i n t a n h i j a u |
HUDUD : DAP TETAP BERSAMA PAS TENTANG BN Posted: 02 Oct 2011 06:23 AM PDT KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN. Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud. "Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama. "Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin. Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium. Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat. Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan. Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka. "Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya. Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.(harakahdaily) |
ADUN DAP DAKWA DITAWAR RM150K LOMPAT PARTI Posted: 01 Oct 2011 07:03 PM PDT ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd. Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti. Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum. Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi. Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan. Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut. "Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ... "Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.(malaysiakini) |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan