Khamis, 25 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDIL FITRI DI TAMAN MELOR

Posted: 25 Aug 2011 08:41 AM PDT


TELUK INTAN, 25 Ogos - Negara berkebajikan menuntut kepada tanggungjawab bersama di antara pihak pemerintah dan rakyat yang mampu dalam menyediakan segala prasarana. Oleh itu, bagi merealisasikan sebuah negara berkebajikan maka sesebuah negara itu memerlukan pemimpin dan rakyat yang takut kepada Allah dalam erti kata pemimpin dan rakyat yang bertaqwa. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa berucap di dalam majlis penyampaian sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri di Taman Melor. Majlis telah diadakan di Surau Diri Jumaat (SDJ) Al Maidah, Taman Melor.
YB Anuar menyampaikan ucapan.

Antara jemaah surau yang hadir.

"Jika pemimpin seorang yang bertaqwa, cinta akan Allah maka sudah pastilah pemimpin tersebut suka melakukan kerja-kerja kebajikan. Begitu jugalah dengan rakyat yang bertaqwa akan turut sama berlumba-lumba melakukan kebajikan. Hasilnya akan wujudlah sebuah negara berkebajikan yang menepati ciri-ciri negara makmur yang sentiasa mendapat keampunan Allah SWT," tambah beliau.
Pengerusi surau menyampaikan ucapan aluan.

Sebelum itu, Pengerusi SDJ Al Maidah Sdr. Shaari Abdullah berkata bahawa pada tahun ini seramai 17 orang penduduk di sekitar Taman Melor menerima sumbangan. Mereka adalah terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim serta golongan yang kuram mampu.

Kemudian, YB Anuar Sudin telah diberi penghormatan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian. Ia disusuli pula dengan majlis tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang