Jumaat, 28 Oktober 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko

Posted: 28 Oct 2011 02:37 AM PDT

Merdeka Review

Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya – kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.

Ketua Audit berpendapat, “Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA.  Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan.”

Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA.

FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991).  Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum.  Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta.

Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA.

Lebihi had untuk tiga tahun berturut-turut

“Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun FELDA pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%,” menurut Laporan Ketua Audit.

Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008.

Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%).

Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga.  Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka.

Tiada pakar pelabur

Analisis Audit mendapati pelaburan saham siar harga FELDA berjumlah RM891.34 pada tahun 2010 meningkat sejumlah RM106.45 juta atau 13.6% berbanding sejumlah RM784.89 juta pada tahun 2009.  Nilai pasaran pelaburan saham siar harga pada tahun 2010 adalah RM4.43 bilion dengan keuntungan tidak nyata berjumlah RM3.54 bilion atau 397.1%.  FELDA telah memperoleh pendapatan dividen pada tahun 2010 berjumlah RM166.14 juta 18.6%, tahun 2009 berjumlah RM101.15 juta atau 12.9% dan RM138.62 juta atau 20% daripada jumlah pelaburan.

FELDA juga telah mengalami kerugian tidak nyata terkumpul yang berjumlah RM50.14 juta melibatkan 12 kaunter saham bagi tempoh 31 Disember 2008 hingga 30 November 2010.  Daripada kerugian tersebut, sebanyak empat kaunter saham iaitu Syarikat PK Resources Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad telah mengalami kerugian berterusan sejak tahun 2008.

Bagaimanapun, lapan daripada 12 kaunter telah membayar dividen kepada FELDA berjumlah RM33.11 juta bagi tahun 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Ketua Audit mengingatkan bahawa pengasingan tugas merupakan mekanisme kawalan dalaman yang penting bagi memastikan wujudnya kawalan dalam proses urus niaga saham.  Semakan Audit mendapati FELDA tidak mempunyai pengasingan tugas yang jelas bagi urus niaga saham selaras dengan amalan yang baik.

Selain itu, FELDA tidak mempunyai pegawai pelaburan atau pegawai penyelidik pelaburan yang mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk membuat analisis prestasi pelaburan FELDA.  “Ini adalah penting bagi memastikan kajian dan pemantauan pelaburan dapat dibuat secara menyeluruh,” menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

EPF Loaned RM55bil Without Gov’t Guarantee Backing

Posted: 28 Oct 2011 02:32 AM PDT

Malaysiakini

The Employees Provident Fund (EPF) has approved loans worth an astounding RM55.10 billion not backed by government guarantees.

However, the Auditor General's Report 2010 found, only one of the debtors, who obtained a RM21.3 billion loan, is qualified to obtain a loan without such a guarantee.

Of the remaining 12 debtors, all of whom are not named in the report, two were exempted from producing a government guarantee as they had high credit ratings.

The loan of the two parties total RM7.3 billion.

The report also reported that in addition, EPF had also given out 15 loans worth a total RM35.69 billion as of the Dec 31, 2010.

The audit found that of the 15 loans made, two were made to non-government entities despite having government guarantees. The loans are worth RM5 billion and RM1.24 billion respectively.

However, EPF responded saying that one of the debtors is an incorporated body of the Finance Ministry, while a government agency has a 66 percent stake in the second debtor company.

The EPF Act 1991 allows it to extend credit to the federal and state governments, as well as to companies incorporated under the Companies Act 1965, or set up with the Finance Ministry's  written permission.

The report said that as of the end of 2010, EPF had given out a total RM95.79 billion, earning RM2.52 billion in interest payments for the year.

RM4 bil loan skipped procedure

The year before, EPF was found to have not followed procedure for the approval of a loan worth RM4 billion for a government housing loan scheme.

The application was not tabled at the investment management committee meeting, before being approved on July 3, 2009.

"EPF said this was because the investment proposal was presented directly to the investment panel as an urgent decision was required," it read.

The audit nevertheless found that EPF was "satisfactory" in its investment and loan activities, and had acted in accordance with Section 26 of the EPF Act.

"However, it should ensure that all department operation manuals for investment and loans are finalised and implemented.

"EPF must also ensure that all loan applications are tabled in the investment management committee meetings before it is passed by the (investment) panel," it advised.

Rule Of Law – Kerajaan Mungkir Janji

Posted: 27 Oct 2011 07:40 PM PDT

Mat Zain bin Ibrahim,

 
20hb.Oktober 2011
 
 
Kepada,
 
YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.

 
 
Assalamualaikum wbt.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,
 
 
 
RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.
 
1.?Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.
 
2.?"Putrajaya stands by refusal to charge AG", "Up to judiciary to act on plagiarist judge". Begitulah tajuk berita yang disiarkan olih Malaysianinsider dan Malaysiakini pada 7 dan 13 October 2011.Kedua-duanya menyatakan telah memetik kenyataan YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata demikian.
 
3.?Sesungguhnya,saya percaya itu bukan posisi YAB Dato Seri.Pendirian sebegini tidak  konsisten dengan komen YAB sendiri terhadap peranan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan, semasa saya memberikan taklimat pada 23 Oktober 2008 jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan Malaysia, di-Putrajaya. Perakuan YAB sangat jauh berbeza dengan tajuk berita mengenai AG seperti diatas.
 
4.?Untuk menyegarkan ingatan YAB Dato Seri,kepada isiu salah laku jenayah melibatkan Gani Patail khasnya, dan Musa Hassan,saya ringkaskan fakta-fakta material kepada perkara dalam persoalan, supaya menyenangkan YAB menilai semula tindakan-tindakan saksama,yang sepatutnya telah lama diambil.
 
 
 
Sejarah pembabitan Gani Patail dalam salahlaku.
 
5.?Dakwaan-dakwaan terbaru pembabitan Gani Patail dalam menyalahgunakan kuasa dan rasuah, berkaitan pemergian beliau menunaikan Haji di-Mekah, besama dengan seorang proksi Tan Sri Tajuddin Ramli,dan kemudiannya dikatakan menerima sogokkan daripada Syarikat Ho Hup, bukanlah sesuatu yang aneh atau memeranjatkan.
 
6.?Pembabitan beliau dalam melindungi perbuatan salahlaku jenayah, salahguna kuasa dan korupsi, melibatkan harta dan tunai sehingga mencecah ratusan juta ringgit, olih beberapa orang kenamaan,tokoh-tokoh korporat terkemuka ,dan pemimpin-pemimpin kanan Kerajaan, telah bermula sejak awal tahun 90'han lagi. Antaranya seperti berikut dibawah.
 
Kes-kes Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik.
 
7.?Dalam tahun 1994 Badan Pencegah Rasuah,berjaya memperolehi keterangan prima facie, terhadap TS Rahim yang dikatakan telah mengumpulkan harta berjumlah lebih kurang RM 40 juta,sejak 1989, menerusi penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.
 
8.?BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara, telah merangka 4 pertuduhan jenayah terhadap TS Rahim.Tiga pertuduhan adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah dibawah Ordinan 22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970,manakala satu pertuduhan kerana kesalahan membuat Statutory Declaration palsu yang dikatakan berlaku di-Pejabat Perdana Menteri, dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
 
9.?Gani Patail sendiri yang membuat "endorsement" keatas dokumen siasatan dan pertuduhan-pertuduhan, yang telah dirangka itu pada 10.6.1994.
 
10.?Bagaimanapun tidak ada satu pertuduhan pun dikenakan keatas TS Rahim. Malah caramana harta dan wang tunai berjumlah lebih kurang RM 40 juta itu dilupuskan olih Peguam Negara, menjadi tanda tanya sehingga kehari ini.
 
11.?Saya tidak akan membincangkan secara mendalam mengenai pertuduhan rogol seorang gadis bawah umur yang dikenakan keatas TS Rahim dalam tahun 1994 yang kemudiannya ditarik balik olih Peguam Negara.
 
12.?Perkara yang wajar saya tonjolkan disini ialah, Pakar perubatan yang digunakan untuk memeriksa TS Rahim dalam kes rogol ini, ialah Dr.Abdul Rahman Yusof, iaitu Pakar yang sama yang kemudiannya digunakan olih Gani Patail untuk membuat beberapa keterangan palsu dalam insiden mata-lebam tahun 1998, yang akan saya jelaskan dalam perenggan yang akan menyusul.
 
 
Kes-kes Tan Sri Rafidah Aziz.
 
13.?Pihak BPR juga pernah menyiasat mantan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) ini.Mereka berjaya mengumpulkan keterangan prima facie  untuk membuktikan TS Rafidah terlibat dalam beberapa kesalahan salahguna kuasa atas sifat Menteri MITI untuk memperuntukkan saham-saham bumiputera kepada menantu beliau Fazrin Azwar bin Mohd.Noor sekitar 1993 dan 1994.
 
14.?BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah merangka sejumlah 5 pertuduhan salahguna kuasa dibawah Seksyen 2(1)Ordinan No:22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970.
 
15.?Gani Patail sendiri yang telah membuat "endorsement" pada 14.3.1995 keatas laporan siasatan dan deraf pertuduhan yang dicadangkan.Bagaimanapun TS Rafidah tidak pernah dituduh atas apa-apa kesalahan pun.
 
 
Dakwaan salahguna kuasa dan rasuah mengaitkan Tun Daim Zainuddin.
 
16.?Walaupun laporan rasmi mengenai perkara diatas dibuat dalam pertengahan tahun 1999, namun isiu ini telah diketahui umum sejak dibangkitkan menerusi saluran politik sekitar 1995.Dokumen-dokumen bukti yang diteliti, menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan yang didakwa itu, telah berlaku pertengahan tahun 1990 ketika Tun Daim masih menjadi Menteri Kewangan 'pusingan pertama' diantara tahun 1984 hingga 1991.
 
17.?Bukti utama dan menarik perhatian dalam dakwaan ini,ialah surat-surat perakuan daripada 3 orang tokoh korporat terkemuka,yang mengesahkan mereka sebagai pemegang amanah keatas harta dikatakan milik Tun Daim seperti berikut;
 
a)?Tan Sri Abdul Halim Saad dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim,saham Faber Merlin Malaysia Bhd.berjumlah 52,208,500 saham ($1.00 sesaham) dan 130,000,000 saham Syarikat Renong Berhad (50 sen sesaham).
 
b)?Tan Sri Wan Azmi Hamzah dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990 juga mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 150,000,000 (satu ratus lima puluh juta Ringgit).
 
c)?Tan Sri Tajuddin Ramli pula,dalam surat perakuan bertarikh 24.5.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 70,000,000 (tujuh puloh juta Ringgit).  
 
18.?Ketiga-tiga surat perakuan diatas adalah dibuat pada ketika Tun Daim masih memegang jawatan Menteri Kewangan.Beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan 'pusingan pertama' pada 15.3.1991.
 
19.?Tun Daim dilantik semula sebagai Menteri Kewangan mulai Januari 1999 hingga Mei 2001. Laporan rasmi terhadap beliau dibuat pada 30.7.1999 ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan 'pusingan kedua'.
 
20.?Saya mengesahkan Gani Patail mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyelia siasatan BPR dalam kes ini.Saya sendiri yang berurusan dengan beliau dan memanjangkan segala dokumen berkaitan kes ini kepada pihak BPR dalam bulan Julai dan Ogos 1999.
 
21.?Saya percaya YAB Dato Seri sendiri sedia maklum akan fakta-fakta isiu ini sejak dari mula,memandangkan YAB telahpun berada dalam Kabinet sebagai Menteri penuh sejak 1986 lagi.
 
22.?Berdasarkan desakan semasa olih Rakyat, sekalipun YAB,tidak berupaya mengarahkan siasatan sepenuhnya mengenai dakwaan-dakwaan membabitkan Tun Daim, sekurang-kurangnya YAB bertanggung jawab untuk menjelaskan hubungan mencurigakan antara Gani Patail dan TS Tajuddin Ramli, yang sedang hangat diperkatakan dalam konteks penyiasatan Skandal MAS.
 
23.?Setidak-tidaknya YAB selaku Menteri Kewangan, wajar menjelaskan kepada Rakyat, samaada wang tunai RM 70 juta, yang dipegang olih TS Tajuddin untuk faedah Tun Daim, telah dikembalikan kepada pemilik asal atau belum.
 
a)?Paling penting ialah jika telah dipulangkan, adakah ia melibatkan dana MAS atau tidak. Rakyat mempunyai kepentingan dalam MAS dan berhak untuk tahu jika harta mereka telah diselewengkan..Rakyat turut sedar bahawa TS Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001.
 
24.?Saya tidak akan terkejut sekiranya Gani Patail mempunyai peranan penting dalam 'proses' penyelesaian diluar Mahkamah, diantara beberapa Syarikat kaitan Kerajaan dengan TS Tajuddin Ramli yang sedang hangat diperbahaskan sekarang ini.
 
Pemalsuan dan penipuan dalam siasatan insiden mata-lebam.
 
25.?Saya telah banyak mendedahkan salahlaku Gani Patail khasnya dan Musa Hassan dalam pemalsuan keterangan dan penipuan dalam kes mata-lebam, dan kes-kes berkaitan dengannya.Saya percaya taklimat lisan dan laporan bertulis saya kepada YAB Dato Seri, adalah lebih dari mencukupi menerangkan isiu ini.Fakta-faktanya tidak perlu diulang lagi.
 
26.?Apa yang ingin saya ulangkan disini ialah, dakwaan pembabitan Gani Patail dalam penipuan dan pemalsuan-pemalsuan keterangan berkaitan DNA, dan beberapa laporan pakar dalam insiden mata-lebam dalam tahun 1998 adalah benar dan betul dan bolih dibuktikan dalam Mahkamah.
 
27.?Perkara yang ingin saya tekankan juga ialah, mengenai Pakar Forensik yang Gani Patail arahkan untuk menyediakan 3 laporan pakar yang palsu dalam peristiwa ini,iaitu Dr.Abdul Rahman Yusof.Beliau adalah Pakar yang sama yang telah digunakan untuk membuat pemeriksaan keatas TS Rahim Thamby Chik dalam kes rogol gadis bawah umur 1994.
 
a)?Sama ada kejadian ini merupakan suatu kebetulan sahaja,ataupun ianya adalah konspirasi jenayah berterusan antara Gani Patail dan pihak-pihak tertentu untuk sesuatu tujuan dan niat bersama mereka, tidak bolih diperkecilkan.Fakta yang tidak bolih ditolak ialah,Gani Patail,Dr.Rahman dan TS Rahim dipercayai telah kenal antara satu sama lain sejak 1994 lagi.
 
b)?Umum maklum TS Rahim menyimpan dendam terhadap Anwar, sejak beliau diminta untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1994 dan mendakwa Anwar sebagai puncanya.
 
c)?Gani Patail pula dikatakan menyimpan dendam terhadap Anwar, yang dikatakan telah menyebabkan gambar percutian Peguam Negara,Allahyarham Mohtar Abdullah bersama dengan Tan Sri Vincent Tan dan V.K.Lingam keluar Negara dalam tahun 1995/1996,didedahkan kepada umum.
 
d)?Sementara Dr.Rahman pula berada dalam tekanan ketika itu,kerana sedang dalam siasatan pihak Polis, diatas kesalahan membuat ugutan jenayah terhadap seorang Doktor lain,dan menanti keputusan Peguam Negara sama ada akan dituduh atau sebaliknya.
 
28.?Mungkin dalam dakwaan-dakwaan salahguna kuasa yang lain,Gani Patail bolih melepaskan diri, dengan berselindung disebalik Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kuasa mutlak Peguam Negara.Namun begitu, dalam perbuatan mereka keterangan-keterangan palsu dalam insiden mata-lebam,beliau tidak ada jalan keluar.
 
29.?Biar apa pun kaedah digunakan,sama ada menerusi perlantikan semula Panel Bebas,RCI ataupun ditubuhkan Tribunal sekalipun,hasil siasatan mereka akan tetap sama. Produk pemalsuan dan penipuan yang beliau lakukan dalam bentuk 3 laporan Pakar berjumlah 65 muka surat, tidak bolih disembunyikan. Perlembagaan tidak memberi perlindungan kepada  Peguam Negara, sekiranya beliau melakukan sesuatu kesalahan jenayah.
 
30.?Saya percaya YAB Dato Seri sedar akan hakikat ini.
 
Perbincangan dengan YAB Dato Seri bulan Oktober 2008.  
 
31.?Sebagai menunaikan permintaan YAB Dato Seri, saya telah hadir memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, di-Pebabat Menteri Kewangan pada 23.10.2008 jam lebih kurang 1030 pagi.Ketika itu YAB masih lagi Timbalan Perdana Menteri.
 
32.?Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi.Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan dalam perkara ini.
 
a)?Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya;"Memang salah untuk memalsukan keterangan.Walaupun bolih jadi tujuan Gani ( merujuk kepada Gani Patail) adalah untuk menolong IGP (merujuk kepada mantan IGP,Tan Sri Rahim Noor),membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan."
 
b)?Komen terhadap Musa Hassan pula,YAB menyatakan antara lainnya, "Saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani.Saya rasa beliau (merujuk kepada Musa Hassan) bolih  melepaskan diri."
 
33.?Selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara perlantikkan "Panel Bebas " dengan PM (merujuk kepada mantan PM,Tun Abdullah Ahmad Badawi) olih kerana YAB mengatakan tidak tahu menahu mengenai perlantikkan Panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut..
 
33(a).?Seterusnya YAB turut memperakukan,dakwaan terhadap Gani akan dibawa bincang dengan penasihat-penasihat YAB untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil keatas beliau ,kerana dikhuatiri bolih menjejaskan kes Saiful ( saya percaya merujuk kepada Saiful Bukhari Azlan,pengadu dalam kes Sodomy II). YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes "Saiful" adalah "bagus".Saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.
 
34.?Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes Sodomy II, serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut.
 
 
Pendirian berat sebelah.
 
35.?Saya sedar saya tidak layak untuk menegur seorang Perdana Menteri dalam apa hal jua pun.Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.
 
36.?Bukan sahaja undang-undang Negara mewajibkan saya untuk bercakap benar,malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar, walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.(Surah An-Nisa 4:135)
 
37.?Saya menyatakan bahawa YAB Dato Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada Rakyat jelata dan Kakitangan Awam, dalam penguatkuasaan Keadilan Awam.Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut Rule of Law dengan berpegang kepada perinsip "No one above the law ".
 
Amalan pendakwaan berpilih.
 
38.?Kerajaan bersedia membawa kemuka pengadilan kakitangan awam semua peringkat,darpada setinggi Ketua Setiausaha Kementerian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan, sehinggalah kepada kakitangan peringkat terbawah apabila melakukan sesuatu kesalahan.
 
39.?Kerajaan juga bersedia mengenakan pertuduhan kepada seorang Ketua Polis Negara, sehingga menjatuhkan hukuman penjara keatasnya ,apabila beliau didapati melakukan jenayah,tanpa mengambil kira jasa yang beliau telah sumbangkan.Ramai lagi Pegawai dan anggota Polis berbagai peringkat, yang telah dikenakan hukuman dan beberapa yang lain yang sedang dibicarakan.
 
a)?Malahan seorang Pegawai Kanan dan seorang L/Koporal Polis sedang menanti untuk digantung sampai mati, semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang yang dikatakan sahabat YAB.Rayuan mereka pula sengaja dilengahkan.
 
40.?Apabila seorang pesara Tentera berpangkat Brigadier General, tersilap ketika memberi keterangan di-Mahkamah Kota Kinabalu dua tahun lalu,Kerajaan tanpa lengah,menahan beliau serta merta dan mengenakan pertuduhan jenayah kerana memberi keterangan palsu.
 
41.?Kerajaan juga bersedia mengambil tindakan terhadap semua peringkat Rakyat tanpa mengira umur,jantina dan keturunan walaupun kerana kesalahan-kesalahan yang remeh.
 
42.?Tetapi apabila tiba kepada  giliran untuk mengambil tindakan terhadap Gani Patail sendiri,pendirian YAB menjadi lemah dan lesu seperti tidak bermaya. Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salahguna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.
 
43.?Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata Rakyat untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman undang-undang .
 
Mengapa Kerajaan enggan bertindak.
 
44.?Ramai menyatakan bahawa YAB Dato Seri,enggan bertindak terhadap Gani Patail, kerana bimbang kononnya beliau akan membongkarkan rahsia kes bunuh Altantuya Shaaribuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene.Tidak kurang pula mengatakan bahawa sebarang tindakan terhadap Gani Patail akan memusnahkan sama sekali kredibiliti kes Sodomy II.
 
45.?Saya berpendapat rakyat membuat kesimpulan sebegini adalah berdasarkan fakta setakat yang mereka lihat dan ketahui serta percaya.Mereka berhak keatas pendapat masing-masing.Kita tidak bolih menyalahkan keadaan ini atau mengatakan mereka silap.
 
46.?Dalam hal sama, saya berpendapat, YAB Dato Seri dan Kerajaan, akan sedaya upaya mengelak daripada mengenakan sebarang pertuduhan jenayah terhadap Gani Patail.
 
47.?Perkara yang sangat dibimbangi olih Kerajaan ialah, pembuktian salahguna kuasa, penipuan, pemalsuan dan rasuah terhadap Gani Patail akan secara  otomatik membuktikan juga, bahawa Kerajaan telah melakukan salahguna kuasa,penipuan,pemalsuan dan rasuah sejak 1990 lagi.
 
48.?Tiga surat perakuan pemegang harta ratusan juta ringgit daripada TS Halim Saad,TS Wan Azmi Hamzah dan TS Tajuddin Ramli, yang ditandatangani mereka dalam bulan April dan Mei 1990,yang mengaitkan pemilikkannya dengan Menteri Kewangan yang sedang berhidmat pada ketika itu,bolih dijadikan bukti mustahak penglibatan seluruh Kabinet, sekurang-kurangnya semenjak itu.
 
49.?Rakyat masih tidak lupa bilamana satu surat kecil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johore pada tahun 1953, menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih dan perairan sekitarnya kepada Singapura,malahan lebih penting dari itu, ialah kehilangan 'air muka', maruah dan kedaulatan Negara.
 
Penutup.
 
50.?Sekiranya sekeping surat seringkas surat SUK Johore itu,boleh diterimapakai olih Mahkamah Antarabangsa,saya percaya, tiga keping surat perakuan daripada tiga Tan Sri pada tahun 1990 itu,dan tiga laporan pakar palsu yang diarahkan pembikinannya pada 1998 olih Gani Patail , akan "mengatasi" semua percubaan dan perbuatan pihak terlibat dan Gani Patail sendiri, memutarbelitkan fakta untuk menafikan keujudannya.
 
 
51.?Secara peribadi saya berpendapat, dokumen-dokumen yang dimaksudkan diatas itu sahaja, sudah cukup untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan sejak 1990.Lebih dari itu ianya juga dapat membuktikan bahawa perbuatan salahguna kuasa,rasuah, penipuan dan pemalsuan yang telah berlaku secara berterusan selama ini,bukan atas kepentingan Negara, atau Raja-Raja atau sesuatu Bangsa atau Agama.
 
 
Salam sejahtera.
 
Yang benar,
 
t.t.
(Mat Zain bin Ibrahim).
20.10.2011.

Tiada ulasan:

Nuffnang