Isnin, 22 Ogos 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 03 Aug 2011 12:50 AM PDT

PR jadi warganegara, Najib dicabar perjelas pada Agong

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastautin Tetap (PR) yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia, kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi menjangkakan, 'kaedah Jus Soli' itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.

Sehubungan itu, beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan isu itu kepada seluruh rakyat Malaysia dan membawa mengadap ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

"Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera," kata Shuhaimi dalam kenyataannya hari ini.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada negara, beliau juga menganggap ia taktik kotor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN di Selangor- untuk merampas negeri itu, sehingga sanggup menggadai tanah air kepada warga asing.

"Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?," soal beliau.

Bagi mengukuhkan bukti itu, Shuhaimi turut melampirkan senarai nombor kad pengenalan pengundi di Parlimen Hulu Langat yang berjaya dikesan mempunyai status PR.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikesan mengubah status Mismah, selepas sistem talian pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berbuat demikian.

Status rekod terbaru menunjukkan permohonnya untuk mendaftar sebagai pengundi dalam laman SPR itu tertera 'Dalam proses pengesahan daftar pemilih'.

Semalam Malaysiakini melaporkan Mismah dikategorikan sebagai PR dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan memegang My PR kad bernombor 640704715238, namun turut mempunyai rekod dalam draf daftar pemilih tambahan SPR.

Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu, status Mismah telah ditukar kepada warganegara dalam sistem pengesahan talian JPN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18167

Posted: 01 Aug 2011 07:14 PM PDT

Anwar kekal Ketua Pembangkang

SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk menggantikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memandangkan Pakatan Rakyat (PR) masih memerlukan khidmat serta pandangan beliau untuk meneruskan cita-cita PR untuk 'merampas' Putrajaya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, setakat ini belum ada pemimpin yang dilihat layak untuk menggantikan kedudukan Penasihat PKR berkenaan.

"Dakwaan yang mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Anwar adalah bohong semata-mata apatah lagi ia dikeluarkan oleh pemimpin yang mempunyai nilai moral rendah serta tidak berintegriti.

"Malah, kita lihat Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu tiada keperluan untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Shuhaimi, Anwar menjadi faktor kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Kenapa perlu pertikaian kewibawaan Anwar kerana beliau adalah aset kepada PR dan layak dijadikan ikon kerana mampu menjadi penghubung penyatuan antara Timur dan Barat.

"Setakat ini kita belum melihat pemimpin yang mampu menggantikan kedudukan beliau," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi mempelawa Ku Li menyertai PR kerana Barisan Nasional (BN) sekarang dilihat tidak lagi mampu untuk menyatukan rakyat di negara ini.

"Walau bagaimanapun, kita tidak meletakkan sebarang prasyarat kepada beliau untuk menyertai PR. Kita tidak mahu tawarkan sebarang jawatan kepada beliau.

"Kita mahu beliau sertai kita atas keikhlasan, keterbukaan serta ketulusan diri beliau sendiri seperti yang diamalkan dalam PR," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang