Nuffnang

Suara Sri Andalas

Posted by Tanpa Nama | Posted on 3:03 PTG

Suara Sri Andalas


Kota Raja Kenalpasti Lebih Pengundi 'Import'

Posted: 01 Aug 2011 02:00 AM PDT

PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mereka pada awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.


Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.


Sumber: Malaysiakini

Selangor Sediakan Skim Mikro Kredit Untuk Pekerja Ladang Wanita

Posted: 31 Jul 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 31 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor akan membangunkan skim mikro kredit bagi membantu pekerja ladang wanita meningkatkan pendapatan mereka agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, sebagai permulaan kerajaan negeri akan memperuntuk sejumlah RM5 juta bagi membiayai program terbabit yang antara lainnya bertujuan membantu pekerja ladang wanita memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
   
"Skim ini diharap dapat membantu kaum wanita dan ibu tunggal yang terpaksa menanggung beban menyara keluarga di ladang.

"Mekanisma terperinci mengenai program ini akan diumumkan kemudian," kata Abdul Khalid ketika merasmikan Konvensyen Wanita Ladang Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Tambah Abdul Khalid, jumlah RM5 juta itu merupakan tambahan kepada RM20 juta yang telah diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk sistem mikro kredit miskin bandar (MiMBAR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka.
   
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 yang bakal disalurkan melalui Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu menampung kos pengangkutan penghantaran anak pekerja ladang ke sekolah.


Sumber: TVSNEWS

Baucar RM100 Amat Berharga Buat Warga Emas

Posted: 30 Jul 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 30 JULAI : Pemberian baucar membeli belah bernilai RM 100.00walaupun dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun ianya sangat berharga kepada golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan.

Kenyataan ini sekaligus menafikan pemberian Kerajaan Negeri Selangor melalui program 'Jom Shopping' yang disifatkan sebagai 'gula-gula' dan mengaburi mata rakyat tanpa sebarang bentuk pembangunan.

Menurut Rodziah Ismail, selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi,pemberian baucar kepada warga emas ini merupakan janji yang telah ditunaikan setelah Pakatan Rakyat (PAKATAN) berjaya mentadbir Negeri Selangor.

"Dikatakan 'gula-gula' ini pada saya tidak betul. Kalau 'gula-gula' kita taburkan sahaja kupon ini dan terpulang kepada mereka sama ada ingin berbelanja atau tidak. Bagi saya, kita mesti pastikan ianya terus kepada warga emas itu sendiri.

"Saya faham apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Razak, beri RM 100.00 'riuh sekampung'. pada saya mungkin pada perdana Menteri nilai RM 100.00 terlalu kecil. Tetapi bagi pihak-pihak tertentu, terutamanya warga emas yang telah pencen dan tidak ada kewangan, RM 100.00 besar bagi mereka. Ini adalah hadiah yang telah kita janjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Program 'Jom Shooping' yang diperkenalkan ini merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas, SMUE melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor, MES.

Sebanyak RM 10 juta diperuntukkan untuk program ini melalui keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Beliau menambah, tidak ada gunanya sekiranya hanya mengumumkan projek bernilai jutaan ringgit walhal rakyat hanya memerhati tanpa mendapat sebarang manfaat daripada apa yang diumumkan.

"Pada saya, tiada gunanya kita umumkan pembangunan yang berjuta-juta dan berbillion ringgit, tetapi rakyat hanya memerhati sahaja. Pemberian RM 100.00 yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat," katanya.

Untuk tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan melaksanankan beberapa program baru yang bakal memberikan manfaat kepada golongan warga emas, anak muda, wanita dan mereka yang berkeluarga.

Ujar beliau lagi, peluang membeli belah sebegini merupakan antara cara untuk meningkatkan perkembangan ekonomi selain memberikan peluang untuk warga emas menikmati suasana membeli belah dengan pengawalan yang lebih kemas dan teratur.

"Ada dua faktor iaitu, pertamanya harga barangan semakin mahal dan kita rasakan dengan dana yang diperuntukkan sebanyak RM 10juta paling tidak membantu perkembangan ekonomi dengan memberikan mereka peluang berbelanja.

"Yang kedua kita memandang selalunya warga emas ini diketepikan. Ada kalanya dalam keluarga itu sendiri sukar untuk membawa mereka keluar. kadang-kadang tiada kerusi roda, tidak boleh berjalan misalnya, mereka membeli untuk pihak (warga emas).Tetapi kali ini kita keluar dan mahu mereka sendiri memilih barangan yang dimahukan," katanya.

Dalam sesi 'Jom Shopping' bertempat di Pasaraya Giant Seksyen 13, Shah Alam, seramai 93 orang warga emas telah dipilih untuk membeli belah menggunakan baucar RM 100.00 yang turut melibatkan kerjasama daripada tiga Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA), Majlis Perbandaran Klang, (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).


Sumber: Selangorkini

Semua Enam Tahanan EO Dibebaskan

Posted: 29 Jul 2011 04:00 AM PDT

Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam orang yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir.

Sebelum ini, pelbagai pihak membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana meneruskan tahanan berkenaan.

Selain pemimpin Pakatan Rakyat, Presiden MIC Datuk G Palanivel juga semalam menuntut pembebasan mereka kerana mendakwa tindakan itu menarik "perhatian dunia" dan mungkin memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Turut menuntut perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Jeyakumar adalah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.


Sumber: Malaysiakini

Polis Sahkan MP Jeyakumar Enggan Makan

Posted: 29 Jul 2011 03:00 AM PDT

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap bagi menuntut pembebasan enam tahanan PSM, termasuk dirinya mengikut Ordinan Darurat.

"Selepas berjam-jam menunggu, kami akhirnya diberitahu oleh DSP Muhammad Razali bahawa Dr Jeyakumar menolak hidangan makan tengahari dan makan malam. Keadaanya setakat jam 9.35 malam pada 28 Julai 20011 adalah ok dan sedang dipantau," kata setiausaha PSM S Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arutchelvan, Jeyakumar (kanan) telah bertekad beliau hanya akan menamatkan mogoknya jika kerajaan membebaskan semua enam tahanan.

Beliau juga memberi amaran sekiranya kerajaan mengabaikan sentimen popular dan meneruskan reman ke atas keenam-enam mereka, PSM dan kumpulan lain akan memperhebatkan kempen, termasuk mencadangkan lebih ramai orang melancarkan mogok lapar.

"Kami percaya lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai Dr Jeyakumar mengadakan mogok lapar bagi menuntut pembebasan tahanan."

Arutchelvan menjelaskan kempen itu semakin mencapai kemuncaknya apabila EO yang membenarkan semakan selepas tahanan 30 hari itu berakhir Ahad ini.


Sumber: Malaysiakini

Peguam: Cukup Mudah Untuk Salah Guna EO

Posted: 26 Jul 2011 07:00 PM PDT

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata 20 hingga 30 peratus tahanan EO adalah mereka yang tidak bersalah tetapi merengkok di penjara kerana tidak mampu mendapatkan khidmat perundangan.

Kebanyakan mereka yang ditahan itu, kata Baljit (kanan) dicekup antara tahun 2008 hingga 2010 ketika Tan Sri Musa Hassan adalah Ketua Polis Negara.

"Saya tidak tahu alasan bagi penahanan itu, tetapi ini berdasarkan pengamatan saya sejak beberpa tahun lalu, kata peguam yang juga penulis buku Criminal Litigation Process.

Sebelum ini pelbagai pihak mendakwa EO sering-kali disalah gunakan oleh pihak berkuasa.

Terdapat kes di mana seseorang ditahan mengikut EO hanya kerana saingan perniagaan di mana individu tertentu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak polis.

Ada juga kes di mana seseorang dituduh sebagai seorang bookie bolasepak meskipun tidak mempunyai sejarah seumpama itu ataupun pernah ke luar negara meskipun dakwaan EO mengatakan sedemikian.

Pelajar berusia 21 tahun, Mohd Faiz Sarparim, ditahan mengikut EO kerana didakwa mencuri motosikal meskipun bukti tidak menunjukkan demikian.

Faiz kemudiannya dibebaskan tetapi hanya selepas usaha berterusan tanpa mengenal putus asa oleh ibu-bapanya bagi membersihkan nama anak mereka.

Terbaru, enam anggota Parti Sosialis Malaysia, termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jeyakumar, ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu.

Sumber: Malaysiakini

Tahanan EO Naik 400 Peratus

Posted: 26 Jul 2011 03:00 AM PDT

Laporan Hak Asasi Manusia 2010 yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini mendedahkan bahawa tahanan mengikut Ordinan Darurat (EO) meningkat sehingga 400 peratus sejak 10 tahun yang lalu.

Menurut laporan itu, sejumlah 3,701 orang ditahan mengikut EO antara 2000 dan 2009 manakala 819 orang masih ditahan sehingga Februari 2010.

Sebagai perbandingan, 25 orang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2010 dan jumlah yang ditahan itu tetap sama sehingga akhir tahun berkenaan.

Seperti ISA, EO juga memperuntukkan tahanan tanpa perbicaraan.

Pengarah Suaram Kua Kia Soong berkata strategi atau taktik baru kerajaan adalah menggunakan EO yang kurang dikenali yang membolehkan mereka menahan seseorang tanpa didakwa.

"Kami dapati jumlah tahanan mengikut ISA berkurangan tetapi tahanan mengikut EO dan Akta Dadah Berbahaya pula meningkat, mencecah ratusan dan ribuan. Ini amat serius," katanya.

Sementara itu jumlah tahanan mengikut ISA jatuh daripada 43 orang pada 2008 kepada 25 orang pada 2010 tetapi tangkapa baru mengikut undang-undang itu meningkat dua kali ganda daripada 10 kepada 25 kes bagi tempoh yang sama.



Sumber: Malaysiakini

Candlelight Vigil PSM6 di Stadium Malawati

Posted: 24 Jul 2011 06:00 PM PDT

Shah Alam, 24 Julai 2011 - Hadirin yang terdiri daripada para penyokong, ahli PSM, ahli keluarga enam aktivis PSM yang ditahan serta para pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul pada candlelight vigil yang diadakan pada malam ini di Stadium Malawati.

Perhimpunan aman mendesak pembebasan keenam-enam aktivis Parti Sosialis Malaysia tersebut yang ditahan sejak 2 Julai yang lepas dianjurkan oleh Suaram pada malam ini yang juga Majlis Pelancaran Logo Selangorku.

Hadir memberi ucapan pada malam tersebut adalah para pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya YB Dr Xavier Jayakumar, YB Haniza Talha, YB Ronnie Liu, YB Gwo-Burne Loh, dan Bendahari PSM, Encik A Sivarajan.

Turut memberi ucapan adalah bapa kepada aktivis yang ditahan, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyajumar Devaraj iaitu Dr T Devaraj.

Juga hadir memberi sokongan adalah Senator Syed Hussin Ali, Dato' Seri wan Azizah dan YB Hassan Ali.

Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta dari segenap masyarakat yang hadir ke stadium telah diberi pamplet PSM 6.

Pada ucapan pembukaan Majlis Pelancaran Logo Selangorku, YB Dr Xavier Jayakumar telah meminta orang ramai supaya mendoakan keselamatan keenam-enam tahanan dibawah Ordinan Darurat tersebut. 












Ahli PKR Kota Raja Buat Laporan Polis Desak Bebaskan PSM 6

Posted: 24 Jul 2011 03:00 AM PDT

Klang, 24 Julai 2011 - Seramai 12 orang ahli PKR Cabang Kota Raja telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dearah Klang Selatan mendesak pembebasan enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia.

Keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat pada 2 Julai lepas atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam.

Mereka yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM iaitu M. Sukumaran, AP Letchumanan, Choo Chon Kai, M Sarasvathy dan R Sarat Babu.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP