Direct Free Kick |
Posted: 03 Oct 2011 07:26 PM PDT YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, akan mengadakan dialog bersama baki peneroka bandar (setinggan) Kg. Seri Temenggung sepertimana berikut, Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa) Masa : 9.30 malam Tempat : Dewan Orang Ramai Kg Laksmana, Jalan Laksamana 2, Kg Laksmana, 68100 Batu Caves. Tujuan dialog tersebut adalah untuk membincangkan tawaran Kerajaan Negeri Selangor kepada 29 keluarga itu untuk mereka berpindah. Tapak Kg. Seri Temenggong itu akan dibina 450 unit Rumah Mampu Milik berharga di antara RM90,000 dan RM120,000. Kerajaan Negeri berharap penduduk akan menerima tawaran ini kerana ianya lebih baik dari tawaran yang pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang lepas. Tambahan pula ia akan memberi manfaat kepada 450 keluarga berpendapatan sederhana rendah di Selangor. Pihak media adalah dijemput untuk membuat liputan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdra Kamaruzaman di nombor telefon 0133424271. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan