tanpa  mereka sedar pandangan dan kenyataan mereka itu adalah serius dan boleh  menjejaskan akidah mereka sendiri. Semuanya dilakukan kerana memang  jahil atau mereka mempunyai niat jahat terhadap hudud. Kita tidak  hairan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin atau orang bukan  Islam tetapi malangnya ia keluar dari mulut umat Islam malah pemimpin  umat Islam sendiri. Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk  sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan  hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam  tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman  potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti  kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak  akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia  layak dijatuhkan hukuman potong tangan. "Kalau si pencuri itu  mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang  ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka  ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam  debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas. "Hudud  ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang  takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar. Turut  menjadi ahli panel pada program tersebut ialah Pensyarah Universiti  Pertahanan Nasioanl, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Persatuan  Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralit. Program tersebut dipengerusikan  oleh Dr Maszlee Malik. | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 05:24 AM PDT Anwar: Tiada alasan Laporan Audit lewat diedar kecuali ada muslihat sembunyikan faktaAnwar Ibrahim | Oct 26, 2011 12:37:56 am                                 Laporan  Ketua Audit Negara 2011 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat  bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara  sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan  sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat  pada hari Isnin, 24 Oktober 2011.  Pengedarannya lewat 17 hari dari  tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.
 Kegagalan  pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen  Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai  Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan  Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Amrin Bin  Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai  Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari  Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011.  Sewajarnya  tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecualilah ada  muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.
 
 
  Hasil  dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32  Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat Kerajaan,  Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan  aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang  berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang  berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan  serta kepakaran.  Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan,  kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di  bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan. 
 Mengaibkan adalah  pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang  mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin.  Antara  projek dan aktiviti tersebut adalah:
 
 1. Kelemahan pengurusan  Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan,  Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010  dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.
 
 "Unit  Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah  agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9.   Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada  bulan Disember 2010 di seluruh negara.  Pada tahun 2010, sejumlah  RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini.   Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan  Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan  projek di peringkat negeri.  Pengauditan yang dijalankan antara bulan  September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai  2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek  peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68  projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya.  Juga terdapat  kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak  mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu  terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak  lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan  oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor  tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap;  komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan."  - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.
 
 2.   Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah  Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan  membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana  peruntukan tidak mencukupi.
 
 "Insentif Peningkatan Hasil Padi  (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan  hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.  Mesyuarat Jemaah  Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan  pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007.  Sejak skim ini dilaksanakan  sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada  peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar  Jaminan Bekalan Makanan.  Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos  hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan  pengeluaran padi telah dapat dicapai.  Bagaimanapun, terdapat beberapa  kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut  BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak  mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah  RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah  bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan  BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil  padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan." - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.
 
 3.  Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan  di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.
 
 "Program  penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak  dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd,  Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.  Mengikut  perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan  setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat  kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan  antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan  jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua  telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga  2010.  Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan  jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang  digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut  spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak  memuaskan." - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.
 
 4.  Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 di  pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk  penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.
 
 "Laporan  Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2)  berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan  merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.  PRE 2 telah  dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan  2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion.  Sehingga 31 Disember  2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27  Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek.
 
 Daripada  jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan  melibatkan 49,169 (95.4%) projek.  Pengauditan yang dijalankan pada  tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan  201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran  berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan  Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.  Laporan Ketua Audit Negara  mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan  yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek;  perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematuhi  peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak  tepat/tidak dipatuhi.  Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran  dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan  sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk  tujuan asal projek."  - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.
 
 
  Sungguhpun  Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan  dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum  terpenuhi.  Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi  bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri.  Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi  Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas  demi manfaat rakyat Malaysia.  Tanpa iltizam serta kegigihan dan  tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini,  segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan. 
 *Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Pembangkang Parlimen.
 | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 05:14 AM PDT Penggantungan Aziz Bari: Kebebasan akademik atau kebebasan politik?Lim Hong Siang | Oct 26, 2011 03:51:27 am                                 Kenyataan  Profesor Abdul Aziz Bari yang mengheret beliau sehingga digantung tugas  seketika mungkin "tidak cukup radikal" dari kaca mata sesetengah  pihak.  Malah, ramai lagi ahli akademik  pernah melontarkan  pandangan-pandangan yang jauh lebih kritikal, berbanding dengan apa yang  dikemukakan Abdul Aziz Bari, tetapi tidak dikenakan tindakan sehingga  kini.  Persoalannya, mengapa pula pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menjadi sasaran?
 
  "Kerajaan melihat Abdul Aziz Bari sebagai jurucakap (spokeperson)  untuk Pakatan Rakyat," demikianlah pandangan yang dilontarkan Latheefa  Koya (gambar kiri), Pengarah Biro Guaman KeADILan, cuba membangkitkan  soal "kebebasan politik", ketika isu penggantungan Abdul Aziz Bari  dibincangkan dalam konteks kebebasan akademik. 
 Secara  terus-terang, Latheefa Koya berkata ahli akademik yang pernah membuat  kenyataan yang lebih "radikal" berbanding Abdul Aziz tidak diambil  tindakan kerana mereka tidak dilihat bersekutu (aligned) dengan  parti politik.  Sebaliknya, Abdul Aziz dilihat bersekutu dengan Pakatan  Rakyat dari kaca mata Barisan Nasional, biarpun beliau boleh mendakwa  bahawa dirinya berkecuali.
 
 
  Namun,  penggantungan tugas Abdul Aziz tetap salah, tegas Latheefa Koya.   Beliau mengingatkan bahawa isu penggantungan Abdul Aziz lebih kepada  persoalan kebebasan politik, daripada kebebasan akademik; malah kita  perlu sedar dengan realiti bahawa kita tidak memiliki kebebasan politik  di sini. 
 Latheefa Koya berkata demikian dalam sesi soal-jawab  satu forum Kebebasan Akademik anjuran bersama Akademi Pak Sako dan  Gen-S, di Shah Village Hotel, Petaling Jaya, semalam.  Antara panelis  forum termasuklah Azmi Sharom (Presiden Persatuan Kakitangan Akademik  UM), Hasmi Hashim (penulis bebas), Fadiah Nadwa Fitri (Lawyers For Liberty)  dan Fahmi Reza (Pengarah Filem), dengan Afif Bahardin (Akademi Pak  Sako) sebagai moderator.  Kira-kira 40 orang hadir dalam forum, namun  Profesor Abdul Aziz Bari yang dijadualkan sebagai panelis, akhirnya  gagal menghadirkan diri.
 
 Apa salahnya pelajar berkempen dalam pilihan raya?
 
 Meskipun  bersikap sinikal terhadap parti politik, sama ada pemerintah mahupun  pembangkang, namun Fahmi Reza bersetuju dengan Latheefa Koya dalam isu  ini.  Beliau mengambil contoh kes UKM 4, yang diambil tindakan kerana  dituduh berkempen dalam pilihan raya kecil.  Fahmi menganggap  keempat-empat siswa UKM tersebut seharusnya secara berani mengaku bahawa  diri mereka pergi berkempen, dan tidak harus berselindung di sebalik  alasan "kita di situ untuk membuat kajian kerana kita dari jurusan Sains  Politik".
 
 
  "Apa  salahnya kalau orang ni pergi berkempen dalam pilihan raya?" pertikai  Fahmi (gambar kiri),  sebelum meneruskan, "Tuntut hak anda untuk  terlibat dalam politik!  Sebab sebagai warga negara, anda harus memiliki  hak tersebut... Mereka ada hak untuk berada di sana, walapun mereka  adalah pelajar, sebab mereka adalah warga negara!" 
 Fahmi berkata,  "'Ya, saya sokong parti (politik) itu, dan saya kempen untuk mereka'.   itu seharusnya cara kita mengolah isu ini, apa salahnya?"
 
 Pengarah filem "10 tahun Sebelum Merdeka"  ini berkata, sebenarnya pencabulan kebebasan akademik dalam kampus  sudah lama berlaku, sebelum berlakunya kes Abdul Aziz Bari.  Fahmi Reza  mengambil dirinya sebagai contoh, mengisahkan pengalaman bagaimana  dirinya pernah dihalang daripada memberi kuliah kepada siswa dalam  universiti, tentang pergerakan siswa tempatan pada zaman 1960-an.
 
 
  Di  samping itu, beliau turut berkongsi sejarah bagaimana AUKU digubal pada  tahun 1971, selepas siswa terlibat untuk berkempen dalam pilihan raya  umum pada tahun 1969, di mana mereka yang tidak berkepentingan ini,  tampil dengan manisfesto untuk menolak politik perkauman. 
 Kebebasan akademik tidak harus disekat undang-undang
 
 Sementara  itu, Azmi Sharom menganggap bahawa tidak perlu ada sekatan untuk  kebebasan akademik, ketika menjawab soalan moderator.  "Kebebasan  akademik bermaksud pandangan anda dicabar dengan penjelasan yang  setaraf, ataupun lebih baik.  Displin akademik adalah limitasi kebebasan  akademik, bukan undang-undang," tegasnya.
 
 
  Beliau  menjelaskan, seandainya dirinya menyatakan sesuatu atas kapasiti  sebagai seorang pensyarah, maka beliau mestilah bersedia untuk menerima  apa-apa kritikan.  Dan kalau dirinya dibuktikan salah, maka itu limitasi  beliau.  Dan kerja-kerjanya boleh dikritik, sekiranya tiada data, tiada  rujukan atau memplagiat kertas orang lain, dan itu adalah limitasi  dirinya. 
 "Bukan undang-undang, atau canselor universiti untuk  memberitahu di mana limitasi  saya.  Limitasi saya ialah integriti  saya," kata Azmi Sharom (gambar kiri).
 
 Hasmi: Hujah benar lazim cabar status quo
 
 Selain  itu, Hasmi Hashim cuba mengaitkan nasib pemikir Socratas, pada zaman  silam di kota Athens, di mana beliau dihukum atas tuduhan menghasut  orang muda.  "Hujah yang benar lazimnya akan mencabar status quo, sama ada status quo itu kita pindah dalam institusi dengan nama universiti, atau status quo tu kita pindah dalam institusi yang namanya pemerintah, kerajaan, tak kisahlah..." kata Hasmi Hashim.
 
 
  Beliau berkata, isunya bermula dengan kritikan Abdul Aziz Bari terhadap titah Sultan Selangor, yang disiarkan dalam Malaysiakini.  Kemudian berita ini dipindahkan Utusan Malaysia, dan dinyatakan Aziz Bari derhaka, ataupun cuba untuk derhaka. 
 "Macam  mana kita nak tahu orang tu cuba atau tak cuba untuk derhaka ni?  Kalau  kita tak bincang?  Bincanglah dia cuba macam mana.  Belum lagi bincang,  tindakan dah dikenakan, iaitu gantung Aziz Bari..."  pertikai Hasmi  (gambar kanan), yang menyifatkan tindakan ini sebagai tindakan yang  tidak bertamadun.
 
 Fadiah: Saya salahkan UIA
 
 Fadiah  Nadwa yang merupakan bekas pelajar Aziz Bari di UIAM berkata, "Dalam  kes ini, saya salahkan UIA.  Kalau kerajaan gunakan polis, kerajaan  gunakan MCMC, kerajaan gunakan undang-undang draconian untuk  menyekat kebebasan bersuara Aziz Bari, UIA sepatutnya membela Aziz Bari,  membela prinsip ilmu, membela maruah dan budaya ilmu, dan bukannya  bersekongkol dengan menggunakan taktik-taktik kotor, menyekat dan  menyenyapkan Profesor Aziz Bari."
 
 
  Malah,  beliau mengeluh dengan suasana kampus sekarang, "Saya graduan UIA.   Saya belajar dengan Profesor Aziz Bari.  Tapi kalau ditanya balik empat  tahun saya buat ijazah saya di UIA, saya tak ingat nama lecturer-lecturer  lain yang ajar saya, yang berkesan kepada saya untuk saya berada di  sini pada hari ini, untuk bercakap tentang hak asasi manusia, untuk  bercakap tentang kebebasan, keadilan..." 
 Peguam muda yang aktif  dalam gerakan sosial ini berkata, "Saya belajar undang-undang, saya  sepatutnya belajar tentang keadilan, belajar tentang kebebasan.  Tetapi,  tak ada environment yang memberikan saya peluang untuk ...saya rasa, Oh My God, I have to do something for my country.  I have to fight the system, if the system is so wrong."
 
 Fadiah  Nadwa (gambar atas) sempat mengungkit masalah yang wujud dalam sistem  pendidikan, sehingga siswa-siswi asyik untuk bekerja mencari wang, tanpa  ingin mengambil tahu isu-isu yang penting.  "Kerana mereka telah  diletakkan dalam sistem yang menyebabkan kita menyerah kepada sistem  yang sedia ada.  Kita tidak mencabar, kita tidak bertanya, kita tidak  berdialog kerana tiada platform di universiti."
 
 Beliau  bersambung, "Maknanya, sistem pendidikan dalam negara kita ini telah  berjaya menjauhkan mahasiswa dan juga para ilmuan dari realiti sebenar  negara dan dunia!"
 *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 05:13 AM PDT             Aziz Bari: Audit Negara Salah Libatkan Kabinet    Wednesday, 26 October 2011 |   Ruangan:    Berita        SHAH ALAM, 26 OKTOBER  : Tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)  merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan, kata  pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu  disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan  Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat lapor Malaysiakini. "Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam  perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet  sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam  Antarabangsa (UIA) itu. "Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara." Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu  menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum  dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan  bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan. Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan  ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya  anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri  menjelaskan kelewatan itu. Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata,  beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab  kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan. Ketika dihubungi, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak  menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi  demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya  segera. "Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat," katanya  sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang  di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu. Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat  tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak  apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan. Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih "amat misteri". Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain. "Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul," katanya lagi. | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 05:13 AM PDT      | Harakahdaily |   | KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ketirisan yang didedah Laporan  Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN  perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs.  Khalil Idham Lim.
 Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai  "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap  pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat  buruk.
 
 "Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas  tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen  itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk  laporan yang dibentang lewat 17 hari itu.
 
 Menurutnya yang juga  ketua penerangan PAS Perak, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang  dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar  di Sabah dan Sarawak semakin bertambah.
 
 Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali.
 
 "Umno  BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang  bertanggungjawab terhadap belanja "berhemah" ini pastinya telah menutup  isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat  melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya  lagi.
 
 Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah  ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh  'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk  kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa  kawalan.
 
 Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat  (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan  tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
 
 Ianya  termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil  Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas  dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin  gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan  bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60.
 
 Sementara  itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut  Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binokular marin'   atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran  bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.
 
 Jabatan itu  juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama  Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar  RM2,827.
 
 Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918  bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan  pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.
 
 Sehubungan  itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh  ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar  kerajaan.
 
 "Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan  dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru  dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih  telus dari segi pengurusan wang negara," katanya.
 
 |  | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 05:12 AM PDT      | Harakahdaily |   | KUALA LUMPUR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS menggesa  rakyat di negara  ini menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai  Indeks Prestasi  Utama (KPI) untuk menilai kecekapan dan keberkesanan  pentadbiran  kerajaan Barisan Nasional.
 Timbalan Ketua, Dewan  Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata,  daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak  kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek  pelbagai kementerian serta agensi kerajaan.
 
 "Di sebalik  pembentangan Bajet 'gula-gula' pilihan raya 2012, yang dianggap ramai  sebagai bajet rakyat kerana banyak peruntukan 'one off' untuk rakyat,  Laporan Ketua Audit Negara 2010 menceritakan segala-galanya.
 
 "Tidak  hairanlah, Laporan Ketua Audit Negara 2010 gagal dibentangkan pada masa  yang ditetapkan iaitu semasa Bajet 2011 tempo hari," katanya dalam satu  kenyataan hari ini.
 
 Beliau merujuk kepada laporan bahawa RM  160.7 juta yang telah diululuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk  membina 300 makmal komputer, namun hanya 2 buah makmal sahaja yang siap  sementara peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum  dapat digunakan.
 
 Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar pula mencatatkan pembelian barangan yang jauh lebih mahal dari harga sebenar.
 
 Antaranya  komputer riba dan pencetak dibeli dengan harga RM 11,845 berbanding  pasaran RM3,428 iaitu 246% lebih mahal, LCD TV dan DVD Player dengan RM  16,100 berbanding pasaran RM 2,182 iaitu 638% lebih mahal, Radar X-Band  dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 iaitu 478% lebih mahal,  Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827,  1893%  lebih mahal, Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM  1,940,  2805 % lebih mahal, Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding  pasaran RM,1561, 177% lebih mahal.
 
 Majlis Sukan Negara pula  mencatat pembelian boros dengan membeli 23 ekor kuda baka khas untuk  sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta.
 
 Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.
 
 Namun,  18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre  International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai  pertandingan.
 
 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula  mencatat pengurusan yang tidak telus dan tidak efektif kerana tidak  membayar RM 110.67 juta insentif kepada 73 291 orang petani.
 
 Kementerian  Sains, Teknologi dan Inovasi pula gagal mengurus secara efektif kerana  peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat  digunakan sehingga kini.
 
 Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.
 
 Selain  itu, terdapat 8 Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama  tiga tahun berturut-turut. Malah, ada syarikat GLC yang mengalami  kerugian seperti Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest  Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian keseluruhan  ialah RM 630.45 Juta.
 
 Mengulas lanjut, Suhaimi berkata kesemua  fakta yang diberikan hanya sebahagian daripada keseluruhan kelemahan dan  kepincangan kerajaan dan ternyata saban tahun negara ditadbir oleh  pemimpin yang tidak cekap, tidak amanah, efisyen dan konsisten.
 
 "Amalan  boros, membazir sudah seakan sebati dalam diri pemimpin negara hari  ini. Harta rakyat seumpama harta 'mak bapak' mereka yang boleh diagih  sesuka hati mereka.
 
 "Cukuplah negara ditadbir oleh mereka yang  kurang berkemampuan, dan berikan ruang pula buat Pakatan Rakyat  mentadbir negara," tegasnya.
 |  
 | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 03:32 AM PDT  Harga 11 beg tangan Rosmah antara RM638 Ribu hingga RM5 Juta ? Isteri  Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana  beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan  mewah jenama Birkin. Ketua Wanita  KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah  membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli  beg tangan berkenaan. Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg  tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000  (US$150,000) bagi setiap satu. "Dalam Belanjawan yang  dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak  memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap  borosnya berbelanja. "Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga  lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat  cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak  baik kepada suri rumah dan golongan wanita," katanya. Minggu  lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis  yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin  oleh isteri perdana menteri. Dalam soalannya, Ahli Parlimen  Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri  Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal  berjenama Birkin. Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan. Katan  Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang  dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi  sekurang-kurangnya 11 warna berlainan. "Jika Nazri memilih untuk  tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini  bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?," soal Teo. http://www.keadilandaily.com/?p=22229 | 
  |     Posted: 26 Oct 2011 02:30 AM PDT             Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus    Tuesday, 25 October 2011 |   Ruangan:    Berita        
 Oleh Naeem Raffi SHAH ALAM 25 OKTOBER :  Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri  Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia  mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus. Kedudukan kewangan ini disifatkan  sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan  Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada  RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun  2009. Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala  hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu  "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah,  Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain. Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah  RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus  berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta. Perbelanjaan mengurus yang dilakukan  turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi  RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun  2009. Selain itu, laporan audit juga  membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan  tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada  RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009. Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah  hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan,  sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang  membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. | 
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan