:: cina islam | 2011 :: |
- Persiapan ulang tahun 9/11
- 'Pengampu Rosmah Sahkan Pembelian Berlian RM24 Juta'
- 500 cemas komuter tersasar laluan
- Wanita paling gemuk di dunia
- Pengguna tidak berhemah atau jalan raya bermasalah
- 36 kawasan catat kualiti udara sederhana pagi ini
- PAS Mahu Siaran Langsung Untuk Debat Mat Indera
- Gaddafi jual rizab emas Libya
- MAS kecewa kesatuan ancam tindakan industri
- SPR daftar alamat pengundi tak wujud
- Natasha berjanji jalani kehidupan normal
- Keluar dari kelambu penipuan media Umno BN
- Sini suruh gugur kerakyatan Mat Sabu, sana bagi beribu kerakyatan untuk warga asing
- Wang penduduk dicuri toyol?
- Suami muda tak sabar
- Penoreh Mengamuk Bekas Isteri Enggan Rujuk
- Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz
- Buang bapa, kebas wang
- Cukai talian prabayar 6 peratus
- Kalau Diberi Pilihan, Rakyat Mungkin Pilih Burhanuddin Helmy Jadi PM-Mat Sabu
- Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan
- Putrajaya Masih Kaji Sistem Biometrik Untuk PRU-13
- Kajian: Mat Indera bukan komunis
- Kapal perang Turki akan lindung konvoi bantuan ke Gaza
- 2 lagi ditahan berhubung letupan mahkamah India.
Posted: 09 Sep 2011 02:08 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - BEBERAPA pekerja mengubah kedudukan lampu dalam ujian persembahan cahaya di New York kelmarin. NEW YORK - Beberapa ujian dilakukan oleh sekumpulan pakar cahaya di tapak bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) bagi membuat persembahan sempena dengan ulang tahun kesepuluh serangan pengganas yang berlaku di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Ujian itu dilakukan menjelang sambutan ulang tahun serangan tersebut yang akan disambut pada Ahad ini. Dalam serangan pengganas itu, bangunan WTC runtuh akibat dirempuh oleh dua pesawat yang dirampas pengganas sehingga mengakibatkan 2,753 orang terbunuh pada 11 September 2001. Serangan itu kemudian dikenali sebagai 9/11. Seorang penerbit teater yang mengendalikan acara persembahan cahaya itu, Michael Ahern berkata, apabila lampu tersebut bercahaya, ia akan memberikan suasana yang amat indah. Sementara itu, kebimbangan rakyat Amerika Syarikat (AS) berhubung satu serangan pengganas semakin berkurangan. Maklumat didedahkan dalam satu tinjauan pendapat yang disiarkan semalam. Seramai 36 peratus responden menyatakan mereka berasa amat bimbang bahawa akan berlaku satu serangan pengganas. Serangan pengganas itu didakwa dirancang oleh bekas Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden sehingga dia menjadi orang paling dikehendaki oleh AS. Namun, Osama mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan di sebuah rumah persembunyian pada 2 Mei lalu semasa berusia 54 tahun. - Agensi |
'Pengampu Rosmah Sahkan Pembelian Berlian RM24 Juta' Posted: 09 Sep 2011 02:00 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 9 SEPT : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dipetik Keadilan Daily berkata, 'pengampu-pengampu' Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan. Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat. "Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA. "Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap," kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard. Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah. "Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor," kata beliau. SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import. Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan. Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura. Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard. Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi. Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya," kata Chegu Bard. tv news/- |
500 cemas komuter tersasar laluan Posted: 09 Sep 2011 01:50 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penumpang mengalami saat mencemaskan apabila komuter yang mereka naiki tersasar daripada laluan sebenar sehingga terpaksa berundur semula secara perlahan-lahan sejauh enam kilometer yang mengambil masa lebih satu jam sebelum sampai ke stesen sepatutnya, semalam. Kejadian berlaku pada waktu puncak jam 6.20 petang apabila komuter yang sarat membawa penumpang dari stesen Bank Negara sepatutnya memasuki laluan ke Batu Caves, tetapi masuk ke laluan arah utara selepas Stesen Putra berdepan The Mall dan terus ke Kepong. Bagaimanapun, pemandu tiba-tiba menghentikan komuter berkenaan sebelum tiba ke stesen Rawang yang berada beberapa kilometer lagi dan mengundur secara perlahan-lahan setiap lima minit sebelum akhirnya sampai ke Stesen Batu Caves yang mengambil masa lebih satu jam. Seorang penumpang yang berada dalam tren berkenaan, berkata sebelum kejadian, komuter berkenaan mengalami kelewatan kira-kira setengah jam, menyebabkan penumpang yang kebanyakannya baru pulang dari pejabat semakin bertambah ramai. "Saya tidak dapat bayangkan betapa takutnya semua penumpang apabila komuter berkenaan berundur dan berhenti setiap lima minit. Apa yang paling kami takuti sekiranya ada komuter lain datang dari arah depan, pastinya berlaku kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan penumpang. "Semua penumpang hanya tertanya-tanya sesama sendiri dan gelisah dengan apa yang berlaku kerana tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh pemandu mengenai kejadian berkenaan," katanya yang menghubungi Berita Harian, semalam. Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail mengesahkan kejadian berkenaan yang berpunca daripada poin laluan dari arah stesen Putra ke Sentul terkunci, menyebabkan tren tidak dapat memasuki laluan ke arah Batu Caves, dipercayai akibat kerosakan pada alatan terbabit. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.20 petang dan terakhir berlaku jam 9.45 malam membabitkan lapan tren kesemuanya ke arah laluan yang sama. berita harian/- |
Posted: 09 Sep 2011 01:45 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - SACRAMENTO:: Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia. Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula. Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks' dan dia mengadakan seks setiap hari. Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater. Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik. "Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan. "Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram," katanya. "Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang." "Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim." Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya. -DM |
Pengguna tidak berhemah atau jalan raya bermasalah Posted: 09 Sep 2011 01:40 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Sept: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) melahirkan rasa kesal dan bimbang ekoran peningkatan kadar kemalangan khususnya yang melibatkan kematian dalam Ops Sikap ke-24 yang berakhir pada 7 September lalu. Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, difahamkan Ops Sikap ke-24 adalah yang terburuk sejak Ops Sikap dilancarkan 11 tahun yang lalu. Ops Sikap ke 24 mencatatkan mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian. Keseluruhannya sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini. Penunggang dan pembonceng motosikal adalah penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus). "LaPAS mempersoalkan keberkesanan Ops Sikap kali ini gagal membendung kemalangan khususnya yang melibatkan kemalangan maut meskipun pelbagai usaha dan kempen dibuat, namun kadar kemalangan terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, faktor sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka menjadi sebab utama kemalangan terus meningkat. Dalam hal ini, ujarnya sesuatu tindakan drastik perlu dikenalpasti dan dialksanakan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Antaranya, kata beliau LaPAS menyokong usaha penjenamaan semula Ops Sikap yang dilihat agak ketinggalan dan kurang berkesan. Selain itu, tambah beliau antara tindakan yang berkesan adalah dengan melicinkan perjalanan trafik di jalan-jalan raya. "Antara sebab pemandu letih adalah kerana kerana faktor kesesakan jalan raya yang membosankan dan meletihkan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Jerai. Menurutnya, dengan jumlah kenderaan yang banyak, dengan suasana yang panas dan tidak selesa sudah tentu pemandu menjadi hilang sabar, marah, tekanan perasaan, serta mengantuk. Kesannya, kata beliau pemandu memilih untuk menggunakan jalan alternatif walaupun ianya jauh dan merbahaya. Menurutnya lagi, di musim perayaan seperti Aidilfitri ini pula, R&R sepanjang lebuhraya biasanya sesak dengan pengunjung. Katanya, ramai pemandu terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan mengantuk kerana gagal untuk berhenti di R&R ekoran terlalu ramai orang. Justeru, ujarnya LaPAS mengharapkan kerajaan dan syarikat konsesi tol memperbanyakkan lagi R&R di lebuhraya bagi keselesaan pemandu. Selain itu, jalan di kawasan perbandaran juga perlu disediakan kawasan R&R bagi kemudahan pemandu. Katanya, pemandu biasanya tidak ada alternatif selain bersekang mata yang keletihan kerana tidak ada tempat persinggahan untuk rehat di jalan selain lebuhraya. Selain itu, ujarrnya faktor jalanraya seperti seperti selekoh tajam, jalan berlubang, tidak rata, tidak jelas papan tanda serta ketiadaan lampu jalan antara sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Beliau menambah, jalan di kawasan kampung ketika waktu malam amat gelap dan berbahaya yang mengundang bahaya terutama di waktu hujan. "LaPAS mengharapkan antara langkah keselamatan ialah mengadakan lampu jalan bagi menerangi jalan-jalan kawasan di luar bandar serta di kawasan selekoh berbahaya," ujarnya. Menurutnya, banyak lagi faktor dilihat sebagai punca kemalangan jalan raya dan banyak perkara boleh diperbaiki bagi mengatasi masalah ini. "LaPAS percaya antara cadangan yang dikemukakan ini, jika dilaksanakan dengan segera mampu membendung kemalangan di jalan raya,insya Allah. "Takziah kepada mereka yang terkorban di dalam kemalangan dan Al-Fatihah LaPAS sedekahkan bagi mereka yang beragama Islam. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa mereka dan meletakkan roh mereka dikalangan orang-orang beriman," katanya. harakahdaily/- |
36 kawasan catat kualiti udara sederhana pagi ini Posted: 09 Sep 2011 01:30 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala 15 lagi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik setakat 7 pagi ini. Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat. Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan dengan 98, Bukit Rambai, Melaka (96); Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor yang masing-masing mencatat 87, dan Port Dickson, Negeri Sembilan (86), kata JAS menerusi laman webnya. Semalam JAS dilapor berkata keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. - BERNAMA |
PAS Mahu Siaran Langsung Untuk Debat Mat Indera Posted: 09 Sep 2011 01:20 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 9 SEPT : Susulan gesaan beberapa pihak agar debat antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu Mat Indera dan pejuang kemerdekaan diadakan, PAS hari ini mahu ia dibuat di stadium serta disiarkan secara langsung di televisyen. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. "Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," katanya. PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British". Muhyiddin setakat ini belum menyatakan sama ada beliau bersetuju atau menolak cabaran itu. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit. "Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya. Tuan Ibrahim berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu. "Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," tambahnya lagi. tv news/- |
Posted: 09 Sep 2011 01:00 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - GADDAFI bermain dengan cucunya di Bab al-Aziziyah, foto yang disiarkan kelmarin disusuli kenyataan pemimpin itu yang menafikan lari ke Niger. Bekas pemimpin untung lebih RM3 bilion, nafi rancang lari ke Niger TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menjual lebih 20 peratus rizab emas Libya, bernilai lebih AS$1 bilion (RM3 bilion), sebelum lari daripada ditahan pemerintah baru. Gabenor Bank Pusat Libya, Qassem Azzoz, ketika mendedahkannya berkata, jongkong emas bernilai 1.7 bilion dinar (RM4.18 bilion) atau kira-kira 29 tan, dijual kepada pedagang tempatan ketika rejim kekurangan wang tunai. "Emas itu dicairkan bagi membayar gaji dan mempunyai pembeli, terutama di Tripoli," kata Azzozz. Menurut pegawai bank pusat, emas itu kemungkinan dibawa keluar ke negara jiran Tunisia atau negara berdekatan. Azzoz menambah, aset keseluruhan bank itu kini kekal kira-kira AS$115 bilion (RM344.14 bilion) dan AS$90 bilion (RM269.33 bilion) daripadanya berada di luar negara. Sementara itu, Gaddafi menyelar laporan dia lari ke Niger, menyifatkannya 'perang psikologi dan penipuan,' sambil berazam untuk mengalahkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan 'tikus' yang memimpin Libya. Kepemimpinan baru Libya yang dikemudi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan Amerika Syarikat menggesa negara jiran menutup sempadan mereka kepada anggota rejim Gaddafi. Tetapi, dalam ucapan pertamanya selepas beberapa lama, bekas pemimpin itu enggan mengaku kalah dan memberitahu rakyatnya: "Mereka tiada cara lain kecuali melakukan perang psikologi dan menipu." Bercakap menerusi telefon di saluran televisyen Arrai Oruba berpusat di Damsyik, beliau menambah: "Mereka kali terakhir berkata, Gaddafi dilihat dalam satu konvoi menghala ke Niger. Mereka mahu lemahkan semangat kami. Jangan bazirkan masa terhadap musuh yang lemah itu." Gaddafi juga berkata, NATO yang melakukan serangan udara setiap hari ke atas tenteranya sejak 31 Mac lalu mengikut satu mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 'akan dikalahkan' kerana 'kapasiti logistik tidak akan benarkannya' untuk terus menyerang. "Kami sedia di Tripoli dan di mana saja untuk memperhebat serangan ke atas tikus, tentera upahan, yang juga sekumpulan anjing," katanya. Sejak kompleks pentadbirannya di sini ditawan pada 23 Ogos lalu, Gaddafi membuat beberapa rayuan tentangan dalam pita disiar Arrai, yang dikendalikan bekas Ahli Parlimen Sunnah, Iraq Mishan al-Juburi. Mishan mendakwa satu-satunya personaliti media yang berupaya menghubungi Gaddafi sejak bersembunyi selepas NTC mengambil alih ibu negara dan berkata bekas pemimpin dan anak lelakinya, Saif al-Islam masih berada di Libya. "Saya boleh beritahu anda saya bercakap dengan Gaddafi baru-baru ini. Dia ada di Libya, dalam keadaan bersemangat, kuat, tidak takut dan gembira jika mati berjuang terhadap penjajah. "Anak lelakinya, Saif berada dalam pemikiran sama," tambah Mishan yang salurannya menyiarkan mesej audio Gaddafi. – AFP |
MAS kecewa kesatuan ancam tindakan industri Posted: 09 Sep 2011 12:52 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS. Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF). "MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya melibatkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu. "Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan. MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan. MAS juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai. Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia. Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baharu syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baharu dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan. - Bernama |
SPR daftar alamat pengundi tak wujud Posted: 09 Sep 2011 12:45 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencipta keanehan apabila jalan yang tidak wujud turut dijadikan alamat kepada pengundi yang juga tidak wujud di sesuatu kawasan pada sesetengah negeri di seluruh negara. Salah satu bukti berhubung perkara itu termasuklah Jalan Pintar 11 dekat Taman Universiti yang terletak dalam kawasan Dun Bangi di Selangor yang jelas tidak wujud, tetapi turut didaftarkan sebagai alamat salah seorang pengundi di kawasan itu. Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Adram Musa menjelaskan, beliau amat hairan dengan tindakan SPR itu, pada hal jalan-jalan yang terdapat di kawasan itu khususnya yang membabitkan Jalan Pintar hanyalah Jalan Pintar 1, Jalan Pintar 2, Jalan Pintar 3, Jalan Pintar 4 dan Jalan Pintar 5 sahaja. Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh SPR itu jelas merupakan satu manipulasi pilihanraya di negara ini dan ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Katanya, tindakan susulan lain yang dilakukan oleh SPR dan JPN berhubung perkara itu dengan menyenaraikan penduduk sementara sebagai pemilih dalam daftar pemilih SPR, termasuk membabitkan pengundi bagi Dun Bangi dan yang dicatatkan tinggal di Taman Universiti. "Antaranya termasuklah Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam. Sesuai dengan kedudukan Jamaluddin sebagai penduduk sementara, menurut beliau, Jamaluddin diberikan kad pengenalan hijau oleh JPN dan mengikut undang-undang pula, penduduk sementara dan penduduk tetap yang mempunyai kad pengenalan merah tidak boleh mengundi. "Dalam hubungan ini, keanehan lain pula yang wujud. Jamaluddin bin Tahir itu sendiri sememangnya tidak tinggal di kawasan itu. Malah, PAS Sungai Tangkas telah melakukan pemeriksaan dan didapati sememangnya tidak wujud orang yang bernama Jamaluddin bin Tahir yang tinggal di kawasan itu," katanya. Berdasarkan semakan terkini yang dilakukan oleh pihak PAS didapati selain Jamaluddin bin Tahir, terdapat dua orang lagi penduduk sementara yang mempunyai kad pengenalan hijau yang turut didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR. Mereka terdiri daripada Numi binti Syukri yang bernombor kad pengenalan 880306115096, lokaliti Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut, Parlimen Besut, Terengganu. Manakala seorang lagi, Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor. Sehubungan itu, beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar SPR dan JPN bagi menjelaskan perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya dan menyalahi undang-undang. harakahdaily/- |
Natasha berjanji jalani kehidupan normal Posted: 09 Sep 2011 12:41 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki. Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki. Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam. "Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki. "Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini. Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini. kosmo/- |
Keluar dari kelambu penipuan media Umno BN Posted: 09 Sep 2011 12:37 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Sept: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengajak rakyat supaya keluar daripada kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN. "Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, orang Melayu Islam bingkas menolak idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel kerana mereka dicap komunis dan sosialis. Tetapi, ujarnya konsep dan idea yang sama dijulang dan diraikan apabila ia keluar dari pemikiran Abu Dzar, dan Abdul Rahman Auf. "Kenapa begitu?" soalnya yang juga ahli Parlimen Gombak. Katanya, menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, itu semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis, sentimen diutamakan dan kebenaran dipinggirkan. "Tidakkah ini sama dengan isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan oleh Mohamad Sabu," tanya beliau lagi. Beliau berkata, Mohamad mahu penilaian adil diberikan kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain. "Berbanding kebanyakan pemimpin Umno BN yang dijulang, Mat Indera adalah seorang muslim yang kuat beribadah, seorang hafiz dan amat cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya. Cukuplah," ujarnya. harakahdaily/- |
Sini suruh gugur kerakyatan Mat Sabu, sana bagi beribu kerakyatan untuk warga asing Posted: 09 Sep 2011 12:28 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis. Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero. Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut "Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair" sehingga bertukar menjadi "Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair" sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah. Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan. Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan. Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah. Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim. Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan? Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa. Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai "penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan" yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero. Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai "bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik" pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan. Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara. Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee "fening, fening." Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas Pusat |
Posted: 09 Sep 2011 12:00 AM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - BAGAN AJAM - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang. Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang simpanan disedari hilang. Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka. Seorang penduduk, Abdul Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang. "Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300. "Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal," katanya. Peniaga kedai makan, Norzuliatun Nordin, 35, turut mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari. "Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar. "Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50," katanya. Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya. Lima kali wang hilang BAGI Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu. "Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil berbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap. "Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya. Penduduk mengeluh DALAM pada itu, kunjungan Sinar Harian ke beberapa rumah penduduk tiga kampung berkenaan mendapati kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku. Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang diambil toyol. "Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku yang kemudiannya diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang. "Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika kita meletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya. sinar harian/- |
Posted: 08 Sep 2011 11:30 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang. Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu. Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu. Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli. Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran. Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya. Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain. Susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurutnya, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu hanya berpunca daripada lelaki berkenaan tidak puas hati dengan sikap mangsa kerana gemar mengambil masa lama untuk membeli-belah. Bagaimanapun, katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. metro/- |
Penoreh Mengamuk Bekas Isteri Enggan Rujuk Posted: 08 Sep 2011 09:30 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - SUNGAI PETANI 9 SEPT : Seorang lelaki bersenjatakan senapang mengamuk dan mengugut mencederakan tiga anaknya setelah hasrat beliau mengahwini semula bekas isterinya ditolak wanita itu dalam satu kejadian di Kampung Teluk Wang, Sungai Pasir di sini semalam. Bapa lelaki itu bagaimanapun berjaya mengeluarkan tiga cucunya yang berumur lima hingga 10 tahun dari rumah anak lelakinya, demikian menurut beberapa saksi, lapor Bernama Online. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Ong Aik Cheang, memberitahu pemberita di tempat kejadian malam tadi, bahawa polis yang menerima panggilan orang awam tiba di rumah lelaki itu pada 5 petang dan mengepung rumah itu. Katanya lelaki berumur 37 tahun itu, yang bekerja sebagai penoreh getah, mengamuk sejak 3 petang apabila hasratnya mengahwini semula bekas isterinya selepas mereka bercerai tahun lepas, ditolak wanita itu. "Kemungkinan kecewa, penoreh itu mengamuk dan mengugut mencederakan tiga anak yang diperliharanya selepas bercerai dengan isterinya dengan mengurung mereka di dalam rumahnya. "Bapa penoreh itu bagaimanapun berjaya mengeluarkan ketiga-tiga cucunya dari rumah anaknya itu tanpa sebarang kecederaan," kata Ong. Menurutnya penoreh itu terus tinggal dalam rumahnya dalam keadaan gelap selepas anak-anaknya dikeluarkan. Katanya penoreh itu menyerah diri selepas polis menelefon bekas isterinya di Perlis yang datang dan memujuk beliau. Polis memberkas penoreh itu dan merampas sepucuk senapang patah yang tidak berisi peluru daripada beliau. "Sekotak peluru ditemui pada penoreh itu," kata Ong. Menurutnya lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971. tv news/- |
Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz Posted: 08 Sep 2011 09:00 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 9 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan berita khasnya dalam Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai mengarut. (Nik Aziz bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang) "Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu," dakwa Mursyidul Am PAS. Beliau berkata demikian ketika meraikan ketua cawangan Umno Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang yang menyertai PAS bersama para penyokongnya. Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini. Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini. Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja. Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British. Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini. "Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala. "Sedangkan benda itu ada. Ini kerana 'orang putih' tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua. "Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut. "Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. Pengaruh media baru Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap pada masjlis yang sama mempertikaikan pemikiran rakyat di negara ini dalam masa 54 tahun hingga kini, masih tidak banyak berubah. Namun bagaimana pun, Wan Rahim yakin dengan pembabitan ramai generasi baru dalam laman soisal dan internet yang terdedah dengan banyak maklumat, mereka akan merubah suasana yang ada. "Mereka terdedah dengan banyak maklumat termasuk apa yang berlaku di Libya, di Tunisia, di Mesir dan kini di Syria, yang bagi generasi baru, insya Allah, akan membawa perubahan kepada suasana politik yang sedia ada. "Insya Allah, suasana ini akan sampai, bahkan dilihat kepada keadaan yang ada pada hari ini," kata beliau. harakahdaily/- |
Posted: 08 Sep 2011 08:45 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam. LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar 'orang suruhan' anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini. Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja 'dibuang' berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit. Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya. Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. metro/- |
Cukai talian prabayar 6 peratus Posted: 08 Sep 2011 08:30 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi. Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar. "Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing," kata kenyataan itu. Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan. "Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu," katanya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan. Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan. Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini. Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah. "Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan," katanya. berita harian/- |
Kalau Diberi Pilihan, Rakyat Mungkin Pilih Burhanuddin Helmy Jadi PM-Mat Sabu Posted: 08 Sep 2011 08:00 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan bahawa pejuang nasionalis kiri Dr Burhanuddin Helmy mungkin menjadi Perdana Menteri pertama sekiranya rakyat diberi peluang memilih Perdana Menteri mereka. Mohamad atau Mat Sabu yang diserang bertubi-tubi oleh Media kawalan Umno mungkin berdepan dengan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama kerana pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri amat kuat ketika itu. "Yang tak mati Umno, parti lain diharamkan...Dia seorang yang kuat tapi saya yakin kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanuddin Helmy, sudah tentu dia akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama. Tetapi disumbatkan mereka ini dalam penjara," katanya dalam forum Mat Indera: 'Pengkhianat atau pejuang' yang dianjurkan oleh Free Public Forum di Kuala Lumpur malam tadi. Menurut Mat Sabu, beliau tidak pernah menolak peranan Umno sebaliknya mahu mereka yang turut berjuang turut diingati terutamanya setiap kali menjelang hari kemerdekaan. "Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno bukan perayaan rakyat Malaysia ..Kalau nak kata Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman pejuang kemerdekaan tak apalah, (Cuba) di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari Merdeka.Ini Umno saja raya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamuddin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari. Burhanuddin pernah menjadi Presiden PAS pada 1956. Beliau juga pernah ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura dan memenangi kerusi Parlimen Besut pada pilihan raya umum 1959. Dalam ucapannya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menimbulkan persoalan sama ada ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang mengetuai serangan yang membawa kepada kematian Sir Henry Gurney wajar dianggap sebagai pengkhianat negara. Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu- Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya. "Chin Peng bunuh Henry Gurney yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng? "Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Kepada tuan-tuan fikirlah antara Chin Peng dan Henry Gurney siapa pengkhianat negara? Lu fikirlah sendiri," katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu. Beliau tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira sebenar dan bukannya mata-mata British. Mohamad berkata, beliau mengemukakan buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British. Dalam buku bertajuk Pemburu Bintang Tiga tulisan Syed Osman Syed Omar, Mohamad menyatakan bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British. "Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Tugas mata-mata sebelum itu selain tengok siapa yang menentang British. Ini polis yang tulis, bukan aku. Oleh itu saya syorkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara untuk membaca buku ini," katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu. tv news/- |
Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan Posted: 08 Sep 2011 07:45 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Sept: Dalam isu kemelut sejarah pra-kemerdekaan yang kini berlarutan ke hari ke 13, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS telah membuat pendirian yang jelas. Berikut adalah pendirian PAS yang dirumuskan beliau dalam kenyataannya hari ini: 1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis. 2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri. 3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal. 4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan. 5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis. 6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka. 7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara. 8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu. "Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu," tegas Tuan Ibrahim. Walaubagaimanapun, tegas beliau, PAS percaya sebagaimana jelas pun pendirian parti, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus. Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua pihak bahawa prinsip utama dalam menafsir sejarah ialah perlunya "bersetuju untuk tidak bersetuju" (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media, tambah beliau. "Kita harus "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Memetik satu Firman Allah yang berbunyi: 'Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan', Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia. Dalam soal status Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau, sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya. "Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau," terang beliau. Fakta yang ada kini, kata Tuan Ibrahim adalah saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya. "Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?" tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. PAS, katanya juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini, kata Tuan Ibrahim juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang. "Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing," kata beliau. harakahdaily/- |
Putrajaya Masih Kaji Sistem Biometrik Untuk PRU-13 Posted: 08 Sep 2011 07:30 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 9 SEPT : Di sebalik desas desus bahawa Kabinet bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, portal The Malaysian Insider yang memetik sumber mereka hari ini melaporkan, Kabinet masih mempertimbangkan penggunaan sistem biometrik untuk pilihan raya umum ke-13. Menurut portal itu, sementara peruntukan bagi sistem itu telah diluluskan secara dasarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu kajian secara komprehensif dan mengelakkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem yang digunakan di Jabatan Imigresen sekarang. "Perdana Menteri ada bercakap dengan SPR mengenai perkara ini. Dakwat kekal OK, tetapi Kabinet mahu lebih banyak masa untuk mengkaji semula sistem biometrik," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Katanya, tiada satu tempoh ditetapkan bagi sistem biometrik dikaji meskipun wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum akan dipanggil dalam setahun ini. Mandat semasa kerajaan berakhir pada April 2013 dan SPR sudah pun memulakan persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13. Difahamkan bahawa sekurang-kurangnya tiga syarikat membida untuk membekalkan sistem biometrik kepada SPR termasuk firma yang bekerja dengan Jabatan Imigresen. Dua minggu lalu, SPR berkata ia sedang mengkaji untuk menggunakan kedua-dua sistem itu. SPR sepatutnya menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir. Semalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber menyebut, keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin. Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya mengenai hal itu menyatakan beliau tidak mengetahui tentang hal itu. tv news/- |
Kajian: Mat Indera bukan komunis Posted: 08 Sep 2011 07:00 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR,: Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem". Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar. Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan. "Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. "Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera," jelasnya dalam satu kenyataan. Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai: "Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya." Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis. "Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas," katanya. Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin). Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif. Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. "Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi," ujarnya. Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun. Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya. "Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal," ujarnya. Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya "25 Tahun Merdeka" mukasurat 357-358: "Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita. "Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau dan To' Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato' Dol Said di Naning, Dato' Maharajalela di Pasir Salak, To' Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu". Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya. harakahdaily/- |
Kapal perang Turki akan lindung konvoi bantuan ke Gaza Posted: 08 Sep 2011 06:00 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - DUBAI: Kapal perang Turki akan mengiringi konvoi bantuan kemanusiaan ke Tebing Gaza bagi melindungi daripada kapal Israel, kata Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan. "Kapal perang Turki akan ditugaskan melindungi bot yang membawa bantuan kemanusiaan Turki ke Tebing Gaza," katanya kepada televisyen Al Jazeera. Beliau berkata, mulai sekarang pihaknya tidak akan membenarkan bot berkenaan menjadi mangsa serangan Israel seperti yang berlaku ke atas Freedom Flotilla dan memberi amaran tindakan sekiranya mereka diserang. - AFP |
2 lagi ditahan berhubung letupan mahkamah India. Posted: 08 Sep 2011 05:30 PM PDT 11 Syawal 1432H. [MOD] - NEW DELHI 9 Sept - Polis India hari ini menahan dua lagi orang bagi membantu soal siasat berhubung satu emel yang didakwa dihantar oleh pihak bertanggungjawab di atas serangan bom di Mahkamah Tinggi New Delhi yang mengorbankan 12 mangsa semalam. Terdahulu, pihak polis menahan tiga orang termasuk pemilik kafe Internet di wilayah Kishtwar, Kashmir di mana emel itu dipercayai dihantar awal pagi semalam. Kini, media tempatan melaporkan dua lagi individu telah ditahan di wilayah Kashmir tetapi tidak pasti sama ada mereka juga berkaitan dengan mel tersebut. Pihak berkuasa India juga menyiasat dakwaan dibuat kumpulan militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan gabungan al-Qaeda di Pakistan dan Bangladesh, Harkat-ul-Jihad Islami (HUJI) melalui emel tersebut. HUJI sebelum ini juga mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan-serangan di India. – Reuters. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan