i n t a n h i j a u |
- INIKAH JAWAPAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
- KELAB PUTERA PATUT BERTANGGUNGJAWAB...!
- KESEDERHANAAN ISLAM: NAJIB TAK IKHLAS - Wikileaks
- CERITA SAAT-SAAT CEMAS
INIKAH JAWAPAN YANG BERTANGGUNGJAWAB Posted: 04 Sep 2011 04:15 AM PDT SERDANG, 4 Sept — Ketua Kelab Putera 1 Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, hari ini enggan memberi sebarang komen berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor malam kelmarin. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Ketua Putera Umno berkata, beliau mahu sedikit masa kerana masih trauma dengan tragedi itu. "Nanti, nantilah... saya tengah trauma lagi," katanya. ( KAH..KAH..KAH...trauma?...Taupun takut ye. Sepatutnya Aji Siregar yang nyaris terkorban tu lah yang trauma, bukan si Putera tu.. - intanhijau ) "Mungkin nanti saya akan buat sidang media," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di sini. |
KELAB PUTERA PATUT BERTANGGUNGJAWAB...! Posted: 04 Sep 2011 03:55 AM PDT Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu. "Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan," kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini. "Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing," kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini. Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan. "Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia. Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: "Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik." Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang. "Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket," katanya. Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik. "Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik," katanya. "Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar," kata beliau.(themalaysianinsider) |
KESEDERHANAAN ISLAM: NAJIB TAK IKHLAS - Wikileaks Posted: 03 Sep 2011 10:30 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika cuba menggambarkan Malaysia sebagai suara Islam yang sederhana, tetapi melakukan sebaliknya dalam percubaan untuk menarik sokongan orang Melayu, kata kabel diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat yang bocor. Mengulas cubaan pentadbiran Najib yang mengendalikan kontroversial penggunaan kalimah Allah dan beberapa isu agama yang lain, kedutaan itu curiga sejauh mana perdana menteri sanggup membuktikan Malaysia sememangnya bertoleransi terhadap kebebasan beragama. "Sudah lama konflik antara komitmen parti pemerintah dengan prinsip kebebasan agama berbanding toleransi terhadap agama lain wujud," kata kabel Kedutaan Amerika yang dihantar ke Jabatan Negara di Washington DC bertarikh 12 Januari tahun lalu. "Usaha perhubungan awam Najib bagi tidak memperbesar-besarkan perbezaan antara kaum dan agama serta menggalakkan konsep toleransi dan kesederhanaan tidak dapat dipertahankan. Beliau mula memihak kepada pandangann pelampau berbanding pandangan popular berikutan pendirian keras pelampau dalam parti itu yang cuba dipaksa ke atas rakan-rakan ahli Umno yang lain." Pendedahan itu dimuat-naikkan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks minggu lalu. Ia menyebut isu kalimah Allah, Kartika dan insiden kepala lembu serta beberapa yang lain berkaitan dengan amalan kebebasan beragama yang telah menimbulkan keraguan berhubung keikhlasan Najib menangani isu berkenaan. "Di sebalik pelbagai usaha bagi meyakinkan penonton ekspatriat dan bangsa asing, kerajaan Malaysia sebenarnya hanya memberi tumpuan melindungi harta dan keselamatan mereka yang berkenaan tetapi melepaskan peluang membuat kenyataan yang jelas untuk menegakkan kebebasan agama di negara ini," petik kabel itu. Menurut kabel itu lagi, dipercayai Najib berusaha keras untuk menawan sokongan pengundi Melayu sehingga sanggup mengorbankan untuk mewujudkan persekitaran sebenar kebebasan beragama. Ini, katanya, terbukti dengan cara kerajaan mempergunakan badan kehakiman untuk campur tangan dalam isu Allah. Ini juga membabitkan bagaimana BN memanipulasi kenyataan umum termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, untuk menghantar mesej bahawa BN tidak akan tunduk terhadap larangan penggunaan Allah kepada orang bukan Islam. Tindakan itu, jauh berbeza dengan kenyataan Najib di luar negara. Contohnya semasa kuliah di Oxford pada Mei lalu yang bertajuk 'Gabungan sederhana dan Persefahaman Antara Budaya', perdana menteri mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang meraikan kepelbagaian masyarakatnya yang berbeza bangsa dan agama. "Rakyat Malaysia menerima kepelbagaian mereka. Kami tidak hanya bertolak ansur antara satu sama lain tetapi juga menerima dan meraikannya bersama, " kata Najib semasa lawatan ke United Kingdom, atas undangan Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxcis). (malaysiakini) |
Posted: 03 Sep 2011 06:40 PM PDT Kejadian tembakan ini berlaku cukup pantas di mana ketika itu krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran. "Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera. Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog. "Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan. "Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan. |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan