Rabu, 21 September 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dapaf CF tanpa air, elektrik

Posted: 21 Sep 2011 12:38 AM PDT

JELEBU 19 Sept. 2011 - Rumah siap pahat berbunyi. Itu yang dapat digambarkan perihal 30 pemilik rumah di Taman Teja dekat sini yang memperoleh rumah baru namun kediaman mereka itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Lebih menghairankan penduduk, kemudahan asas tersebut belum diperoleh sungguhpun perumahan di kawasan itu sudah memiliki sijil layak menduduki (CF).

Salah seorang pemilik rumah, Mohd. Nizam Ibrahim, 34, berkata, rumah teres dua tingkat berkenaan dibeli pada 2006 dan siap sepenuhnya hujung tahun lalu.

''Pada Mac tahun ini kami dimaklumkan kawasan perumahan ini sudah memiliki CF sebelum menerima kunci dari pihak pemaju Julai lalu.

''Bagaimanapun, harapan saya untuk menduduki kediaman baru ini belum tercapai kerana sehingga kini kawasan itu belum mempunyai bekalan air dan elektrik," katanya di sini hari ini.

Mohd. Ali Imran Idris, 31, pula memberitahu, dia sendiri telah menghubungi pihak pemaju untuk bertanya masalah itu tetapi jawapan yang diterimanya sangat mengecewakan.

Jelasnya, pihak pemaju berjanji bekalan air dan elektrik akan disalurkan tidak lama lagi tetapi selepas beberapa bulan menunggu masih tiada sebarang perubahan.

''Saya juga sudah mengajukan masalah ini kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak Majlis Daerah Jelebu (MDJ) tetapi masih tiada tindakan.

''Agak pelik juga bagaimana kediaman kami boleh mendapat CF daripada MDJ sedangkan kenyataannya ia belum layak untuk diduduki lagi kerana tiada kemudahan asas," ujarnya.

Sementara Norlaila Abdul Rahman, 31, pula berharap dapat menduduki rumah baru itu dengan segera kerana ketika ini dia sekeluarga tinggal di rumah sewa.

''Tidak lama gaji saya akan dipotong untuk membayar ansuran rumah dan ini sudah tentu membebankan saya dan penduduk yang lain kerana terpaksa membayar juga rumah yang di sewa," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Sambutan Hari Raya Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Jempol

Posted: 20 Sep 2011 06:27 PM PDT

SEREMBAN - Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan mengadakan sambutan Hari Raya pada hari Ahad 25 September ini bermula jam 8 malam di Muassassah Darul Syariff, Kampung Gajah Mati, Batu Kikir, Jempol.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani ini lah julung kalinya sambutan Aidilfitri dianjurkan bersama PAS, KeADILan dan DAP.

" Ini menggambarkan keutuhan PR Negeri Sembilan dalam apa jua program dan aktiviti yang dianjurkan", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek berkata majlis akan dimulakan dengan jamuan Hari Raya dan seterusnya akan disambung dengan Ceramah Perdana.

Penceramah utama pada malam tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Setiausaha Agung KeADILan, Saifudin Nasution; Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin; Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas; Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook dan Mohd Taufek sendiri.

Mohd Taufek menyeru semua kepimpinan dan ahli PR Negeri Sembilan di semua peringkat hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dan mengeratkan lagi sillaturrahim yang sedia terjalin di kalangan pemimpin dan ahli PR.

Tiada ulasan:

Nuffnang