Anwar Ibrahim |
- Mata Lebam Anwar: 29 Sept Detik Hitam Sejarah Negara
- 365 Peneroka Felda Pahang Tuntut Ganti Rugi RM200 Juta
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang
Mata Lebam Anwar: 29 Sept Detik Hitam Sejarah Negara Posted: 29 Sep 2011 08:08 PM PDT Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa. Ketika Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam selepas ditangkap polis pada malam 20 September 1998, Mahathir menuduh Anwar memukul dan mencederakan dirinya sendiri. Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM. Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, sejak tragedi penangkapan Anwar dan insiden mata lebam itu, imej polis terus menjunam dan sehingga kini ia tidak berjaya dipulihkan. "Kalau orang tulis tentang sejarah polis, 29 September merupakan titik hitam sejarah polis kerana pada masa itu kredibiliti mereka menjunam, sehingga lah sekarang," kata beliau. Tahun 1998 katanya merupakan tarikh keramat perjuangan menuntut reformasi, menyaksikan kebangkitan rakyat segenap lapisan, terutama golongan muda menentang pemerintahan diktator Mahathir. "Kempen secara terbuka banyak dilakukan tentang perjuangan hak asasi dalam menentang undang-undang yang zalim. Peristiwa mata lebam secara langsung memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus berjuang," kata beliau. Rafizi merupakan pengendali laman web Free Anwar Campaign- sebuah laman yang aktif pada era reformasi mendesak pembebasan Anwar- ketika semua media dikawal ketat oleh pemerintah. Sejak itu katanya, rakyat mula sedar tentang makna demokrasi, kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan kebebasan media. "Selepas peristiwa mata lebam Anwar, informasi di internet bercambah dengan cepat dan mendapat tempat, termasuk laman-laman web reformasi yang menjadi perintis kepada blog sekarang," "Selama 50 tahun, tiada orang mengambil berat tentang kebebasan media, namun rakyat sedar akan penipuan (media) dan sampai sekarang kredibiliti media telah jatuh. Beberapa pihak mengasaskan media alternatif seperti Malaysiakini," katanya. Katanya lagi, peristiwa pemecatan Anwar sehingga dipenjarakan kemudian telah menyatukan NGO seperti Adil dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999. "Dan dari situ tertubuh Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan wujud satu pakatan alternatif antara parti pembangkang yang menentang Umno-BN dan terbentuklah Pakatan Rakyat seperti sekarang," katanya. Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah '98 dipalsukan. Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan itu dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dan ketua pasukan pendakwa raya, Tan Sri Abdul Gani Patail. Anwar kini berdepan satu lagi konspirasi kedua, yang diteruskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan menggunakan skrip hampir sama pada 1998. Pada hari ini juga, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memohon mengenepikan sepina ke atas mereka, supaya hadir sebagai saksi dalam kes berkenaan. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
365 Peneroka Felda Pahang Tuntut Ganti Rugi RM200 Juta Posted: 29 Sep 2011 08:04 PM PDT Seramai 365 peneroka dari 19 Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran. Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu. Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10, Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23, Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol. Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21. Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit yang perlu dibayar kepada plaintif. "Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan, ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB," kata pernyataan tuntutan. Peneroka terbabit juga mendakwa defendan pertama telah berkonspirasi dengan defendan kedua untuk menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan dan defendan kedua membeli dan defendan pertama dan/atau defendan kedua menjual buah sawit plaintif-plaintif di bawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif. Malah kata mereka, defendan pertama membuat representasi yang salah tentang hak plaintif-plaintif berkenaan dengan hasil jualan sawit tersebut, defendan pertama telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh plaintif gagal melindungi kepentingan dan kebajikan plaintif. Di samping itu, defendan pertama dan defendan kedua telah secara bersesama dan berasingan dan atau bertanggungan untuk menipu plaintif dan atau berkonspirasi untuk menipu plaintif-plaintif dalam urusan jual beli hasil sawit dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif, dan defendan kedua telah membuat representasi yang salah bahawa buah-buah yang ditolak dari hantaran plaintif telah ditahan untuk dilupuskan tetapi telah diproses dan hasil minyak dari pemprosesan tersebut telah dijual dan hasil pendapatan dari penjualan tersebut itu tidak dibayar kepada plaintif. Plaintif mendakwa, berdasarkan susut nilai Kadar Perahan Asas (OER) 8.5 peratus bagi buah atau hasil sawit sejumlah 120 tan setahun, dan berdasarkan kerugian RM257.60 setan pada 2008, bermakna setiap peneroka mengalami kerugian sebanyak RM30,912. Bagi buah yang ditahan tetapi tidak dilupuskan, berdasarkan harga purata pada 2008, setiap peneroka yang terdiri telah kehilangan pendapatan RM1,345.63. Berdasarkan perkiraan tersebut, plaintif akan membuktikan bahawa kerugian kesemua mereka telah mengalami kerugian lebih kurang RM11,774,034.95 pada 2008. Oleh itu, plaintif memohon defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi khas berdasarkan jumlah keluaran dan harga BTB sawit untuk setiap tahun bermula dari 1995. Malah mereka juga memohon defendan pertama dan kedua ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah. Peneroka-peneroka itu diwakili R Sivarasa, Latheefa Koya dab T Kumar. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang Posted: 29 Sep 2011 05:33 PM PDT Sempena Sambutan 60 Tahun PAS 1 Oktober 2011 (Sabtu) Program 1) 10 pagi – Pidato Pembangunan Lokasi: Market Baru, Balik Pulau Program 2) 5.00 ptg – Hi-Tea Lokasi : Dataran Rakyat Guar Perahu, Permatang Pauh Tetamu: Lokasi: Dewan Mellinium, Kepala Batas Pemidato: This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan