Sabtu, 10 September 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


YB ZIARAH KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KG. SUNGAI SAMAK

Posted: 10 Sep 2011 08:34 AM PDT


TELUK INTAN, 10 September - Sebuah rumah di Kg. Sungai Samak telah terbakar kira-kira pukul 4.30 petang tadi. Penghuni rumah telah dapat menyelamatkan diri namun segala dokumen dan sebuah kereta telah musnah dijilat api. Litar pintas mungkin menjadi punca berlaku kebakaran tersebut.
YB Anuar bersama keluarga mangsa kebakaran dan penduduk kampung.


YB Anuar berbual dengan anak mangsa.

Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang telah berjaya mengawal kebakaran. Rumah tersebut dihuni oleh sepasang warga emas, Hj. Mohd. Suhaimi bin Abdul Aspar dan Hjh. Sumaiyah binti Hambali serta seorang anak lelaki. Hjh. Sumaiyah yang sedang uzur menderita kencing manis  sempat diselamatkan oleh anaknya.

Pada sebelah malamnya, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah sempat meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa kebakaran. Beliau berpeluang menyampaikan ucapan simpati dan beramah mesra dengan anak-anak mangsa kebakaran serta menyampaikan sumbangan.

 intanhijau.blogspot.com
sumber foto kebakaran : wann-annur.blogspot.com

ADUN CHANGKAT JONG RASMI PASTI BARU

Posted: 09 Sep 2011 08:54 PM PDT


TELUK INTAN, 10 September - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin telah merasmikan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) baru di kawasan Pasir Salak. PASTI tersebut ialah PASTI Elya Khadeejah yang terletak di Parit 9, Labu Kubung, Chenderong Balai dekat sini.

Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar menyarankan kepada para ibu bapa dan guru agar mendalami ilmu keibubapaan (parenting skill) yang begitu berguna dalam mendidik anak-anak zaman sekarang. Menurut beliau, kini sudah banyak agensi yang menawarkan kursus-kursus cara mendidik anak yang dapat membantu para ibu bapa dan guru dalam mendidik serta menangani masalah anak-anak sama ada di rumah atau pun di sekolah.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.

Saf pimpinan PAS Pasir Salak.

Selain itu, beliau juga menyatakan antara tujuan pendidikan Islam adalah untuk memastikan manusia dapat istiqamah beribadah kepada Allah SWT dan pada masa yang sama mereka menjaga hubungan baik sesama manusia.

"Oleh kerana itu, PAS sentiasa memperjuangkan menegakkan agama yang syumul agar tujuan PAS iaitu mewujudkan sebuah pemerintahan yang menjalankan nilai-nilai Islam tercapai. Caranya ialah dengan menggalakkan apa sahaja program atau aktiviti yang dapat menyampaikan ilmu yang syumul kepada masyarakat, " tambah beliau.
Antara para ibu bapa yang hadir.


Akhir sekali, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan penubuhan PASTI Elya Khadeejah yang merupakan PASTI terbaru di kawasan Pasir Salak. Beliau berharap agar PASTI tersebut dapat melahirkan tunas-tunas putera-puteri yang cintakan agama.
Wakil Markaz, Sdr. Mohd. Hakim menyampaikan ucapan aluan.

Ketua Dewan Muslimat Kawasan Pasir Salak, Puan Jamaliah turut hadir.

Sementara itu, wakil Markaz PAS Labu Kubung menyatakan kesyukurannya atas penubuhan PASTI Elya Khadeejah yang merupakan PASTI yang ke-12 bagi PAS Kawasan Pasir Salak yang menjadikan kawasan tersebut antara kawasan yang paling  banyak bilangan PASTI di negeri Perak.

Selepas ucapan perasmian, YB Anuar telah melakukan upacara perasmian PASTI Elya Khadeejah serta menanda tangani pada buku pelawat sebagai tanda perasmian. Beliau juga melancarkan Program Jom Masuk PASTI peringkat PASTI Kawasan Pasir Salak. Kemudian, beliau telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid PASTI yang telah berjaya di dalam Pertandingan Tulisan Cantik Jawi dan Rumi sempena Hari IQ PASTI Pasir Salak.
YB Anuar merasmikan Kempen Jom Masuk PASTI.

YB Anuar menyampaikan pelekat Basmalah kepada Ketua MGP.

YB Anuar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tulisan cantik Jawi.


Turut hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan Pasir Salak Tn. Hj. Zaki Jusuh, Ketua Dewan Muslimat Kawasan Puan Jamaliah Sudin yang juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS Perak.
YB Anuar menanda tangani buku pelawat PASTI Elya Khadeejah.


YB Anuar berganbar bersama pimpinan kawasan, guru-guru dan pelajar PASTI.

Setiausaha PAS Kawasan Pasir Salak menyampaikan cendera hati kepada YB Anuar.

Menikmati Jamuan Raya.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang