Sabtu, 10 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


‘Malaysia Tak Pernah Terjajah’ Usaha Tipu Rakyat

Posted: 10 Sep 2011 12:03 AM PDT

Malaysiakini

Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan untuk “menipu rakyat” serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya.

“Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya.

“Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama,” tambahnya.

Dakwaan bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah” itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu.

“Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun.

“Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka.

“Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja.

“Saya mengaji juga sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak ada PAS lagi tapi orang sudah lawan penjajah,” katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.

Pandangan itu juga disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno sebagai “hero (filem) Hindustan yang datang lambat.”

“Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang tewaskan penjajah,” katanya.

Tambahnya, ahli akademik yang giat mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu.

Dakwaan bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah” itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil.

“Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep (kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah terpaksa diubah seluruhna.

“Dan semua kajian yang dapat (ijazah) kedoktoran dan sarjana itu kena batal semuanya sebab salah,” katanya yang menambah, Umno juga telah ditipu berhubung sambutan kemerdekaan itu.

Dalam sidang media sama, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpandangan sambutan Hari Kemerdekaan pada 16 September tidak perlu diadakan sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf bahawa Malaysia pernah terjajah.

Keluar Dari Penipuan Cendekiawan Sempit Umno- Azmin

Posted: 09 Sep 2011 07:57 PM PDT

Keadilan Daily

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengajak rakyat Malaysia keluar daripada pemikiran sempit yang dibawa cendekiawan Umno, berhubung soal sejarah.

"Cukuplah. Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN," katanya.

Menurut Azmin, penolakan idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel dilabel sebagai komunis dan sosialis.

Sedangkan, katanya, konsep dan idea sama pernah dirai oleh sahabat nabi dan ulama Islam seperti Abu Dzar dan Abdul Rahman Auf.

"Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutama dan kebenaran  dipinggirkan," katanya pada blognya hari ini.

Abu Dzar ialah sahabat nabi yang menitikberatkan konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam dengan memberi penekanan terhadap prinsip keadilan sosial dan ekonomi.

Dianggap sebagai pemikir radikal, beliau pernah menyatakan setiap lebihan (al-afwu) dalam rumah seorang Islam, menjadi hak orang lain yang memerlukannya.

Ibnu Hazm, seorang lagi ulama besar pula menyatakan sesebuah kelompok miskin tidak bersalah apabila berperang menuntut hak jika ia dirampas.

Abdul Rahman Auf pula diketahui umum sebagai seorang sahabat nabi yang kaya tetapi banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan Islam.

"Tidakkah ini sama dalam isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu.

"Beliau mahu penilaian adil diberi kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Berbanding kebanyakan pemimpin Umno yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, Azmin berkata, Mat Indera dikenali sebagai kuat beribadah,  seorang hafiz dan cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya.

Dalam konteks tanah air, British menjajah dan merompak hasil kekayaan di Tanah Melayu sedangkan masyarakat Melayu Islam ketika itu hidup melara dan miskin.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Munich,German,11-12 September 2011

Posted: 09 Sep 2011 08:07 AM PDT

Meeting for peace: “Bound To Live Together – Religions And Cultures In Dialoge”

Ahad: 11hb September 2011
Tempat: Residenz,Herkulessaal (opening assembly).

“Humanists And Believers: The Agenda Of Coexistence”

Isnin: 12 September 2011
Tempat: Halls In The City Centre

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan:

Nuffnang