:: cina islam | 2011 :: |
- ISA dimansuhkan hanya gula-gula menjelang pilihanraya
- Sultan Selangor Kurnia Status Diraja Kepada ISM
- Mafrel saran kaji ketahanan dakwat kekal
- Mohd Sabu lancar kempen mansuh hutang peneroka
- Pemuda PAS akan dedah 10 IC palsu setiap hari
- Kematian Aminulrasyid: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara
- Sebahagian loji penapis minyak musnah dalam kebakaran
- Satu lagi saluran gas ditemui
- Khalid : Politik Dan Agama Tidak Boleh Dipisahkan
- Kura-kura gergasi dirampas
- P Pinang jawab semua tuduhan 17 Sept
- 3,000 ekor hidupan
- Lemas tergelincir dalam tangki najis
- Belut masuki pundi air kencing lelaki
- Anak Gaddafi dikawal di Niger
- Undian tajuk 'Lena Dalam Usus Penjajah'
- Mahathir Tiada Autoriti Bercakap Soal Sejarah
- Selangor Perkenal Gaji Minima Tahun Depan
- Jururawat gempal kaki kelentong
- Penumpang wajib beli insurans
- Liga Arab gesa Syria henti kekerasan
- Singapura tawar padam kebakaran di Sumatera
- MUBARAK kecewa polarisasi kaum masih berlaku antara pelajar Malaysia di luar negara
- Pemantau p'raya ragui dakwat mudah ditanggal
- Wanita bunuh bayi sebelum melancong
ISA dimansuhkan hanya gula-gula menjelang pilihanraya Posted: 15 Sep 2011 06:56 AM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Di samping itu, tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Komen: Semua akta di atas adalah gula-gula untuk rakyat dikala kredibiliti Najib sudah merudum. Ia juga sebagai gula-gula pilihanraya umum yang akan berlaku pada bila-bila. | ||||
Sultan Selangor Kurnia Status Diraja Kepada ISM Posted: 15 Sep 2011 12:30 AM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas. Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM). Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu. Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia. "Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa," katanya. Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan 'Malaysian Surveyor of the Year' kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib. tv news/- | ||||
Mafrel saran kaji ketahanan dakwat kekal Posted: 15 Sep 2011 12:15 AM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Sept: Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menyarankan kajian terperinci mengenai ketahanan dakwat kekal turut dilakukan di Malaysia. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, semua pihak perlu tahu mengenai keberkesanan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian sebelum membuat sebarang kesimpulan. Ia ekoran satu kajian yang dijalankan di Eropah mendapati dakwat kekal yang disarankan Pakatan Rakyat dalam proses pengundian mudah dipadam dengan bahan yang sedia ada di pasaran. "Walau apa pun mekanisme yang ingin digunakan, kerajaan kena siasat secara spesifik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Syed Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengkaji secara menyeluruh prosedur penggunaan dakwat itu dan sejauh mana ia boleh dipadamkan seperti yang didakwa kajian tersebut. Kajian itu juga harus melibatkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) contohnya Mafrel sendiri. "Kita kena meneliti hasil kajian di Eropah itu. Mungkin apa yang dimaksudkan, ia senang dipadamkan setelah beberapa hari, bukan pada hari pengundian," katanya Beliau juga hairan secara tiba-tiba kajian itu wujud sedangkan sewaktu SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir sebelum pilihan raya umum lepas, mereka memebri alasan ia atas faktor keselamatan. Mereka mendakwa terdapat pihak yang turut membeli dakwat tiruan di Thailand selain yang dibeli kerajaan di India bernilai RM2.4 juta. "Saya pun hairan kenapa tiba-tiba kata dakwat ini mudah dipadam. Dulu SPR batalkan penggunaanya atas sebab keselamatan, sekarang timbul kajian ini pula. "Sebab itulah SPR harus menangani perkara ini dengan baik, buat satu kajian yang menyeluruh, bukan secara 'adhock' apabila timbul sesuatu isu," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Lebih baik dakwat kekal berbanding biometrik Sementara itu, beliau tetap menegaskan bahawa penggunaan dakwat kekal lebih baik daripada biometrik dalam menangani isu pengundi hantu. "Mafrel tetap menyokong penggunaan dakwat kekal yang kosnya lebih rendah berbanding biometik. Jelas beliau, sistem biometrik memerlukan kajian yang lebih mendalam selain sukar untuk dilaksanakan kerana perlu mendapat pengesahan banyak pihak termasuk pengundi sendiri. "Sistem biometrik ini kos lebih tinggi dan persoalannya adalah bagaimana sistem ini beroperasi dan ia juga memerlukan pengesahan dari semua pihak," katanya. Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu di ibu negara. harakahdaily/- | ||||
Mohd Sabu lancar kempen mansuh hutang peneroka Posted: 15 Sep 2011 12:00 AM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - JERANTUT, 15 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melancarkan kempen besar-besaran Tuntutan Mansuhkan Hutang Peneroka Felda pada 7 Oktober depan di Felda Tenang, Johor. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, kempen tersebut sebahagian usaha untuk menyelesaikan persoalan antara peneroka dan Felda yang tidak pernah selesai. "Para peneroka Felda yang sepatutnya hidup senang menurut idea dan perancangan Allahyarham Tun Razak selepas tanah ladang masing-masing menjadi hak milik, kini dihambat mimpi ngeri dibebani dengan hutang yang tidak pernah selesai. "Yang sedihnya peneroka sentiasa dipotong hutang melalui pendapatan hasil sedangkan Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka. "Hutang yang ditanggung peneroka pula bukan seribu dua tetapi menjangkau sehingga berpuluh-puluh ribu. Sebab itu bermula sahaja kempen itu kita akan desak perisytiharan hutang tak munasabah membabitkan kos tanam semula yang membelenggu peneroka," ucapnya pada satu majlis di Kota Gelanggi 2, baru-baru ini. Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, untuk itu pihaknya akan melancarkan borang semakan untuk mengetahui jumlah sebenar hutang peneroka dan bukannya berdasarkan penyata dari Felda semata-mata. "Kita akan kumpul data-data yang diperolehi seterusnya berbincang dengan panel yang akan membuat semakan terperinci daripada jumlah wang sara hidup yang mereka terima dan gambaran sebenar berapa pendapatan yang mereka patut dapat. "Panel itu akan membuat imbangan di antara hutang yang dikenakan ke atas peneroka dan pendapatan yang sepatutnya mereka terima," tegas Mazlan. Jelasnya lagi, selain masalah hutang peneroka turut tidak berpuas hati dengan kadar perahan gred (KPG) yang diisytiharkan Felda jauh lebih rendah daripada kadar sebenar yang dibuktikan di banyak makmal. Katanya, akibatnya di Jengka sahaja seramai 1,040 peneroka tampil menyaman pihak Felda dan selepas raya ini dijangka beribu-ribu peneroka seluruh Pahang akan mengambil tindakan serupa. "Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu ketika memberi kemenangan kepada peneroka Felda Kemahang yang menyaman Felda atas isu KPG ini, berkata ada konspirasi antara Felda Kilang dengan pengurus rancangan," katanya. Mengenai borang Felda Plantation yang diagihkan oleh Anak sejak tiga bulan lalu, Mazlan berkata ia mendapat sambutan di seluruh negara kerana merupakan tawaran menarik dan bakal memberi impak ekonomi di kawasan Felda. Tambahnya, jika tanah rancangan tersebut dibukakan kepada umum 80,000 terutamanya anak peneroka akan mendapat manfaat dengan kewujudan 200 Felda baru. harakahdaily/- | ||||
Pemuda PAS akan dedah 10 IC palsu setiap hari Posted: 14 Sep 2011 11:51 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mendedahkan kepada media, 10 kad pengenalan palsu setiap hari bermula hari ini. Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat berkata, usaha itu bertujuan mendesak pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kewujudan kad pengenalan palsu yang boleh memberi ancaman kepada negara. Katanya, Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan palsu didakwa di mahkamah dengan segera. Menurutnya, asas-asas yang membuktikan kad pengenalan palsu adalah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam The Star pada 24 Julai 2011 yang menyatakan bahawa terdapat kad pengenalan klon (palsu) dalam daftar pemilih sah SPR. Di samping itu, ujarnya terdapat dua nama yang sama di mana nombor kad pengenalan kedua-duanya hampir sama. Katanya, kedua-dua identiti itu hanya dibezakan oleh beberapa digit nombor kad pengenalan sahaja. Selain itu, katanya maklumat pengundi palsu itu pernah diwartakan oleh SPR sebagai pengundi. Selepas Pemuda PAS membuat pendedahan, katanya SPR telah mengeluarkan daripada daftar pemilih sah atas alasan tiada rekod dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dihubungkan melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System). "Atas asas ini, maka kami berkeyakinan penuh bahawa kad pengenalan yang terbabit adalah 90% palsu," ujarnya. Katanya, kewujudan kad pengenalan palsu adalah merupakan pengkhianatan kepada negara. Tambahnya, keselamatan negara akan terjejas jika pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi itu tidak dikenakan tindakan. Tegasnya, rakyat negara ini wajib mendesak pihak kerajaan bertindak segera mengatasi masalah yang berlaku. Justeru, beliau mengharapkan semua pihak termasuk media, pertubuhan politik, NGO, individu berpengarah dan seluruh rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak kerajaan bertindak membanteras pengkhianatan itu. "Siarkanlah maklumat yang kami berikan dalam media masing-masing sama ada melalui media baru atau media elektronik atau media cetak. "Maklumat yang kami siarkan adalah diperolehi daripada daftar pemilih yang sah dan rasmi SPR. Ia adalah maklumat public dan tidak rahsia," ujarnya. harakahdaily/- | ||||
Kematian Aminulrasyid: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara Posted: 14 Sep 2011 11:45 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah. Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Jenain terhadap keputusan tersebut. Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan ikatjamin sebanyak RM10,000. Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan. Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya. Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Jenain didapati bersalah melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada 26 April 2010. malaysiakini/- | ||||
Sebahagian loji penapis minyak musnah dalam kebakaran Posted: 14 Sep 2011 11:40 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - PORT DICKSON: Sebahagian daripada loji penapis minyak milik Esso musnah dalam satu kebakaran, di sini, awal pagi tadi melibatkan sebuah pam saluran penghantar minyak dari loji ke kapal. Kira-kira 100 pekerja berada di loji berkenaan semasa kebakaran yang bermula pada lewat tengah malam dan sempat menyelematkan diri sementara api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian. Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Saadon Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.06 pagi dan mengejarkan enam jentera bomba termasuk unit Hazamat (bahan merbahaya) bersama 32 anggota ke tempat kejadian. Katanya, tiada laporan kemalangan atau kecederaan diterima dan kerja memadamkan kebakaran turut dibantu oleh dua jentera bersama-sama 24 anggota pasukan bomba Esso dan Shell. Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat, tambah beliau. Seorang pekerja di loji berkenaan, Kassim Bee Mohamad Kassim, 49, berkata pada awalnya beliau terdengar bunyi mesin yang kuat dan letupan kemudian melihat api marak dengan tiba-tiba. T Mallika, 54, seorang pekerja berkata semasa kejadian, mereka sedang bekerja dan ketakutan lalu terus lari keluar menyelamatkan diri apabila melihat api menjulang naik. -BERNAMA | ||||
Posted: 14 Sep 2011 11:30 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - MOHD. SHAMSURI menunjukkan api yang keluar dari parit dekat rumahnya di Bagan Datoh semalam. BAGAN DATOH - Selepas kewujudan gas dipercayai metana ditemui di Kampung Padang Macang, Manir, Terengganu, kemunculan gas yang disyaki sama ditemui di Kampung Sungai Tiang Baroh di sini semalam. Gas yang mengeluarkan api itu ditemui seorang penduduk, Mohd. Shamsuri Abdul Rahim, 45, di dalam sebatang parit berhampiran rumahnya pada akhir Ramadan lalu. "Beberapa hari sebelum hari raya, kami sekeluarga terdengar bunyi seperti air mendidih dari arah parit kira-kira 10 meter dari rumah kami terutama pada waktu malam. "Keadaan itu berlarutan setiap malam lalu saya beranikan diri meninjau dan mendapati air kumbahan di dalam parit itu membentuk ketulan buih," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di di sini semalam. Mohd. Shamsuri memberitahu, sekiranya parit itu didekati, bau seperti gas memasak boleh dihidu dengan kuat. Katanya lagi, dia kemudian memberanikan diri mencucuk sebatang paip besi ke dalam parit berkenaan petang kelmarin. "Saya terkejut kerana paip berkenaan menjadi panas dan api warna kebiruan keluar daripada muncungnya. "Api itu masih menyala sehingga hari ini (semalam)," katanya. Mohd. Shamsuri berkata, beliau belum memaklumkan penemuan gas tersebut kepada mana-mana pihak. Kosmo! 8 September lalu melaporkan seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir mengeluarkan gas dipercayai metana. Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu. kosmo/- | ||||
Khalid : Politik Dan Agama Tidak Boleh Dipisahkan Posted: 14 Sep 2011 11:25 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 15 SEPT : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah berteraskan Islam sekaligus menolak sebarang usaha yang bertujuan mematahkan agenda politik parti itu dengan menyekat ahli politik memberi tazkirah dan ucapan berunsur keagamaan. "Bagi PAS, sememangnya teras perjuangan politik kita adalah Islam, lalu kita tidak memisahkan antara politik dan agama, bagaimana kami mahu pisahkannya, ahli politik tidak boleh menyebut pasal islam sedangkan PAS adalah parti Islam,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor, hari ini. Khalid sebelum ini didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Surau Taman Seri Sementa, Kapar Klang pada 16 Ogos lalu. Namun menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, beliau hanya menyampaikan ucapan Ramadan dan bukannya memberi tazkirah atau mengajar agama seperti yang didakwa. Menurut Khalid, tindakan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyimpulkan bahawa ucapannya sebagai melanggar enakmen 119(1) Jenayah Syariah Selangor 1995, iaitu mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan, tidak relevan dalam kes beliau. Walau bagaimanapun jelasnya, insiden seperti ini mudah berlaku apabila badan-badan yang sepatutnya bebas seperti Jais dan Mais diperkudakan oleh pihak berkepentingan dalam kes ini seperti Umno. "Ini memang perancangan yang ada pada Umno selama ini, mereka berusaha untuk pintas kerana selama ini kita berjaya bertemu dengan masyarakat di masjid dan surau, jemaah suka dan terus menjemput kita untuk terus berucap. "Sememangnya ini usaha Umno menggunakan Jais dan Mais, dan inilah yang saya lawan dan tentang kerana saya sayangkan kedua-dua badan ini yang mana telah banyak berkhidmat untuk orang Islam dan kita tidak mahu ianya terus diperkuda oleh Umno untuk kepentingan politik mereka,"jelasnya. Tambah beliau, Umno menggunakan kuasa yang dimiliki mereka ke atas jabatan agama di Selangor untuk memisahkan politik dan agama yang menjadi kekuatan seteru politik mereka. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Jais, Tuan Haji Marzuki Hussin bertegas bahawa pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dijadikan gelanggang politik. "Ekoran daripada surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Istana, telah menyatakan bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan untuk berceramah di masjid dan surau," ujar Marzuki. Beliau berkata demikian pada satu sidang media Jais berhubung penjelasan pemberian tauliah mengajar dan memberi ceramah bagi ahli politik di negeri Selangor, di bilik Mesyuarat Pateh Akhir Bangunan Jais, Shah Alam, hari ini. Mengulas lanjut, Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau, maka ia haruslah dibuat di perkarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti. "Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan di luar perkarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politik, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik,"katanya. Susulan daripada itu, pihak Jais tidak akan memperbaharui sijil tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihak Jais. Sekurang-kurangnya Jais telah mengeluarkan 2,601 sijil tauliah seluruh Selangor setakat ini. Daripada jumlah itu, kurang daripada 100 sijil sahaja dikeluarkan untuk ahli politik di Selangor. Bagaimanapun pihaknya tidak mampu memantau semua pergerakan ahli politik yang berceramah tanpa tauliah kerana kekurangan penguatkuasa. "Jais hanya ada lebih kurang 100 sahaja penguatkuasa jika mahu dibandingkan dengan jumlah masjid yang beribu dan ratusan surau di Selangor,"katanya lagi. Selangor sekurang-kurangnya memiliki 2,081 masjid dan 380 surau. tv news/- | ||||
Posted: 14 Sep 2011 10:00 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - HIGHLANDS - Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya. Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit. Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak. Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan. Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut. - Agensi | ||||
P Pinang jawab semua tuduhan 17 Sept Posted: 14 Sep 2011 09:45 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - GEORGETOWN, 15 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadap pentadbiran sekarang pada 'Malam Penerangan Perdana' yang diadakan di Stadium Bandaraya pada 17 September ini bermula jam 9.00 malam. Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Anuar Hashim memberitahu, melalui program yang diatur itu membolehkan rakyat menilai siapakah yang sebenarnya 'pengacau' dan siapa sebenarnya pembantu rakyat yang selama ini dibelanggu kemiskinan dan keperitan hidup dalam sebuah negeri yang dianggap maju. "Datanglah ramai-ramai, kita mahu rakyat menilai dengan sepenuh hati supaya tidak lagi wujud perasaan kurang puas hati terutamanya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai ikutan," terangnya. Baginya, langkah yang ingin dibawa oleh Lim begitu baik demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan parti mana yang disokong kerana kerajaan negeri bertindak mengikut saluran betul. Katanya, program kemiskinan sifar, warga emas, RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal, bantuan kepada ibu tunggal, OKU, penambahan peruntukan kepada Majlis Agama Islam, penambahan elaun pada guru agama dan seumpamanya memang menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Umno dan Barisan Nasional (BN) tambahnya, 'geli telingga' apabila Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan drastik yang akhirnya rakyat jatuh hati. Menurutnya, antara penceramah pada program itu ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Bob Lokman. harakahdaily/- | ||||
Posted: 14 Sep 2011 09:30 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand berkata, hampir 3,000 ekor hidupan liar dirampas yang dianggap rampasan terbesar yang pernah dilakukan pada tahun ini. Pengarah Jabatan Kastam, Jeneral Prasong Poontaneat berkata, para pegawai telah bertindak menahan sebuah trak malam kelmarin di wilayah Prachuap Khiri Khan. Menurutnya, sebanyak 2,721 biawak, 717 penyu. 44 musang dan 20 ular dirampas daripada trak itu. Prasong berkata, pemandu trak itu sudah ditahan. Dia yang memberitahu pemberita semalam menyatakan semua haiwan itu bernilai AS$130,000 (RM400,334). – AP | ||||
Lemas tergelincir dalam tangki najis Posted: 14 Sep 2011 09:20 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - Budak terpijak penutup sebelum terjatuh KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas dalam tangki najis selepas dipercayai tergelincir ketika bermain di kawasan berkenaan yang hanya ditutup sebahagiannya menggunakan papan, di bangunan Arked MARA, Bandar Baru, dekat Kuala Rompin, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa, Mohd Izwan Jusoh dari Endau, Mersing, Johor bermain bersama beberapa rakannya, manakala bapanya berusia lingkungan 50-an berniaga pakaian di pasar malam tidak jauh daripada lokasi kejadian berkenaan. Bapa mangsa kemudian turun ke dalam tangki itu untuk menyelamatkan anaknya yang ketika itu sudah tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam di dasar tangki. Johari Jahaya, Ketua Polis Daerah Rompin. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mangsa yang berlari-lari di kawasan berkenaan dikatakan terpijak papan terbabit sebelum tergelincir jatuh ke dalam tangki najis yang dipercayai sedalam kira-kira dua meter. "Tindakan beberapa rakan mangsa yang menjerit serta memanggil nama mangsa menarik perhatian bapa mangsa yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa peniaga lain. "Lelaki terbabit kemudian turun ke dalam tangki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya yang ketika itu sudah tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam ke bahagian dasar tangki," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Johari berkata, bapa mangsa dipercayai terpaksa meraba-raba di dalam tangki berkenaan sebelum berjaya menarik tangan anaknya beberapa minit kemudian. "Namun mangsa ketika itu sudah tidak bernyawa dipercayai kerana lemas sebelum dibantu orang ramai untuk dibawa keluar dari tangki berkenaan," katanya. Beliau berkata, polis hanya dimaklumkan berhubung kejadian kira-kira jam 7 malam dan bapa mangsa kemudian membawa mayat anaknya ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dilakukan. "Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. berita harian/- | ||||
Belut masuki pundi air kencing lelaki Posted: 14 Sep 2011 09:18 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati. BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun. Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini. Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk. Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya. "Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor. Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. - Agensi | ||||
Posted: 14 Sep 2011 09:00 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - TRIPOLI - Seorang anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini dikawal oleh pengawal-pengawal pasukan keselamatan Niger di bandar Niamey. Anak Gaddafi itu, Saadi, 38, merupakan di antara 32 pegawai bekas pemimpin tersebut yang melarikan diri melalui gurun ke Niger baru-baru ini. Menurut beberapa pegawai Niger, dia diterbangkan ke bandar Niamey lewat kelmarin selepas menaiki pesawat Hercules C-130 dari bandar Agadez. Saadi ditempatkan di sebuah kediaman gabenor di bandar Niamey dengan lapan pembantu rapat bapanya selepas mereka menyeberangi Niger pada Ahad lalu. Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menerima jaminan Niger bahawa Saadi berada dalam kawalan pasukan keselamatan negara itu. "Mengikut kefahaman kami, dia ditahan di sebuah rumah tetamu kerajaan," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland. Pertubuhan Penjanjian Atlantik Utara (NATO) juga tidak tahu sama ada Gaddafi sudah meninggalkan Libya. Seorang jurucakap NATO, kolonel Roland Lavoie memberitahu pemberita kelmarin: "Kami tidak mengetahui sama ada beliau (Gaddafi) sudah meninggalkan negara itu." Libya kini ditadbir oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mewakili pemberontak selepas rejim Gaddafi ditumbangkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Gaddafi kini dalam buruan selepas dia melarikan diri ekoran kejayaan pemberontak menawan Tripoli. - Agensi | ||||
Undian tajuk 'Lena Dalam Usus Penjajah' Posted: 14 Sep 2011 08:45 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Sept: Undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah bil 1673 'Lena Dalam Usus Penjajah' selaras dengan pandangan Majlis Profesor Negara (MPN) kononnya Malaya tidak pernah dijajah disanggah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu ketika diminta mengulas pandangan itu menyifatkan Profesor Dr Zainal Kling dan MPN seumpama tidur dalam gua dalam tempoh yang panjang, kemudian tersedar dalam keadaan mengigau. Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani Harakah versi digital yang dikenali sebagai 'elektronik paper' di alamat http://epaper.harakah.net.my Sementara itu, keputusan undian bagi tajuk sebelum ini menunjukkan 90.91 peratus menyokong tajuk ini dijadikan tajuk utama muka depan Harakah. Sungguhpun begitu, sejak 2 keluaran yang lepas, jumlah pembaca yang mengundi adalah rendah, iaitu di bawah 100 orang. Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net. | ||||
Mahathir Tiada Autoriti Bercakap Soal Sejarah Posted: 14 Sep 2011 08:25 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir berdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinya untuk bercakap demikian. Ini ekoran kenyataan beliau yang menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia. Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan? DPPM menegaskan, Tun Dr Mahathir bukan ahli sejarah yang layak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku. Beliau hanyalah seorang ahli politik negara. Sejarah perlu dibentangkan dengaan fakta dan kajian ilmiah secara terperinci. Justeru, beliau tidak berhak memberikan pandangannya mengenai sejarah negara. Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah. Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain? Beranikah Tun Dr Mahathir menyebut bahawa British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara? DPPM menjelaskan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum UMNO. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946 , Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). UMNO hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan ini.Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan "hidup Melayu". UMNO pula telah diharamkan pada tahun 1988. UMNO yang ada kini hanya UMNO baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh UMNO zaman 'kemerdekaan'telah berkubur sejak itu. Zaman Tun Dr Mahathir yang menyebabkan UMNO diharamkan. Apakah Tun Dr Mahathir melupakannya dan mahu sejarah menggelapkan sejarah ini. DPPM mempunyai pandangan yang tegas bahawa Dr Mahathir hendaklah berdiam diri dalam isu untuk tidak menyerabutkan lagi perbahasan sejarah kemerdekaan yang berlaku. Disediakan oleh; RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||||
Selangor Perkenal Gaji Minima Tahun Depan Posted: 14 Sep 2011 08:20 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok. Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya. "Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya. Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor. Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor. Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini. Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya. Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing. Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya. tv news/- | ||||
Jururawat gempal kaki kelentong Posted: 14 Sep 2011 08:00 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis. Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu. Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu. "Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga. "Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru Cina tetapi tidak dilunaskan," ceritanya. Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti latihan sambil bekerja di sana. Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat itu. "Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman. Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan. "Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu. Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut. | ||||
Posted: 14 Sep 2011 07:54 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - PPBSM mahu semua penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu yang dibeli dengan harga RM1 daripada setiap tiket yang dibeli. - Gambar hiasan YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya. Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man (gambar kecil) berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari. Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket. "Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam. Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu. Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat. Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga. kosmo/- | ||||
Liga Arab gesa Syria henti kekerasan Posted: 14 Sep 2011 07:45 PM PDT 17 1432H. [MOD] - KAHERAH - Damsyik terus menerima tekanan supaya mereka menghentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat selepas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan jumlah kematian di negara itu kini mencecah 2,600 orang. Keadaan yang semakin meruncing tersebut menyebabkan Liga Arab dan Turki, kelmarin menggesa Presiden Bashar al-Assad untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan keganasan di Syria yang berlangsung sejak enam bulan lalu. Mesyuarat disertai 22 Menteri Luar Liga Arab di Kaherah, Mesir itu juga menyifatkan situasi di Syria semakin meruncing dan kerajaan Assad perlu memandang serius kerana semakin ramai rakyat terkorban akibat tindakan ganas tentera Syria. Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memberi amaran jika konflik di Syria berpanjangan ia mungkin akan bertukar menjadi perang saudara. Kelmarin, penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi kerana berang terhadap Rusia selepas negara tersebut menyokong kerajaan Assad dan menegaskan sebarang resolusi PBB ke atas Syria tidak boleh mengandungi mandat untuk mengenakan sekatan atau campur tangan ketenteraan. sinar harian/- | ||||
Singapura tawar padam kebakaran di Sumatera Posted: 14 Sep 2011 07:30 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - SINGAPURA: Singapura menawar untuk menghantar pesawat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran yang mengancam Kejuaraan Formula Satu (F1) waktu malam yang dijadualkan bermula minggu depan di negara itu, lapor media tempatan. Kebakaran hutan yang dimulakan secara haram oleh petani dan syarikat pembalakan di Pulau Sumatera Indonesia ketika musim kering menyebabkan jerebu hampir setiap tahun di Singapura dan Malaysia yang turut menjejaskan kesihatan rakyat kedua-dua negara terbabit. Kami ada pasukan yang sentiasa bersedia untuk bantu padamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia bergantung kepada permintaan Indonesia jika mahukan bantuan kami. - Vivian Balakrishan, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Indonesia, pengeluar utama dunia minyak kelapa sawit berulang kali berjanji untuk menangani perkara terbabit bagaimanapun kebakaran hutan masih lagi menjadi masalah tahunan disebabkan lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara berkenaan. "Kami mempunyai satu pasukan yang sentiasa bersedia untuk membantu memadamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia tetap bergantung permintaan Indonesia jika ia mahukan bantuan kami, atau mahu melakukannya sendiri," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishan. Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia seperti cuba untuk memadamkan kebakaran itu sendiri. Tahun lalu, jerebu memaksa Malaysia mengeluarkan amaran kepada kapal di Selat Melaka berikutan jarak penglihatan yang lemah hingga kurang dua batu nautika selain terpaksa menutup banyak sekolah. Malaysia melahirkan kebimbangan kepada Indonesia berikutan 600 titik panas yang dikesan di Sumatera, lapor agensi berita BERNAMA yang memetik Menteri Alam Sekitar dan Sumber semula jadi, Douglas Uggah Embas awal minggu ini. Singapura menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Formula Satu bulan ini. Tidak seperti kebanyakan kejuaraan lain, acara di Singapura berlangsung pada waktu malam untuk menarik penonton televisyen Eropah. Jerebu menyelubungi Singapura dan Malaysia sejak hujung minggu lalu. Di Indonesia, lapangan terbang di Jambi, Sumatera masih lagi ditutup sebahagiannya berikutan jerebu. – Reuters | ||||
MUBARAK kecewa polarisasi kaum masih berlaku antara pelajar Malaysia di luar negara Posted: 14 Sep 2011 07:20 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - MEDAN: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) melahirkan rasa kecewa serta bimbang dengan keadaan polarisasi kaum yang dikesan masih wujud di kalangan pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Presiden MUBARAK, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata perkara tersebut harus diperbetulkan kerana ia hanya merugikan negara pada masa depan jika tidak ditangani. Merumuskan sesi dialog dan ceramah bertajuk "Peranan Pelajar Malaysia di Indonesia Sebagai Negara Serumpun" kepada pemberita di Pusat Konvensyen Mutiara di sini, malam tadi, beliau berkata: "Saya rasa kecewa kerana nampak polarisasi kaum wujud di sini. "Saya tengok pelajar India, Cina dan Melayu pada majlis ini duduk hanya di kalangan mereka saja. Ini manifestasi di mana integrasi nasional masih belum tercapai (sepenuhnya). "Ini merugikan kita dan amat perlu diperbetulkan. Keadaan ini turut berlaku di Malaysia. Ini berbeza pada zaman saya belajar dulu di mana kami bercampur dengan kaum lain." Sesi ceramah itu dipengerusikan oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga Ketua Penerangan Mubarak dan disertai anggota panel lain iaitu Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, Naib Presiden Mubarak, Datuk Wira Othman Abdul dan bekas pegawai kedutaan Malaysia yang kini seorang pensyarah, Datuk Mokhtar Selat. Abdul Aziz yang juga bekas Anggota Parlimen Temerloh berkata, segala pandangan mengenai kebajikan dan kesulitan pelajar khususnya di Medan akan dibawa kepada pucuk pimpinan negara dan juga kementerian serta agensi berkaitan. Beliau juga menekankan bahawa pelajar harus membuka minda apabila berpeluang menuntut di luar negara dengan mengikuti perkembangan yang ada di negara tersebut dan meninjau semula ke negara sendiri. "Saya nampak sekarang, macam dalam sesi dialog yang kita adakan, kita menunggu saja soalan secara universal, sosial, politik dan sebagainya (tapi tak wujud). "Saya setuju sangat kali ini mereka (di dalam sesi dialog) hanya menceritakan hal pentadbiran, biasiswa, peruntukan dan sebagainya. Mereka mesti menimba ilmu secara holistik dan tidak hanya terikat dengan ilmu masing-masing saja," katanya. Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dilatih sejak dari peringkat sekolah menengah dan sekiranya tanpa latihan mencukupi ia tidak akan menanamkan minat dan membuka minda pelajar mengenai perkara lain. Terdapat kira-kira 1,500 pelajar Malaysia di Medan yang menuntut di tiga buah universiti utama iaitu Universitas Sumatera Utara (USU), Institut Agama Islam Negeri (IAIN) dan Universitas Negeri Medan (UNM). Sebelum itu, kira-kira 900 orang menghadiri sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Mubarak yang dianjurkan bersama dengan Konsulat Malaysia. - BERNAMA | ||||
Pemantau p'raya ragui dakwat mudah ditanggal Posted: 14 Sep 2011 07:18 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - Pemantau pilihan raya yang telah berkhidmat di beberapa negara lain menimbulkan keraguan berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan bagi mengelakkan pengundian berulang-kali boleh ditanggalkan dengan mudah menggunakan serbuk pencuci. Namun, bagi Ong BK, yang pernah memantau pilihan raya presiden Afghanistan pada tahun 2009, laporan dakwat itu berjaya ditanggalkan, berlaku hanya setelah dakwat berkenaan dicairkan. "Tidak ada masalah dengan penggunaan dakwat, kecuali di mana pegawai-pegawai pilihan raya mencairkan dakwat, jadi ia tidak kekal lama... tetapi ini adalah kes terpencil dan tidak dicatatkan sebagai antara masalah dalam pilihan raya itu," katanya ketika dihubungi. Ong yang berada di Afghanistan sebagai perwakilan Pilihanraya Bebas Rangkaian Asia (Anfrel). Katanya, masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya itu adalah penguatkuasaan yang longgar. "Saya perhatikan ada beberapa pegawai yang tidak menandakan pengundi selepas mereka mengundi. Ini yang menyebabkan beberapa kes pengundian berganda. "Terdapat juga masalah dengan ketua-ketua keluarga yang menuntut untuk mendapatkan beberapa kertas undi. Mereka mendakwa mahu mengundi untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka," katanya. Ong, yang kini penyelaras Rangkaian Pemerhati Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net), juga pernah bertindak sebagai pemerhati bebas pada pilihan raya di negara-negara lain, termasuk Bangladesh. Akhbar harian The Star, sebelum ini melaporkan bahawa sebuah firma yang tidak dinamakan tetapi berpangkalan di Eropah, dengan 25 tahun pengalaman di 40 negara, menjalankan ujian ke atas dakwat kekal dan mendapati bahawa ia boleh ditanggalkan dengan mudah. malaysiakini/- | ||||
Wanita bunuh bayi sebelum melancong Posted: 14 Sep 2011 07:15 PM PDT 17 Syawal 1432H. [MOD] - Gambar hiasan BANGKOK: Polis berkata, seorang wanita Thai mengaku membunuh dan membuang mayat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat menuju ke sebuah pusat pelancongan bersama teman lelakinya. Pegawai kanan polis Leftenen Kolonel Porapat Petpayabaan berkata Nuansiri Samranjai, 24, ditahan polis Bangkok selepas mengaku membunuh bayinya Ahad lalu, sebelum terbang ke Pulau Samui bersama teman lelaki barunya seorang warga British. "Nuansiri melahirkan anaknya hanya beberapa jam sebelum penerbangan dan mencekik bayi itu hingga mati. Bapa bayi itu adalah bekas teman lelakinya warga British dan berbuat demikian berikutan bimbang teman lelaki barunya akan kecewa jika mengetahuinya," katanya. Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti teman lelaki baru Nuansiri kerana dia bukan suspek kejadian itu. Seorang pengawal keselamatan di lapangan terbang menemui mayat bayi malang itu di dalam tong sampah di tempat letak kereta dan Nuansiri dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup. – AP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan