Rabu, 26 Oktober 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kecewa khidmat Klinik Felda Palong

Posted: 26 Oct 2011 12:12 AM PDT



SEBAGAI anak peneroka Felda, saya ingin mengetengahkan masalah penduduk yang menetap di Gugusan Felda Palong 4, 5 & 6, juga masyarakat Felda Palong 1, 2 & 3 untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di satu-satunya klinik kesihatan kerajaan yang ada di Pusat Bandar Palong 4, 5 & 6 dalam Daerah Jempol.

Jika terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama itu adalah lumrah apabila kita berurusan bukan sahaja di klinik kesihatan kerajaan, malah di Klinik Desa, Klinik 1Malaysia dan hospital kerajaan begitulah resamnya.

Tetapi saya kecewa dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Palong. Ada golongan warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak kecil dan pelajar sekolah terpaksa sama-sama menunggu terlalu lama di Unit Pendaftaran dan Pesakit Luar sedangkan mereka berada di klinik sejak pukul 7.30 pagi lagi.

Ada pesakit yang tertidur di kerusi menunggu. Mereka datang bukan untuk bersuka ria tetapi mereka sakit.

Ada ibu bapa terpaksa balik kerana tidak tahan menunggu terlalu lama. Saya juga percaya ada pesakit balik akan pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta di kawasan berhampiran antaranya Pekan Gemas, Pekan Rompin dan Pekan Bahau.

Masalah menunggu terlalu lama adalah lumrah tetapi kenapa tiada pelan tindakan atau langkah yang wajar diambil? Perkara ini sudah lama berlaku.

Contohnya di kaunter pendaftaran, pegawai itulah mencari kad pesakit, beliau jugalah yang memanggil pesakit dan beliau jugalah yang mendaftarkan pesakit.

Sesekali beliau turut menjadi operator telefon. Kesudahannya nombor giliran tidak juga dipanggil. Kalau dipanggil sekalipun mengambil masa terlalu lama.

Diharap Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan dan Pegawai Kesihatan Daerah Jempol lebih kerap datang melawat di klinik kesihatan dalam Negeri Sembilan ini.


ANAK FELDA -



Tiada ulasan:

Nuffnang