Kamparinn.blogspot.com |
Posted: 30 Aug 2011 02:01 PM PDT Asalamualaikum dan salam sejahtera! Ramadzan menjanjikan setiap yang berpuasa melalui perintah Allah yang terkandung dalam surah al-Baqarah ayat 183 suatu peluang pengampunan segala dosa yang lalu serta memperakui tidak lagi terlibat dalam amalan yang bolih mencemarkan aqeedah dan amalan seharian yg bertentang dgn Islam. Ini akan dilaksanakan sepenuhnya selepas ramadzan sehinggalah 11 bulan akan datang inshaAllah. Kemerdekaan pula disambut tahun ini satu hari selepas aidil fitri. Peristiwa bersejarah ini menuntut kita melawan apa jua bentuk penjajahan fisikal dan emosi.Pejuang2 kemerdekaan dari berbagai kalangan telah menentang union jack /British yang akhirnya diberi kemerdekaan oleh British kepada Tngku Abdul Rahman putra tahun 1957. Tapi apakah signifikanya kedua perayaan aidil fitri dan kemerdekaan ini disambut bersekali? Sudah tentu bila diimbas kembali disepanjang 54 tahun kebelakangan ini masih kuat terdapat unsur serta dasar yang masih mengagungkan kesinambungan penjajahan khususnya dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Fahaman perkauman assobiyah masih menjadi ideology teras negara. Fahaman perkauman ini ditolak Islam sebagaimana dicerminkan didalam peristiwa peperangan Badar alKubra yang mancatatkan seramai 313 pejuang Islam berbagai bangsa dan kaum yang dipimpin Rasulullah menentang fahaman ketuanan 1Quraish yang terdiri dari 1000 orang Quraish pimpinan abu Jahal. Kita masih tidak dapat menjinakan serta merapatkan pentadbiran dan pengurusan negara berpandukan pedoman Al-Quran walaupun perayaan aidl fitri tahun ini bersekali dgn kemerdekaan. Al-Quran yang diturunkan dibulan ramadzan, petunjuk kepada manusia dan ditarawihkan dikebanyakan masjid tanah air, tidak langsung memberi kesan dan impak dalam perjalanan harian apatah lagi dalam menggubal dasar disetiap peringkat penggubalan dasar. Dicadangkan kemerdekaan kali ini diramadzankan dalam konteks membebaskan masyarakat dan negara dari belenggu penjajahan dengan mengambil kira tata kelolaan yg berteraskan keadilan dan kebenaran sebagaimana termaktub didalam kitab al-Quran. Assobiyah ketuanan Melayu yang merupakan ancaman kepada perpaduan kaum di Malaysia hendaklah disisih dari masyarakat yang terbukti menjahanamkan keadilan dan kebenaran. Misalnya propaganda video lucah terbitan Dato T bolih sahaja mengatasi ketetapan Allah supaya mendatangkan 4 saksi utk mendakwa atau menuduh orang berzina/berliwat sebagai terkandung didalam surah an-Noor ayat 4. Persoalanya mampukah kita meninggalkan ketuanan perkauaman melayu ini dan digantikan dengan ketuanan syariah dan ketuanan rakyat? Nampaknya ramadzan baru berlalu belum mampu merobah bagi pembersihan aqeedah kepada kejituan laa illa ha illaAllah, Muhammadur Rasulullah. |
You are subscribed to email updates from Kamparinn.blogspot.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan