Selasa, 11 Oktober 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 10 Oct 2011 11:49 PM PDT

Video fitnah terbaru: KEADILAN kecam politik jijik Umno

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya cubaan Umno meneruskan politik keji dan fitnah dengan mengeluarkan video rekaan terbaru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presidennya, N Surendran.

"Saya merujuk perbuatan keji terbaru mengaitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu video terbaru di sebuah hotel,"

"Perbuatan keji ini mendedahkan semua ciri konspirasi Umno-BN, penipuan dan pendekatan yang bersifat menghasut dalam politik negara," katanya dalam satu kenyataan media pagi ini.

"Meneruskan tradisi jijik ini, Umno-BN sekarang cuba untuk menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan membiarkan saja video-video seks yang direka," tegasnya.

Menurut Surendran, Video-video ini dikeluarkan secara berkala oleh sebuah laman web jijik yang mempunyai kaitan dengan Umno bagi memburukkan pembangkang.

Tambahnya, ia kesinambungan video fitnah yang dikeluarkan Trio Datuk T, yang menyaksikan kenyataan bersama oleh trio berkenaan, pimpinan atasan Umno dan pasukan polis.

"Ia tidak lebih daripada usaha untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim dan menghentikan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya.

Katanya lagi, bukan kebetulan video terbaru itu dikeluarkan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan secara terdesak mempertahankan Belanjawan 2012

"Belanjawan yang dikemukakan kerajaan didedahkan sebagai lemah berdasarkan unjuran yang terlampau optimistik,"

"Kami menyeru Perdana Menteri, kerajaan dan pemimpin atasan Umno- BN segera meninggalkan politik kotor, dan membaktikan diri mereka kepada wacana politik dan perdebatan yang rasional," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21582

Posted: 10 Oct 2011 10:48 PM PDT

AMK nekad pertahan kerusi

TAMAN SENTOSA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja nekad tidak akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) merampas dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ketuanya, Azmizam Zamanhuri berkata, mereka akan bekerja keras memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus mentadbir Parlimen Kota Raja serta Dun Sri Andalas dan Sri Muda, dalam usaha mereka mengangkat Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama PR.

"Saya yakin PR berkelayakan berdasarkan sokongan pengundi dan orang ramai kepada semua pemimpin tiga parti gabungan ini, kita akan memastikan kemenangan besar PR bagi melayakkan mengambil alih Putrajaya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan AMK Kota Raja kali ke-4 di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jalan Sungai Jati, di sini.

Hadir sama, Ketua AMK Malaysia, Syamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan Timbalannya, Suhaimi Shafie.

Azmizan yang juga Naib Ketua AMK Malaysia menyatakan kesediaan untuk terus menyokong pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada (Dr Xavier-Sri Andalas dan Suhaimi-Sri Muda) pada PRU 13 kelak.

Menurutnya, sokongan itu berdasarkan kecemerlangan kedua-dua pemimpin mentadbir dan menjaga kebajikan rakyat di Dun masing-masing.

"Kita akan sokong sepenuhnya pencalonan ini, justeru kita minta Majlis Pimpinan Pusat (MPP) melaksanakan hasrat ini berdasarkan permintaan suara ramai," katanya.

Dalam majlis itu, AMK turut menyampaikan penghargaan Ikon Anak Muda Kota Raja 2011 kepada dua belia tempatan, salah seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU).

Penghargaan itu diberikan kepada Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PebT) Dun Sri Andalas, Amiruddin Md Arif dan pemain bola sepak Selangor, Safee Sali atas pencapaian mereka yang memberangsangkan dalam bidang masing-masing.

Penghargaan turut diberikan kepada Jingga 13 atas usaha menghargai jasa dan pengorbanan kumpulan berkenaan yang banyak menyebarkan informasi terkini berkenaan AMK dan PKR Kota Raja kepada umum melalui laman blog.

Sumber: Sinar Harian

Posted: 10 Oct 2011 10:00 PM PDT

Anwar cabar unjur semula Bajet 2012

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kerajaan mengunjurkan semula Bajet 2012 kepada RM220 bilion, seperti bajet bayangan Pakatan Rakyat (PR), Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua yang dibentang 4 Oktober lalu.

Menurutnya, bajet RM232.8 bilion melibatkan angka besar, tidak mengambil kira penambahan beban hutang rakyat dan negara serta tidak berasaskan angka unjuran defisit.

"Unjuran defisit pada angka 4.7 peratus tidak tepat kerana bergantung kepada pertumbuhan ekonomi tahun 2011 dan unjuran 2012, serta unjuran jumlah pendapatan negara dalam tahun 2012.

"Unjuran pertumbuhan lima hingga enam peratus tahun 2012 juga, perlu dikaji semula kerana terlalu ting:gi, sedangkan analisa dari sumber lain menunjukkan pertumbuhan lebih rendah," katanya ketika membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, unjuran pertumbuhan terpilih dibuat Bank Dunia ialah 5.7 peratus; Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), 5.5 peratus dan Bank RHB, 4.5 peratus.

"Unjuran terkini dibuat Bank Pembangunan Asia menerusi :Asian Development Outlook 2011 yang diterbitkan pertengahan September lalu, turut mengambil kira risiko keadaan ekonomi global.

"Dalam bajet kali ini, terdapat unjuran tidak bertanggung jawab, sekiranya unjuran pertumbuhan, pendapatan, defisit itu jauh berbeza daripada apa diumumkan Menteri Kewangan, ia wajar dibentangkan semula," katanya.

Anwar berkata, beliau menekankan angka yang bertanggungjawab yang dikira tidak munasabah dan dipertikaikan oleh penganalisis ekonomi.

"Unjuran pertumbuhan ekonomi dan jumlah pendapatan terlalu optimistik dan tidak realistik memburukkan lagi keadaan defisit negara.

"Pendapatan negara sebagaimana diumumkan akan tumbuh pada kadar lima hingga enam peratus dalam Bajet 2012, jauh tersasar daripada jangkaan penganalisis ekonomi tempatan dan dunia," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Posted: 10 Oct 2011 05:16 AM PDT

Singkir MB cerita mengarut- KEADILAN Selangor

KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.

"Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan.

"Kita akan mempertahankan beliau habis-habisan kerana beliau pemimpin yang begitu transparen, berkualiti dan bertanggungjawab.

"Di peringkat Majlis Pimpinan Negeri Selangor, kita akan bersama dengan Tan Sri Khalid untuk mendepani rakyat, membawa isu rakyat dan memastikan BN terus kempunan untuk mengambil alih Selangor," tegasnya.

Menyifatkan laporan Antarapos itu sebagai tidak berasas, beliau juga mengingatkan isu itu sengaja direka bagi mengadu domba KEADILAN serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini lebih kepada adu domba dan perang saraf yang dilakukan oleh pihak musuh politik (Umno),"ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Beliau turut menafikan bahawa Adun Pakatan di Selangor tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid, sebaliknya berkata dari segi standard pengurusan, Khalid lebih baik berbanding menteri pusat dan menteri-menteri besar BN yang lain.

"Prestasi Tan Sri Khalid tidak ada cacat celanya. Dari segi pengurusan kerajaan negeri, standardnya lebih baik daripada menteri di peringkat pusat dan MB dari BN. Standardnya mencecah antarabangsa, dari segi ketelusannya, kecekapan dan kebertanggungjawaban.

"Sebagai sebuah organisasi, sudah pasti ada pro dan kontra dalam pentadbiran, tetapi kita ambil pendekatan secara bersama untuk semua isu, memantapkan pengurusan bagi memastikan pentadbiran mencakupi semua keperluan rakyat,"

"Bukan mudah menjadi Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya.

Ketika ditanya tentang memorandum yang dikatakan dihantar oleh wakil Rakyat KEADILAN Selangor kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu, Shuhaimi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

"KEADILAN amalkan budaya bercakap secara imliah di dalam bilik mesyuarat. Sebarang cakap-cakap di luar itu kita tidak ambil kira.

"Kita tak mahu dengar cerita kedai kopi yang remeh temeh," tambah beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21559

Posted by on Oct 10 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Posted: 10 Oct 2011 01:26 AM PDT

Kes ADUN Sri Muda ditangguhkan

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan menghasut sehingga selesai proses rayuannya di Mahkamah Rayuan.

NONEHakim Noor Azian Shaari membenarkan permohonan Shuhaimi, yang diwakili peguam Edmund Bon sementara responden diwakili Timbalan Pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Mohd Farizul Hassan, tidak membantah.

Shuhaimi (kiri), yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 8 Sept lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan Shuhaimi pada 26 Ogos sebelum itu untuk mengenepikan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen.

Pada 26 Ogos itu Mahkamah Tinggi menolak permohonan Shuhaimi untuk mendapatkan perintah mahkamah mengisytiharkan bahawa Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tidak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin rakyat Malaysia hak kebebasan bersuara.

Sebelum itu pada 7 Feb lalu, Shuhaimi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "Pandangan Saya Berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" yang dikatakan mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Dis tahun lalu.

NONEShuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)akta yang sama dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan melalui blognya itu yang dikatakan mempertikai keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.


Court allows Sri Muda rep's bid for postponement


The High Court in Shah Alam today allowed an application by Sri Muda assemblyperson Shuhaimi Shafiei to postpone hearing of his sedition case pending the disposal of his appeal in the Appeal Court.

Justice Noor Azian Shaari allowed Shuhaimi's application when deputy public prosecutors Hanafiah Zakaria dan Mohd Farizul Hassan, who represented the respondents, did not object to it.

Shuhaimi was represented by lawyer Edmund Bon.

Shuhaimi, who is Kota Raja PKR deputy leader, had filed an appeal at the Appeal Court last Sept 8 against a Aug 25 decision by the Shah Alam High Court in dismissing his application to set aside the sedition charge against him.

On Feb 7, Shuhaimi pleaded not guilty to a charge of posting seditious material on his website http://srimuda.blogspot.com.

He is alleged to have committed the offence at his service centre at 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning in Shah Alam on Dec 30, 2010.



- Bernama

Posted: 10 Oct 2011 12:25 AM PDT

Singkir MB cerita mengarut- KEADILAN Selangor

Posted in Politik on 10 Oktober 2011 by Admin

KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.

"Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan.

"Kita akan mempertahankan beliau habis-habisan kerana beliau pemimpin yang begitu transparen, berkualiti dan bertanggungjawab.

"Di peringkat Majlis Pimpinan Negeri Selangor, kita akan bersama dengan Tan Sri Khalid untuk mendepani rakyat, membawa isu rakyat dan memastikan BN terus kempunan untuk mengambil alih Selangor," tegasnya.

Menyifatkan laporan Antarapos itu sebagai tidak berasas, beliau juga mengingatkan isu itu sengaja direka bagi mengadu domba KEADILAN serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Ini lebih kepada adu domba dan perang saraf yang dilakukan oleh pihak musuh politik (Umno),"ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Beliau turut menafikan bahawa Adun Pakatan di Selangor tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid, sebaliknya berkata dari segi standard pengurusan, Khalid lebih baik berbanding menteri pusat dan menteri-menteri besar BN yang lain.

"Prestasi Tan Sri Khalid tidak ada cacat celanya. Dari segi pengurusan kerajaan negeri, standardnya lebih baik daripada menteri di peringkat pusat dan MB dari BN. Standardnya mencecah antarabangsa, dari segi ketelusannya, kecekapan dan kebertanggungjawaban.

"Sebagai sebuah organisasi, sudah pasti ada pro dan kontra dalam pentadbiran, tetapi kita ambil pendekatan secara bersama untuk semua isu, memantapkan pengurusan bagi memastikan pentadbiran mencakupi semua keperluan rakyat,"

"Bukan mudah menjadi Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya.

Ketika ditanya tentang memorandum yang dikatakan dihantar oleh wakil Rakyat KEADILAN Selangor kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu, Shuhaimi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

"KEADILAN amalkan budaya bercakap secara imliah di dalam bilik mesyuarat. Sebarang cakap-cakap di luar itu kita tidak ambil kira.

"Kita tak mahu dengar cerita kedai kopi yang remeh temeh," tambah beliau.

Dari Keadilandaily

Bajet Najib gagal Tawan Hati Semua Lapisan Rakyat – Azmin

Posted in Politik on 10 Oktober 2011 by Admin

Keadilandaily

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gula-gula' untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.

"Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

"Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak.

"Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta," katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi.

Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya.

Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah.

"Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan," katanya.

Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

"Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

"Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN," katanya.

Anwar: Kenaikan elaun hanya untuk kepentingan MP

Posted in Politik on 10 Oktober 2011 by Admin

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, cadangan kenaikan elaun untuk ahli parlimen hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun dan bukannya untuk menggaji kakitangan.

Atas dasar itulah beliau menolak cadangan berkenaan, kata Anwar (kiri) ketika ditanya wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONE"Sebahagian besarnya pergi kepada elaun ahli parlimen, ini tidak boleh diterima.

"Jika (jawatankuasa kecil) kembali dengan cadangan baru, kata mereka hendak sediakan pegawai penyelidik, pembantu di parlimen, itu perkara lain.

"Tapi apa yang dicadangkan ialah perkara khusus lain," katanya lagi.

Namun beliau tidak menghalang sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat menyokong cadangan berkenaan, katanya lagi.

Tambahnya, perkara itu juga tidak dapat diterima pada waktu rakyat berdepan dengan beban kos sara hidup.

"Saya tidak kata ahli parlimen tidak boleh pertimbang. Tapi, macam mana anda boleh buat begini.

"Anda lihatlah harga barangan dan harga makanan…," katanya lagi.

Dari Malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang