i n t a n h i j a u |
TANGGAL 31 OGOS DAH KENA TANGGAL... Posted: 09 Sep 2011 03:57 AM PDT Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. ![]() "Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. "(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini. MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan. ![]() "British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam. "Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'. "Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.(MALAYSIAKINI) |
MAHATHIR KATA SOKONGAN NAJIB MEROSOT SEBAB BERSIH 2.0 Posted: 09 Sep 2011 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemerosoton sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah akibat dari cara kerajaan BN mengendalikan perhimpunan Bersih. Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul. "Saya tidak tahulah samada ia arahan Datuk Seri Najib ataupun tidak tetapi bila ia arahan kerajaan, ia dilihat buruk oleh orang ramai," katanya. Mahathir berkata demikian dalam wawancara khas dengan Astro Awani dan disiarkan hari ini. Merdeka Centre dalam kajiannya baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Najib merudum teruk kepada 59 peratus berbanding 76 peratus sebelum ini. Kenyataan Mahathir ini membayangkan beliau bersetuju dengan hasil kajian persepsi Merdeka Centre itu yang cuba ditolak oleh pemimpin kerajaan Umno termasuk oleh para menterinya. Ketika ditanya komen beliau terhadap penglibatan anaknya, Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai itu, Mahathir berkata, beliau tidak mengongkong anak-anaknya. "Saya memberikan kebebasan kepada anak saya, saya tak paksa mereka ikut saya, mereka gunakan kebijaksanaan sendiri," kata Mahathir dalam rancangan itu.(harakahdaily) |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan