N50 Dun Sri Muda |
Posted: 28 Aug 2011 09:37 PM PDT PERUTUSAN 'AIDILFITRI 1432H TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil-hamd. 1) Syukur kepada Allah subhanahu wata'ala kerana dengan izin-Nya kita semua masih dikurniakan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sempena 1 Syawal 1432 Hijrah. Marilah kita memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah subhanahu wata'ala. 2) Ketibaan 1 Syawal ini bererti tamatlah sudah sebulan kita semua menjalani ibadah puasa dan sejumlah amalan lain sempena bulan Ramadhan. Sesungguhnya bulan Ramadhan mempunyai pelbagai kelebihan dan kita dituntut memanfaatkannya. 3) Berakhirnya Ramadhan sering disambut dengan kesedihan oleh para sahabat radiallahu anhum. Bagaimanapun, Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam bersabda bahawa 'Aidilfitri adalah satu daripada Hari Perayaan yang lebih baik dikurniakan Allah subhanahu wata'ala bagi menggantikan perayaan masyarakat sebelum kedatangan Islam. Maka, ia perlu disambut dengan syukur dan gembira. 4) Justeru, marilah kita merayakan 'Aidilfitri ini secara sederhana. Seperti kebiasaan, kita akan bersama di masjid membesarkan Allah subhanahu wata'ala, menunaikan solat sunat 'Aidilfitri dan seterusnya bermaafan sesama kita di samping amalan ziarah ahli keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan dan kenalan. Ambillah peluang ini untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan tali silaturrahim. 5) Di samping itu, janganlah kita lupa mengenangkan mereka yang tidak bernasib baik. Selain daripada zakat fitrah yang diberikan, bantuan lain juga boleh dihulur untuk meringankan beban keperluan mereka.
9) Di samping itu, kita mesti memperbetulkan banyak salah faham penganut agama Islam yang melihat orang bukan Islam sebagai ancaman, malah mengambil sikap bermusuh. Semua ini hanya akan memberikan imej negatif kepada ajaran Islam yang mendokong keadilan untuk semua. Sesungguhnya usaha memecah-belahkan masyarakat dengan alasan tidak benar adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. 10) Bagi mereka yang bercuti dan memandu untuk pulang ke kampung, pastikanlah anda telah memperolehi kadar rehat yang cukup serta kenderaan anda sudah diperiksa dan sesuai digunakan dengan selamat. Pandulah dengan cermat dan tidak terburu-buru. Semoga perayaan 'Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan jiwa yang bermuhasabah dan penuh ceria.
Sekian. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil-hamd. ==================================================================== Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
3) Setelah 54 tahun Merdeka, banyak isu muncul dalam kehidupan bernegara di Malaysia dan ia menuntut kematangan pemikiran dan sikap kita semua untuk menanganinya dengan hemah dan terbuka. Peluang untuk mentadbir sendiri negara yang tercinta ini perlulah dilakukan dengan cara terbaik. Kita perlu mengukuhkan iltizam memerangi rasuah, kezaliman, salah guna kuasa dan kelemahan urus tadbir yang ada. 4) Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi bukanlah tanpa prinsip dan idea pendorong. Justeru, sempena sambutan kemerdekaan tahun ini marilah kita bersama menghayati semangat dan inti permahsyoran ini dalam mendorong kemajuan negara, di mana hak setiap warganegara berdasarkan prinsip kebebasan tadi terus dipelihara. 5) Kerajaan negeri Selangor akan sedaya upaya memastikan semangat Pemahsyoran ini 5) Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Sambutlah ia dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Semoga kita semua akan menjadi warganegara yang merdeka dengan pengertian sebenar. Sekian, terima kasih. Diedarkan oleh: Melalui: |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan