:: cina islam | 2011 :: |
- Kanak-kanak perempuan maut di gilis bas
- Majlis Hari Raya di seluruh Kelantan esok
- Pemimpin PAS sangkal laporan The Star
- Presiden PAS nafi suruh Azizan letak jawatan
- Apa sudah jadi, bendera sudah jadi baju !
- Selamat kembali ke ibu kota..
- Cincin RM24 juta: SAMM bidas Utusan
- Pemuda PAS Larut bantu lebih 1000 keluarga miskin.
Kanak-kanak perempuan maut di gilis bas Posted: 02 Sep 2011 04:31 AM PDT 4 Syawal 1432H. [MOD] - IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas digilis bas apabila dia terjatuh daripada motosikal yang ditunggang ibunya di kilometer 40 Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Perak Tengah semalam. Ketua Polis Trafik Negeri Superintenden Wan Abdullah Ishak, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada jam 3.20 petang semalam, Nor Ezwin Mohd Erwan, 6 berasal dari Kampung Bakar Arang, Kota Setia, Sungai Renggam, Perak Tengah. "Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, ketika kejadian mangsa membonceng motosikal yang ditunggang ibunya Rodiah Abdullah, 40-an dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan apabila dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain. Katanya, akibat kejadian itu mangsa tercampak di atas jalan dan gilis oleh sebuah bas yang datang dari arah belakang, manakala ibu mangsa terselamat. Sementara itu, seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas dan merempuh penghadang jalan di kilometer 285.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada jam 3 petang semalam. Mangsa Rohaya Darus, 41 berasal dari Taman Mulia, Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala suami mangsa terselamat dalam kejadian itu. Ketika kejadian mangsa bersama suaminya dalam perjalanan dari Utara ke Selatan apabila sebuah tayar kereta yang mereka naiki meletup lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan. - BERNAMA | ||
Majlis Hari Raya di seluruh Kelantan esok Posted: 02 Sep 2011 04:25 AM PDT
| ||
Pemimpin PAS sangkal laporan The Star Posted: 02 Sep 2011 04:23 AM PDT 4 Syuawal 1432H. [MOD] -
| ||
Presiden PAS nafi suruh Azizan letak jawatan Posted: 02 Sep 2011 04:22 AM PDT 4 Syawal 1432H. [MOD] -
| ||
Apa sudah jadi, bendera sudah jadi baju ! Posted: 01 Sep 2011 07:00 PM PDT 4 Syawal 1432H. [MOD] - Kejadian pada 30 OGOS 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Mohan Parameswaran yang berpakaian baju Melayu menggunakan Jalur Gemilang semasa hadir pada rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Adakah dalam tempoh 54 tahun kita menyambut kemerdekaan, jalur gemilang sudah layak dijadikan baju ataupun pembalut barang. Nampaknya ada yang melepas gian bila gagal melihat bendera dikibarkan dikenderaan lalu bendera negara dijadikan baju pula. Nampaknya apa saya yang dilakukan oleh penyokong BN adalah halal dan tidak jadi masalah, apa lagi hendak diisukan, termasukan kejadian dalam gambar di atas. Kalaulah ianya dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan dalam majlis sambutan Hari Raya oleh pemimpin PAS atau PKR apa lagi melibatkan DAP, mungkin akan heboh seantaro dunia sehingga pecah kaca TV dan speaker radio mengatakan macam-macam kepada Pakatan Rakyat. Pengkhianat negaraalah, komunis lah, buang warganegara lah, blaa.....blaaa.... Semuga Rakyat menjadi pemerhati yang sangat matang dengan tingkah laku pemimpin BN dan menghukum mereka dalam PRU akan datang dengan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan Malaysia negara yang kita cintai. | ||
Posted: 01 Sep 2011 06:27 PM PDT | ||
Cincin RM24 juta: SAMM bidas Utusan Posted: 01 Sep 2011 06:16 PM PDT 4 Syawal 1432H. [MOD] - Harakahdaily KUALA LUMPUR, 1 Sept: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor membidas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang mendakwa pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard sebagai penakut kerana tidak melaporkan isu pembelian cincin berharga RM24.45 juta oleh Rosmah Mansor kepada SPRM. Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata, akhbar Umno itu cuba untuk mengelirukan orang-orang Melayu di kampung-kampung yang tidak mempunyai akses internet apabila sengaja menerbitkan kenyataan dari Anuar Shaari dengan membayangkan seolah-olah CheguBard seorang penakut yang tidak berani untuk melaporkan isu cincin ini kepada SPRM. Sedangkan katanya CheguBard melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun membuat satu laporan SPRM pada 13 Julai 2011 lagi tetapi disenyapkan media arus perdana. "SAMM Negeri Johor sangat kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang seolah-olah seperti "pencuri di siang hari," katanya. Sebagai sebuah akhbar yang sepatutnya memainkan tanggungjawab sosial membentuk fikrah masyarakat, sikap Utusan Malaysia yang tanpa segan silu terus menyebarkan berita yang tidak benar itu wajar dikecam. Beliau yakin tindakan itu semata-mata untuk menutup pekung di dada pemerintah negara apatah lagi dalam keadaan negara sedang menyambut hari raya Aidilfitri dan ulangtahun kemerdekaan. "Adakah Utusan Malaysia hari ini merupakan pengkagum Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip "The Big Lie" iaitu satu prinsip yang menyatakan bahawa sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata. "Sesuatu yang amat dahsyat, disebalik 54 tahun kemerdekaan tanahair dan kredibilitinya yang ditubuhkan pada tahun 1939 dengan hasrat asal untuk membangkitkan pendapat penduduk Tanah Melayu terhadappenjajah British, namun kini Utusan Malaysia seolah-olah hilang jatidiri dalam membentuk fikrah rakyat khususnya masyarakat Melayu," katanya lagi. CheguBard sebelum ini ada mendedahkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Beliau yang juga Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut. Bagaimanapun, Rosmah pada Julai lalu menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu. CheguBard dalam blognya sebelum ini juga menegaskan, beliau tidak menuduh sesiapa dalam dakwaannya itu, tetapi kewujudan borang kemasukan cincin itu dengan jelas tertera nama "orang yang menyamar wanita pertama negara." Justeru kata beliau, Rosmah perlu membuat penjelasan. | ||
Pemuda PAS Larut bantu lebih 1000 keluarga miskin. Posted: 01 Sep 2011 05:56 PM PDT 4 Syawal 1432H. [MOD] - Razali Ismail LARUT :Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut sekali lagi tampil menghulurkan sumbangan berupa wang dan keperluan harian seperti beras,gula,tepung,tea,minyak,baju raya dan lain-lain bagi meringankan beban kepada lebih 1000 keluarga fakir miskin dan anak yatim yang meliputi beberapa buah kampung di seluruh kawasan Larut. Ia dilaksanakan melalui program ziarah rumah ke rumah dan program yang mengumpulkan sejumlah penerima bantuan di tempat-tempat tertentu seperti halaman Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk diagihkan. Menurut Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Nazri Din, Dana untuk sumbangan ini diperolehi daripada usaha keras jentera pemuda PAS Larut yang semakin mendapat kepercayaan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui akaun Dewan Pemuda PAS Larut.Kami mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada para penderma terutama keluarga Allahyarham Dato' Seri Yusuf Teh yang sanggup menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka yang berhak. Sepanjang Ramadhan kami hanya dapat membantu lebih 1000 keluarga daripada lebih 2000 keluarga di kawasan Larut yang menderita akibat keperitan hidup mereka. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin. Usaha ini juga adalah lanjutan daripada tema Muktamar PAS baru-baru ini iaitu "Membangun Negara Berkebajikan" Beliau juga menegaskan program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengikut musim perayaan. Selain itu sumbangan ini sebagai memenuhi tuntutan ajaran Islam iaitu sentiasa melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat Marhaen. Menurut beliau lagi, sepanjang ziarah, kami telah melihat sendiri penderitaan mereka, ada yang berbuka puasa dengan pucuk paku kerana tiada wang untuk membeli keperluan lain, ada yang rumah tiada elektrik,ada yang menggunakan air telaga yang keruh dan kotor untuk keperluan,ada yang masak guna dapur kayu kerana tiada dapur gas dan macam-macam jenis penderitaan mereka. Kami dengan rendah diri menjemput semua yang simpati untuk datang melawat dan terus membantu mereka atau boleh menyalurkan terus sumbangan berupa bahan mentah,sedekah,zakat,fidyah,qurban lembu kambing,waqaf,lain-lain atau melalui akaun 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT atau terus ke pejabat kami No 2A, Bangunan MDS,Kubu Gajah,34130,Selama Perak. Tel pejabat :05-8391691 atau hubungi ust Akmal Kamarudin 0195452471,ust Nazri Din 0165033399. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan