Ahad, 4 September 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Salah satu jalan di kawasan DUN Chempaka yang dibaikpulih di bawah peruntukan MARRIS yang dikawal oleh YB Iskandar A. Samad.

Posted: 04 Sep 2011 04:36 AM PDT

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan.

Lagi gambar-gambar : Kebakaran di Grandeur Tower, Pandan Indah.

Posted: 03 Sep 2011 10:30 PM PDT

Kebakaran di Grandeur Tower, Pandan Indah : COB MPAJ akan melakukan siasatan.

Posted: 03 Sep 2011 10:22 PM PDT

Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( COB MPAJ ) akan diarah untuk melakukan satu siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di Pangsapuri Grandeur Tower pagi tadi.
 
Kebakaran tersebut telah memusnahkan dua unit kediaman di tingkat paling atas iaitu tingkat 16.
 
Dalam satu lawatan ke tempat kejadian sejurus selepas api dapat dipadamkan, aduan-aduan berikut telah diterima dari pelbagai pihak,
 
1.) Para penghuni mengadu tidak ada sebarang penggera kebakaran (fire alarm) yang berbunyi. Mereka hanya bergegas turun meninggalkan bangunan tersebut apabila mendengar jeritan penghuni-penghuni lain.
 
2.) Pihak Bomba telah memaklumkan kenderaan mereka yang mempunyai 'skylift' tidak dapat memasuki kawasan pangsapuri tersebut. Perkara ini berlaku kerana laluan yang sempit  ke laluan masuk pangsapuri itu dan kanopi yang dipasang.
 
Kita bernasib baik kerana kebakaran ini tidak mengorbankan nyawa. Walau bagaimanapun satu siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kita mungkin tidak akan bernasib baik di masa-masa akan datang.
 
Perkara-perkara yang melibatkan keselamatan penghuni tidak sepatutnya dipandang ringan.
 
Saya turut akan mengarahkan COB di seluruh negeri Selangor untuk mengarahkan semua JMB, MC atau ejen pengurusan untuk menyemak keberkesanan sistem perlindungan kebakaran ( fire protection system ) di pemajuan mereka.
 
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
ADUN Chempaka
4 September 2011

Pagi Raya 1 Syawal 1432 / 29 Ogos 2011.

Posted: 29 Aug 2011 05:33 PM PDT

Kerajaan Malaysia ditentukan oleh warga asing.

Posted: 27 Aug 2011 05:59 PM PDT


Nampaknya UMNO dan BN terlampau terdesak untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup membenarkan penduduk tetap mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

Di atas adalah di antara mereka yang bukan warganegara Malaysia di Selangor yang telah menjadi pengundi yang sah.

Contoh di atas adalah seorang warga asing yang boleh mengundi di Taman Dagang di dalam DUN Chempaka.

Sudah tentu perkara ini akan membimbangkan setiap rakyat Malaysia kerana kerajaan Malaysia pada pilihanraya umum akan ditentukan oleh warga-warga asing.

Bukankah ini bermakna UMNO dan BN telah menggadaikan kedaulatan negara yang tercinta ini?

Pendedahan seperti ini menimbulkan tanda tanya terhadap operasi pemutihan pendatang tanpa izin yang sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

Apakah tujuan sebenar operasi ini?

Kenapa operasi ini dilanjutkan beberapa kali?

Kalaulah hanya 10 peratus sahaja dari lebih 2 juta pendatang yang telah didaftarkan itu dapat mengundikan maka ia akan dapat mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang akan datang.

Adakah kita mahu ini berlaku?

Tiada ulasan:

Nuffnang