Khamis, 18 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TANAMKAN SEMANGAT BADAR DALAM DIRI PEJUANG

Posted: 18 Aug 2011 02:48 PM PDT


TELUK INTAN, 16 Ogos - Iktibar dari peristiwa Badar Kubra maka pejuang Islam perlulah tanamkan semangat Badar dalam diri masing-masing dalam menyampaikan dakwah dan berhadapan dengan musuh. Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat Negeri Perak, Dr. Najihatussolehah binti Ahmad semasa menyampaikan tazkirahnya dalam majlis Ihya Ramadhan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.

"Dalam masa yang sama iktibar dari peristiwa Badar Kubra ialah gerak kerja perlu berstrategi serta setiap orang memainkan peranan masing-masing baik muslimin mahupun muslimat," tambah beliau.
Dr. Najihah bersama Pn. Hjh. Faridah, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan, Puan Robiatun Abas turut hadir.

Selain itu, beliau juga berharap usaha sentiasa bermunajat untuk mengharapkan pertolongan Allah SWT perlu juga dilakukan agar setiap gerak kerja akan mendapat bantuan dan diberkati Allah.

Dari sudut peranan muslimat, beliau berpendapat bahawa muslimin dan muslimat adalah seperti batu bata yang saling mengukuh antata satu sama lain dalam melakukan gerak kerja.

Turut hadir ialah semua pimpinan PAS kawasan, dewan-dewan serta cawangan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang