Jumaat, 14 Oktober 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


LAWATAN TAPAK OLEH Y.B. TUAN ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN KE PANGSAPURI SEKSYEN 24, SHAH ALAM .

Posted: 14 Oct 2011 03:12 AM PDT

Sukacita dimaklumkan YB Iskandar bin Abdul Samad, EXCO / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan mengadakan lawatan tapak pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2011 (Isnin)

Masa : 2.00 petang

Tempat berkumpul : Pangsapuri Blok 79, Jalan Timun 24/1, Seksyen 24, 40100 Shah Alam. (Bersebelahan Sekolah Menengah Seksyen 24)

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kerja-kerja mengecat semula pangsapuri itu yang dilakukan oleh PKNS.

Program mengecat semula ini dilakukan oleh PKNS sebagai sumbangan sosial kepada rakyat Selangor.

Lebih dari 30 pembangunan pangsapuri kos rendah di seluruh negeri Selangor tersenarai dalam program ini.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor di talian 013-206 9522.

WARTAWAN DAN JURUFOTO DIJEMPUT HADIR MEMBUAT LIPUTAN.

Pejabat Exco Perumahan,
Pengurusan Bangunan Dan
Setinggan
14 Oktober 2011

Dialog Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Setinggan bersama wakil-wakil JMB dari 14 pembangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Posted: 14 Oct 2011 02:39 AM PDT

Majlis bersama YB Iskandar A. Samad itu telah berlangsung pada 13 Oktober lepas di Kompleks Penghulu Semenyih.

Ahli-ahli Majlis MPKj yang hadir adalah Shamsul Bahari dan S. Arutchelvan.

Turut hadir adalah Penyelaras DUN Semenyih dan wakil-wakil Pesuruhjaya Bangunan MPKj.

Di dalam sesi dialog, YB Iskandar telah menerangkan bahawa harta pemilik-pemilik pangsapuri yang enggan membayar yuran penyenggaraan boleh disita. Tetapi katanya prosesnya agak rumit walaupun tidak mustahil.

Oleh itu, beliau memberitahu terdapat JMB yang menggunakan khidmat peguam. Ada syarikat peguam mengenakan caj RM60 bagi setiap notis yang dihantar kepada pemilik yang enggan membayar yuran mereka. Kegagalan menyelesaikan hutang ini akan menyebabkan nama mereka disenarai hitam dan tidak akan dapat membuat pinjaman bank.

Iskandar berkata terdapat mereka yang berkata tindakan seperti ini adalah zalim. Tetapi terdapat mereka yang enggan membayar yuran penyenggaraan dan berhutang beribu-ribu ringgit. Akibat tindakan mereka, pangsapuri-pangsapuri tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Kesemua penduduk akan merana akibat tindakan segelintir.

Ramai mereka yang hadir pada sesi dialog malam itu bersetuju bahawa kepentingan orang ramai perlu diutamakan lebih dari kepentingan individu.

Penambahan Pusat Tarbiyyah sedang giat berjalan.

Posted: 13 Oct 2011 09:09 PM PDT

Untuk menderma, maklumat akaun adalah,

Nama akaun : Dana Pembangunan Pas Pandan

Nama bank : Bank Islam

Nombor akaun : 1403 2010 0323 64

Sila fax slip bank-in kepada 03-9283 8835.

Majlis penyampaian sumbangan dan surat watikah perlantikan Ketua PAS Cawangan Pangsapuri Inai Pandan Indah 10/10/11.

Posted: 13 Oct 2011 07:29 PM PDT

YB Iskandar A. Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Chempaka telah menyampaikan sumbangan kepada 25 orang fakir miskin di Pangsapuri Inai, Pandan Indah 10 Oktober lepas.

Beliau adalah juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan telah turut menyampaikan surat watikah kepada Ketua Cawangan Pas Pangsapuri Inai, Haji Hamzah Mustafa.

Menurut Iskandar, Pas bukan ditubuhkan untuk tujuan memasuki pilihanraya semata-mata. Tetapi ia seperti jemaah-jemaah Islam lain ditubuhkan untuk mengisi kekosongan setelah kejatuhan Daulah Uthmaniah dalam tahun 1925.

Katanya Daulah Uthmaniah ini telah memimpin umat Islam selama lebih 500 tahun dan telah mewarisi kepimpinan dunia Islam yang telah bersilih ganti sejak zaman Rasulullah.

Tiada ulasan:

Nuffnang