Sabtu, 1 Oktober 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenyataan DSAI Membidas Pembantaian Orang Utan di Kalimantan

Posted: 30 Sep 2011 05:03 PM PDT

Adalah difahamkan keberadaan orang utan di Kalimantan Timur diancam perusahaan kelapa sawit. Menurut beberapa sumber antaranya dari organisasi seumpama Balai Konservasi Sumber Daya Alam dan Centre for Orang Utan Protection, puluhan bukti orang utan ditemui mati sekitar kawasan yang diusahakan PT Khaleeda, usahasama Metro Kajang Holdings Berhad (Malaysia) dan PT Anugerah Urea Sakti.

Menurut organisasi- organisasi tersebut sungguhpun terdapat bukti yang meyakinkan kebanyakan orang utan itu dibunuh secara terancang, berkemungkinannya oleh perusahaan-perusahaan kelapa sawit, pihak berkuasa di kawasan berkenaan masih belum berjaya menahan mana-mana individu atau menetapkan pihak yang bersalah. Ini menyebabkan spesis orang utan di sekitar kawasan tersebut masih terdedah kepada bahaya kepunahan akibat dari ketamakan pihak-pihak tertentu.

Saya tuntas mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab membunuh spesis orang utan itu dan ianya mestilah dihentikan segera. Perbuatan jelik itu sekiranya benar ternyata mencalar nama baik pembangunan yang sebenarnya berniat membantu penduduk serta kawasan sekitar. Saya juga berharap pihak yang terbukti bersalah agar segera dihadapkan ke muka pengadilan manakala Kerajaan Malaysia perlulah mengambil tindakan segera serta menuntut penjelasan jika benar ada syarikat dari Malaysia terlibat membunuh orang utan.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan:

Nuffnang