Rabu, 21 September 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Jamuan Aidilfitri 2011 Bersama Rakyat 23 September ini.

Posted: 20 Sep 2011 09:06 PM PDT



Dengan ini DS Nizar menjemput semua warga Negeri Perak untuk hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri 2011.

Tutup Kem Kamunting kalau BN ikhlas

Posted: 20 Sep 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasakan tindakan Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini yang turut diulas oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai bertepatan perlu juga mengambil tindakan yang sama secara ikhlas dengan mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar menutup Kem Tahanan ISA Kemunting (Kemta) di Taiping.


"Kami merasakan sudah tiba masanya, Kerajaan Negeri Perak yang mana terletaknya Kemta agar menutup kem tersebut jika benar-benar ikhlas bahawa kekejaman yang sepanjang ini berlaku atas nama ISA turut lenyap jika Kemta ini turut ditutup," kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Katanya, jika Zambry langsung tidak mengambil tindakan seterusnya, bayangan akta yang sama zalim masih jelas akan di teruskan oleh Kerajaan Pusat pimpinan Umno BN.


Justeru, ujarnya Pemuda PAS negeri menunggu tindakan ikhlas Zambry jika benar BN mendengar tuntutan rakyat dan berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan turut menutup Kemta jika BN masih gagal bertindak menutupnya.


"Kami merasakan ramai pemerhati antarabangsa melihat Kemta adalah satu kawasan hitam yang perlu kita sebagai rakyat Perak bersihkan jika BN masih mengekalkan Kemta di Perak," ujarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang