Rabu, 26 Oktober 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Ringkasan Laporan Ketua Audit 2010: Baca, faham dan Sebarkan salahlaku kementerian ini!

Posted: 25 Oct 2011 05:34 PM PDT

KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Rak akhbar dan majalah : RM 1445
Ubahsuai katil : RM 950 Katil Bujang : RM 700
Kerusi Plastik : RM 761
Meja Kayu kecil : RM 950

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan. Makanan tamat tempoh. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

(Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal.
LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172,501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808

Banyak lagi kerugian di kesan yang mana ia sebenarnya adalah 'komisyen' kepada orang tertentu di jabatan. Mungkin juga dengan restu Pak Menteri. Masihkah anda berminat untuk mengundi mereka lagi??

Negara kita juga sudah mula digadaikan pada warga asing oleh pihak tertentu dengan memberikan kad pengenalan sesuka hati agar warga asing ini undi BN.

Ayuh, bersama Selamatkan Malaysia, Demi Rakyat!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posted: 25 Oct 2011 05:11 AM PDT

Ke mana hilangnya RM110 juta wang petani ?

(Oleh: Masdar Wahid)

PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN Selangor menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjawab isu mengenai 'kehilangan' RM110 juta peruntukan untuk golongan pesawah dan petani.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, peruntukan itu sepatutnya disalur kepada golongan terbabit bagi meningkatkan hasil padi mereka seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Namun, seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara semalam, peruntukan itu tidak sampai kepada sasaran," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

"Buat permulaan, kita tuntut penjelasan dari Datuk Seri Noh Omar mengenai isu ini dan jika enggan jawab, ini membuktikan kegagalan beliau sendiri, selaku menteri berkenaan dan pemimpin Umno Selangor secara keseluruhan yang mengkhianati wang rakyat khasnya petani," tegasnya.

Beliau turut bimbang jika wang itu berkemungkinan disalur untuk tujuan selain kepentingan petani sebagaimana yang sepatutnya.

Selain menjadi menteri, bertanggungjawab, Noh Omar ialah Timbalan Pengerusi Umno Selangor dengan Pengerusinya ialah Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010, Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi Skim insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.

Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22134

Posted: 25 Oct 2011 05:10 AM PDT

Kementerian Noh Omar gantung lesen perniagaan ibu tunggal

(Oleh: Masdar Wahid)

PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN Selangor memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar menarik balik penggantungan lesen perniagaan pasar tani beberapa individu, termasuk seorang ibu tunggal.

Tindakan kementerian diketuai Datuk Seri Noh Omar itu disifatkan sebagai zalim, hanya kerana individu berkenaan tidak menghadiri program anjuran kementerian tersebut.

"Sangat tidak wajar pihak kementerian Industri Asas Tani yang diterajui Noh Omar menggantung lesen perniagaan ibu tunggal ini hanya kerana tidak dapat hadir ke program yang turut dihadiri beliau.

"Jika Noh enggan menarik balik penggantungan itu, ternyata beliau seorang politikus samseng yang sanggup menzalimi ibu tunggal semata-mata memenuhi kepentingan politik sempitnya," kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Suhaimi Shafiei dalam sidang media di pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

Salinan surat penggantungan lesen pasar tani itu turut diedar kepada media yang antaranya menyatakan ibu kepada tiga anak itu digantung lesen perniagaannya kerana tidak menghadiri program kementerian pada 19 September 2011 yang turut dihadiri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Suhaimi menjelaskan, penggantungan pada 16, 23, 30 Oktober dan 6 November itu menyebabkan ibu tunggal berkenaan kehilangan punca pendapatan lebih sebulan.

"Kami difahamkan, pendapatan ibu tunggal itu selama seminggu mampu menampung perbelanjaan mereka anak-beranak untuk 10 hari dan penggantungan selama empat minggu itu menyebabkan beliau kehilangan punca pendapatan selama 40 hari atau lebih sebulan.

"Baru jadi pembangkang negeri sudah bersikap zalim terhadap ibu tunggal, pemimpin seperti inikah yang kononnya bercita-cita mahu menjadi menteri besar," soalnya.

Noh ialah Timbalan Perhubungan Umno Selangor dan antara yang disebut-sebut akan dilantik menjadi MB Selangor jika Umno berjaya merampas negeri itu yang kini diperintah Pakatan Rakyat.

Beliau turut menasihatkan Noh agar insaf dengan perbuatannya itu.

"Kesimpulannnya, kembalikanlah semula hak peniaga kecil ini atau Noh Omar bakal dikenang sebagai pemimpin zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah penyapu di era pemerintahan Umno BN sebelum ini yang meranapkan mereka pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Posted: 25 Oct 2011 12:48 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR

25 OKTOBER 2011


Merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Noh Omar yang mengatakan bahawa BN Selangor akan merampas Selangor merupakan satu kenyataan kosong yang tidak berasaskan kepada gerak kerja akar umbi BN Selangor sebaliknya hanyalah retorik seorang pemimpin yang sudah mula diragui kepimpinannya oleh pimpinan UMNO di peringkat BN Selangor.

Ini jelas satu kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan Noh Omar yang sudah mula dirasai oleh akar umbi UMNO Selangor kerana gagal untuk menyatukan UMNO Selangor yang bukan sahaja berpuak-puak , malah saling tuduh menuduh diantara satu sama lain demi memenangi hati Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor , Dato Seri Najib Abd. Razak.

Amat janggal sekali kenyataan yang dibuat oleh beliau.Tidak disahut langsung oleh pemimpin BN Selangor yang lain. Sudah jelas dan nyata tiada kesepakatan yang jitu dalam BN Selangor kerana dipercayai segala penat lelah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam BN Selangor tidak langsung dihargai oleh Noh Omar. Bak kata pepatah melayu ' Lembu punya susu , sapi dapat nama ' .

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang rungutan bekas Ketua Pembangkang BN Selangor , Dr Khir Toyo yang menyelar Menteri tertentu yang cuba menamatkan karier politiknya kerana saya percaya perang dingin beberapa bulan yang lalu kini sudah meletus menjadi perang besar yang membingungkan ahli UMNO Selangor dibawah.

Saya ingin nasihatkan Noh Omar supaya jangan asyik menyalahkan pihak tertentu demi melonjakkan nama kamu sebagai pemimpin yang kononnya mampu memimpin BN Selangor. Cukuplah saya membuat pendedahan tentang rintihan seorang peniaga ibu tunggal yang telah dizalimi oleh pihak kementerian Noh Omar di bawah agensi FAMA dengan menggantung tapak perniagaannya hanya kerana tidak hadir majlis yang dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Apakah politik samseng Noh Omar ini tidak mengira siapa sahaja ? Hatta kepada ibu tunggal yang terpaksa menyara 3 anak ? Saya tidak akan berdiam diri dan saya mohon penjelasan segera dalam tempoh seminggu.

Saya sedia untuk menampilkan bukti kepada dakwaan saya ini dan saya minta Menteri Pertanian Industri Asas Tani untuk jawab kenyataan saya ini. Apakah kamu sedia menerima tempelak dari rakyat sebagai seorang Menteri dari Selangor yang paling tidak berhati perut ?

Hentikanlah cara politik samseng kepartian kerana dalam berkhidmat kepada rakyat , amat tidak wajar rakyat diperlakukan sesuka hati dek kerana kerakusan kuasa seorang Menteri dalam menentukan punca rezeki seorang peniaga kecil.

Saya mohon Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani jangan terlampau ikutkan politik samseng kepartian dalam berkhidmat kepada rakyat. Jangan dipersalahkan rakyat sekiranya rakyat menolak pemimpin atau menolak BN Selangor. Sewajarnya rakyat diberi hak mereka , kerana kita semua hanyalah insan yang diamanahkan untuk memikul beban kesusahan rakyat. Kalau bukan kerana mereka , mungkin kita tidak ada di tempat di mana kita berada sekarang. Kesimpulannya , kembalikanlah semula hak peniaga kecil tersebut atau Noh Omar akan dikenang sebagai pemimpin yang zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah penyapu di Hulu Selangor yang meranapkan BN Selangor pada PRU 12.


YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI

KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR / ADUN SRI MUDA

Tiada ulasan:

Nuffnang