Selasa, 4 Oktober 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Artikel Pilihan: Cara SPR membantu BN menipu

Posted: 03 Oct 2011 09:24 PM PDT



Cara SPR membantu BN menipu
Cara SPR membantu BN menipu


Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya.
Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.
Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya.
Kaedah "gerrymandering"
Kaedah 'gerrymandering' ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.
SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: "kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh.
Salah satu amalan 'gerrymandering' adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS.
Oleh kerana kawasan luar Bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.
Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.
Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut.
Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang.
Pemindahan pengundi
Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari sati pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan.
Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan.
Undi pos
Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan.
Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut.
Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengundi hantu
Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya.
Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata.
Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dbeli.
Kelayakan sebagai pengundi seberang laut
Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing.
Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut.
Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini.
Pembawa kesulitan kepada pengundi
Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi.
Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.
Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian.
Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan.   - Malaysia Chronicle
(Translated by Viktor Wong)

Tiada ulasan:

Nuffnang