Rabu, 10 Ogos 2011

Khalid Samad

Khalid Samad


Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Posted: 09 Aug 2011 06:21 PM PDT

Pada 26 Julai saya telah bertolak ke Mesir bersama sahabat dari Muslim Care dan Cakna Palestin. Destinasi akhir adalah Gaza. Surat kelulusan dari kerajaan Mesir telah diperolehi lebih awal, termasuk dari pihak "Special Branch" Mesir. Kami pergi membawa wang tunai sebanyak USD 215,000 yang merupakan kutipan dari rakyat Malaysia semenjak Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu.

Pada 28 Julai kami memasuki Gaza. Duit diserahkan secara berperingkat mengikut kategori perbelanjaan serta mereka begitu bangga dan berterima kasih di atas sumbangan ini. 29 Julai kami turun bertemu Menteri Kebajikan. Terdapat banyak juga program bersama rakyat miskin diadakan.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri (sah) Palestin, Ismail Haniyya menjemput kami semua ke rumahnya pada sebelah malam. Beliau telah meluangkan masa untuk duduk berbincang pelbagai isu selama hampir 1 jam.

Pada 31 Julai kami dijemput pula ke Parlimen Palestine dan diberikan cenderahati peta Palestin sebagai kenangan.

Selepas 5 hari di Gaza, akhirnya pada 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, kami kembali keluar menuju ke Mesir. Pada 2 Ogos kami hadir majlis berbuka Puasa dengan para pelajar Al-Azhar di Kaherah sebelum pulang ke Malaysia.

Untuk makluman semua, Ismail Haniyya sampaikan salaamnya pada rakyat Malaysia dan ucapan Ramadhan Kariim. Beliau memohon supaya kita terus mendoakan semoga perjuangan rakyat Palestin akan mencapai kemenangan. Beliau juga turut mengucapkan Jazakallahu Khairun Jazaa' di atas sumbangan yang diberi.

Perjalanan kali ini akan sentiasa dikenang oleh diri saya. Akhirnya, azam saya untuk ke bumi Gaza dan menyampaikan sumbangan termakbul juga, Alhamdulillah. Bersama ini disertakan 5 gambar untuk dikongsi bersama.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD









From Gaza


Tiada ulasan:

Nuffnang