Anwar Ibrahim |
- Memaknai Kemerdekaan Menjelang Sambutan Pembentukan Negara Malaysia
- Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perlis / Kedah
- Kenyataan Media Pakatan Rakyat,15 September 2011
- Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang
- Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor
- MES: RM49 Juta Sudah Diagih Kepada Warga Emas Selangor
Memaknai Kemerdekaan Menjelang Sambutan Pembentukan Negara Malaysia Posted: 15 Sep 2011 06:20 AM PDT Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 54 Kemerdekaan negara dan esok rakyat negara ini akan menyambut pula Hari Malaysia pada tanggal 16hb September. Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara. Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha membangun negara bernama Malaysia ini, yang usianya jika dibandingkan dengan negara lain, sebenarnya masih muda. Sejarah diseleweng demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan. Tidak wajar dilupakan juga sumbangan tokoh persuratan seumpama Syed Sheh al Hadi dan Pendita Zaaba yang berusaha membina kesadaran membawa pembaharuan kepada masyarakat. Berbekalkan senjata berupa mata pena, mereka tajam menembusi tembok kelesuan yang membarah akibat dari penjajahan. Tokoh persuratan ini berhasrat membongkar mitos yang ditanam penjajah, kononnya kita tidak berupaya bebas merdeka memerintah tanah air sendiri. Jasa mereka semua wajar dikenangi dan tidak dilupakan. Mutakhir ini, muncul suatu polemik pensejarahan yang tajam berkaitan siapa sebenarnya pejuang menuntut kemerdekaan. Akan tetapi yang dikesali polemik yang sewajarnya disusuli wacana berhasrat memahami latar perjuangan menuntut kemerdekaan, lebih banyak dibaluti mesej propaganda. Fakta sejarah diabaikan manakala naratif sejarah terbabas dari landasan rasional sehinggakan ada mereka yang mendabik dada sebagai intelektual, kerana mahu mengampu pemerintah, menafikan negara ini pernah dijajah. Sekonyong-konyong filsafat yang disarankan filasuf Jerman, Hans Vaihinger melalui karyanya, Philosophie des Als Ob (Philosophy of As If) diterima para sarjana kita demi kepentingan penguasa. Mereka mengiyakan agar diciptakan fiksyen demi memenangkan agenda politik. Meminjam judul karya Julien Benda, perbuatan mereka yang mendabik dada sebagai intelektual itu digelar La Trahison des Clercs (Pembelotan Kaum Intelektual). Seharusnya tragedi keganasan Hitler dan aliran Nazime itu dijadikan iktibar, jangan sesekali menidakkan kebenaran kerana keserakahan agenda politik golongan tertentu. Teguran Almarhum Profesor Syed Hussein Alatas sepertimana yang terkandung dalam karyanya Intelektual Masyarakat Membangun janganlah dikesampingkan. Intelektual atau para sarjana jangan dihinggapi penyakit "Bebalisme," suatu penyakit malas berfikir, kelesuan intelektual dan takut menyatakan yang benar. Tidaklah menjadi suatu kesalahan sekalipun, tatkala kita mengakui sumbangan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman, adalah fakta sejarah sememangnya Umno itu lunak dengan pemerintahan British berbanding golongan lainnya sehinggakan pendiri Umno itu pernah menyelar Hizbul Muslimin yang didirikan antaranya oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir sebagai "bahaya dari gunung." Karya berjudul From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Dr. Nordin Sopiee, mantan Pengerusi ISIS, sebuah badan pemikir bagi pemerintah turut mengakui hakikat ini. Negara kini berada di persimpangan, ketika rakyat negara ini mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak dogengan ciptaan pemerintah, para sarjana dan intelektual tidak boleh lagi tinggal diam membisu. Mereka harus bingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalan memaknai Kemerdekaan dan Membangun Negara Malaysia ini. Antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakan kebenaran tanpa rasa takut. Kita masyhgul apabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menunding siapa pengkhianat dan siapa yang bukan. Sewajarnya wacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali fakta memperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hatta mengenepikan hakikat sejarah. Polemik Mat Indera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balas dengan nada emosi. Retorika seumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkan rujukan seperti karya berjudul "Pengukir Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor serta disunting Profesor Dato' Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zam itu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahan British. Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme. Kita tuntas menolak apa sahaja bentuk fahaman yang membenarkan pemerintahan satu parti, membungkam suara mereka yang tidak sehaluan dan berlandaskan keganasan. Kita tuntas mengecam tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa. Sejarah menunjukkan kepada kita asakan Komunisme dapat ditewaskan lantaran kekuatan muafakat terutamanya umat Melayu termasuk Umno, PAS dan seluruh kekuatan rakyat. Maka amat dikesalkam manakala Kemerdekaan berjaya dicapai, pihak penguasa kini cuba menafikan sumbangan mereka yang sudah berkorban nyawa, keringat dan harta demi perjuangan yang mulia itu. Kerana itu kita tidak menafikan pengorbanan pihak keselamatan menumpaskan gerakan militan komunis sekaligus berjaya mengekalkan keamanan di seluruh negara. Manakala komunisme dimomokkan sebagai pengkhianat, pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak segan silu pula curang kepada semangat Kemderdekaan yang raih itu. Persoalannya, bagaimana kita menilai makna Kemerdekaan itu. Apakah kita sudah bebas dari segala bentuk penindasan dan kezaliman? Tiada gunanya dicanang laungan kemerdekaan sekiranya masih ramai yang terpinggir tatkala khazanah negara dikongsi kelompok kecil yang rapat dengan penguasa. Apa makna Kemerdekaan jika Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat masih diteruskan, bahkan digunakan pula untuk memenjarakan musuh politik. Kita rakyat Malaysia tidak mahu suatu pemerintahan yang sekadar menggantikan regim penjajah, sekadar bertukar bekas sedangkan isi dicurah dan disisihkan. Oleh kerana itu kita tuntas menuntut agar dikembalikan Semangat Kemerdekaan dan dipenuhi pula Makna Pembentukan Negara Malaysia itu. Adalah suatu keutamaan agar negara ini senantiasa makmur, rakyatnya sejahtera, hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan terjamin serta pilihanraya umum dilaksanakan secara bebas dan adil. Moga negara ini yang sudahpun berusia 54 tahun senantiasa kekal merdeka dan rakyatnya makmur sejahtera. Dirgahayu Negaraku Malaysia ANWAR IBRAHIM This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perlis / Kedah Posted: 15 Sep 2011 02:44 AM PDT 18 September 2011 (Ahad) Program 1) 11.30 – 2.00 ptg – Salam Aidilfitri KeADILan di Kangar, Perlis Lokasi: Restoran Sawaddi, Seriab, Kangar, Perlis Tetamu: Program 2) 12.00 – 4.00 ptg – Salam Aidilfitri KeADILan di Alor Setar Lokasi: Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar Tetamu: Program 3) 8.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri KeADILan di Merbok Lokasi: No 81A & 82, Jalan Desa Permai, Taman Desa Permai, Sungai Lalang, Kedah Tetamu: Program 4) 9.00 – 12.00 malam – Pentas AMK Kedah – Demi Rakyat Lokasi: Dewan Serbaguna Taman Mahsuri, Padang Serai Penceramah: This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Kenyataan Media Pakatan Rakyat,15 September 2011 Posted: 14 Sep 2011 11:36 PM PDT KENYATAAN MEDIA This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang Posted: 14 Sep 2011 10:58 PM PDT 17 September 2011 (Sabtu) Program 1) 12.00 – 4.00 ptg – Salam Aidilfitri di Bukit Tengah, Bukit Mertajam Lokasi: Dataran Sungai Semilang, Juru, Bukit Mertajam Program 2) 7.15 – 8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib Lokasi: Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya Program 3) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – "Demi Rakyat" Lokasi: Stadium Bandaraya , Pulau Pinang Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YAB Lim Guan Eng 3. YB Karpal Singh 4. YB Dato' Husam Musa This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor Posted: 14 Sep 2011 04:55 PM PDT 16 September 2011 (Jumaat) Program 1) 7.00 – 9.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Skudai Lokasi: Kelab Rekreasi Taman Universiti, Skudai Tetamu: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng 3. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin 4. YB Dr Boo Cheng Hau 5. YBhg Haji Zulkifli Ahmad —— Program 2) 8.00 – 11.00 malam – Majlis Jamuan Makan Malam Lokasi: Restoran Pekin, Taman Sutera Utama, Skudai Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng 3. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin 4. YB Lee Boon Chai 5. YB Chang Li Kang 6. YBhg Jimmy Puah —– Program 3) 9.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Pasir Gudang Lokasi: No 2, Jalan 9/14, Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang Tetamu: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng 3. YBhg Dr Hj Mahfodz Mohamed 4. YBhg Dr. Ahmad Faidi 5. YBhg Hassan Karim This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
MES: RM49 Juta Sudah Diagih Kepada Warga Emas Selangor Posted: 14 Sep 2011 04:35 PM PDT Melalui Skim Mesra Usia Emas iaitu salah satu program kebajikan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), sekurang-kurangnya 20,999 warga emas di negeri ini sudah menikmati bantuan kerajaan negeri. Jumlah itu merangkumi peruntukan sebanyak RM49 juta oleh kerajaan negeri sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehingga April 2011. Program yang dimasukkan dalam Fasa I program MES itu juga merupakan program yang telah mempunyai perbelanjaan kedua tertinggi selepas program pemberian bekalan air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, ianya merupakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam usaha membela dan menghargai warga emas di negeri itu. Ianya merupakan satu skim khairat kematian sebagai menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi mahupun tahap sosial mereka. Melalui program ini, warga emas dan juga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah berdaftar dan apabila berlakunya kematian, maka waris mereka akan menerima RM2,500 bagi perbelanjaan menguruskan jenazah tersebut. “Daripada RM49 juta ini seramai 20,999 orang rakyat Selangor telah mendapat manfaat skim ini sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehinggalah April 2011, pada awal pelancarannya tahun 2008 seramai 867 orang sahaja dengan kos RM867 ribu, angka ini meningkat pada 2009 iaitu seramai 8,303 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM19 juta. “Pada tahun 2010 kerajaan negeri mengeluarkan bantuan sebanyak RM21 juta untuk rakyatnya iaitu seramai 8,673 orang dan sehingga April 2011 ini sebanyak RM7.1 juta dikeluarkan bagi mengenang jasa baik warga emas seramai 3,156 orang,” jelasnya dalam satu temubual dengan Harakahdaily. Tiada kerjasama dari BN Mereka yang ingin menyertai skim tersebut ujarnya perlu mendaftar di Pusat Khidmat Dun ditempat masing-masing, tidak kira sama ada kawasan tersebut di menangi oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Bagaimanapun wakil rakyat BN ujarnya tidak memberi kerjasama dalam urusan mendaftarkan warga emas di kawasan mereka. “Apa yang pasti bagi kita tidak mempunyai masalah untuk mendaftarkan nama bagi kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tetapi bagi kawasan Barisan Nasional mereka tidak mahu membantu warga emas untuk mendaftar di dalam skim tersebut kerana mereka beranggapan ini adalah kerja politik dari Pakatan Rakyat bukannya usaha kerajaan negeri. “Wakil rakyat BN sepatutnya perlu mengenepikan ideologi politik terlebih dahulu kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, apa jua hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dinikmati kembali oleh rakyat walaupun jumlahnya tidak begitu besar. Jika halangan sedemikian tidak diubah maka usaha murni kerajaan tidak akan sampai kepada seluruh rakyat terutamanya bagi golongan warga emas,” sambung Faekah lagi. Tambah beliau lagi tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya. “Skim Usia Emas ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian malah kerajaan negeri telah memperkenalkan Program ‘Jom Shopping’ kepaada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bagi menghargai jasa mereka di samping mengukuhkan hubungan akrab di antara rakyat dan pemimpin. “Program ‘Jom Shopping’ ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan bertanya khabar dengan warga emas berkenaan dalam masa dua jam di samping kupon bernilai RM 100,” jelasnya lagi. Program ‘Jom shopping’ ini merupakan serampang dua mata yang mana selain sebagai usaha kerajaan menghargai rakyatnya malah ia juga dapat mengeratkan wakil rakyat yang dilantik bagi setiap kawasan kerana mereka yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi membantu warga emas ke pusat membeli belah yang dipilih. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan