Anwar Ibrahim |
- Perutusan Sambutan Deepavali
- Pemberian Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB KEpada Rakyat
- Perutusan Hari Deepavali Dr. Wan Azizah Wan Ismail
- Laporan Audit: Salahguna Kuasa Dan Rasuah Berterusan
Posted: 25 Oct 2011 04:39 AM PDT Hari Deepavali disambut sebagai pesta cahaya, zahir kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Kemenangan kebaikan, tidak dapat tidak berteraskan amalan berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran. Bait dari Thirukural ada menyebut; “Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan." Hikmah dari bait itu mengungkap fitrah pertembungan cahaya dan kegelapan. Oleh kerana itu, setiap kali kita mendekati kezaliman dan melakukan perbuatan jahat maka semakin malaplah kemuliaan, keadilan serta karamah insaniah. Justeru saya menyeru agar semua rakyat Malaysia turut serta bersama menegakkan keadilan yang merupakan kelangsungan dari fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan menolak kebatilan. Sempena sambutan Deepavali tahun ini saya ucapkan Deepavali Nal Vathukal ANWAR IBRAHIM This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Pemberian Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB KEpada Rakyat Posted: 25 Oct 2011 12:50 AM PDT Kenyataan Akhbar Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, KDEB mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham. |
Perutusan Hari Deepavali Dr. Wan Azizah Wan Ismail Posted: 25 Oct 2011 12:21 AM PDT Perayaan Deepavali diserikan dan diraikan dengan "cahaya" untuk mengenang dan mempermuliakan kemenangan yang baik atas yang jahat. Lalu disusun lampu ’ agal vilakku’ yang bercahaya dan berseri-seri. Kita di sini beruntung kerana dapat berkongsi merayakan perayaan ini dengan masyarakat Malaysia yang beragama Hindu.Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun daripada pengaruh agama Hindu turut menyumbang kepada proses ketamadunan di Nusantara. Kehebatan yang terserlah ialah, apabila kedatangan Islam, kedua tamadun ini dapat terjalin dengan baik dan tanpa sebarang ketegangan atau kesusahan. Ujian sebenar ialah hari ini. Sebagai salah satu kaum utama di Malaysia, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu masih tercicir. Lihat sahaja bagi mereka yang tinggal di estet-estet, keadaannya masih daif. Berulang kali disebutkan, termasuk di dalam Parlimen bahawa angka banduan, keciciran pendidikan di sekolah dan gangsterisme masih ramai yang melibatkan belia dari masyarakat India. Yang jelas ialah kepercayaan sekian lama yang mereka berikan kepada pemerintah sediakala telah dikhianati. Malah kita dengar bagaimana saham berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat kita yang keturunan India, lenyap begitu sahaja. Pembelaan bagi pihak semua masyarakat yang memerlukannya adalah tunggak perjuangan Keadilan sejak penubuhannya. Dalam konteks ini , masyarakat India tidak boleh dibiarkan terkebelakangan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat Negara menjadi tidak seimbang. Inilah ujian dan cabaran yang sedang dihadapai oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan. Parti Keadilan Rakyat tidak memandang sambil lewa hal ini. Kita dengan sepenuh daya upaya mahukan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan, dan keberadaan mereka bukan hanya tempelan di kaca TV untuk menampakkan keharmonian yang serba pura-pura. Menjelang hari mulia 26 Oktober 2011 ini, saya mewakili seluruh barisan kepimpinan dan ahli-ahli Keadilan mengucapkan Selamat Hari Deepavali. Mari kita bersama membawa cahaya kebaikan ke semua warga negara kita yang tercinta. Dr Wan Azizah Ismail |
Laporan Audit: Salahguna Kuasa Dan Rasuah Berterusan Posted: 24 Oct 2011 05:53 PM PDT Di sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya. Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan. Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam. Namum demikian, kerajaan BN yang di bawah pimpinan Najib telah gagal menunjukkan ketegasan mereka di dalam memerangi perbuatan yang tidak bermoral ini. Ini adalah kerana, jelas kontraktor-kontraktor Umno yang mempunyai pelbagai kepentingan di dalam berbagai-bagai bentuk saluran pembekalan kepada kerajaan turut terlibat sama di dalam memperluaskan perbuatan yang keji ini yang boleh juga dikatakan hampir pada setiap tahun, wang yang selalu kita bayar sebagai cukai pendapatan dihabiskan dengan begitu sahaja. Oleh kerana itulah, para kontraktor-kontraktor dan pemimpin Umno menjadi semakin kaya raya, manakala masyarakat Melayu pada amnya terus hidup di dalam serba kemiskinan yang sungguh memeritkan bahkan masih ada banyak lagi orang-orang Melayu yang masih miskin melarat sehingga tidak mampu membeli makanan, masih buta huruf, tidak mempunyai kediaman, kebuluran dan sebagainya. Jadi adakah Umno ini benar-benar memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu seperti yang didakwanya selama ini? Dan jika sekiranya Umno benar-benar memperjuangkan nasib bangsa tersebut, kenapa pula masih terdapat sebahagian besar kaum tersebut hidup menderita dengan keadaan yang tak terhingga? Telan berjuta-juta Ringgit Kita tengoklah laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) telah membelanjakan lebih daripada RM5.66 juta untuk membeli 23 ekor kuda baka khas. Adalah difahamkan juga bahawa kuda-kuda berbaka yang dibeli oleh MSN itu kesemuanya telah dibayar melebihi harga pasaran. Sementara dalam laporan audit yang seterusnya turut mendedahkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810 peratus di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan kajian lautan yang langsungnya tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat. Selain daripada itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib orang-orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain telah membelanjakan lebih daripada RM54 juta untuk membeli pelbagai peralatan dan peralatan yang kebanyakannya langsung tidak mempunyai kaitan dengan usaha-unsaha jabatan tersebut untuk membantu masyarakat Melayu yang miskin dan daif. Dan jika kita meneliti laporan audit tersebut seterusnya, kita akan dapati lebih banyak jabatan-jabatan kerajaan yang asyik berbelanja besar ke atas pembelian dan perolehan barangan, peralatan dan bahan-bahan yang langsung tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat jelata. GLC lagi rugi teruk Dalam pada itu, banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC turut mengalami kerugian yang berterusan dan ianya berlaku pada setiap tahun. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta). Kerugian yang berterusan oleh beberapa GLC yang besar ini telah menunjukkan bahawa kesemua syarikat-syarikat tersebut tidak belajar daripada kesilapan yang terdahulu dan tidak ada usaha yang menyeluruh daripada para pengurusan GLC ini untuk memperbetulkan keadaan yang semakin meruncing ini. Hasilnya, wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya. Rakyat akan terus diabai Di dalam saat-saat yang memerlukan, kita tidak melihat SPRM bertindak tegas menyiasat kerugian yang dialami oleh banyak jabatan-jabatan kerajaan dan beberapa GLC ini. Apa yang SPRM tahu, hanyalah membabitkan diri mereka di dalam kancah politik dengan hanya memerangi para pemimpin pembangkang dengan kononnya mereka ini telah melakukan "rasuah". Yang benar-benar rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka di dalam kerajaan tidak pula diendahkan kerana mereka ini adalah ahli-ahli dan para pemimpin Umno. Jadi, adakah SPRM ini benar-benar profesional atau sebaliknya? Oleh yang demikian, selagi BN dan Umno masih berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan terus dipertaruhkan seperti suatu perjudian dengan tidak mengendahkan kerugian dan kehilangan wang. Adakah rakyat memperoleh apa-apa faedah, hasil daripada pertaruhan tersebut? |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan