Khamis, 18 Ogos 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54

Posted: 17 Aug 2011 11:19 PM PDT

Kemerdekaan negara mesti dipertahankan

Rabu, 17 Ogos 2011 15:04 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Kemerdekaan negara perlu dipertahankan kerana ia amat penting dalam usaha mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/dsc_4930.jpgSetiap warganegara perlulah memainkan peranan penting ke arah mempertahankan kemerdekaan di samping menunjukkan taat setia serta rasa cinta terhadap negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, Kerajaan Negeri turut mengembleng tenaga dalam mencorakkan generasi muda di negeri ini yang berjiwa patriotisme.

"Mereka ini diharap akan menjadi bakal barisan pelapis kepimpinan negara kelak," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 Peringkat Negeri Kedah di Pekarangan Star Walk, Jalan Tunku Ibrahim, di sini.

Menurutnya, generasi muda juga diminta merenung kembali perjuangan yang dilalui pejuang kemerdekaan yang terdahulu.

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/dsc_4913.jpg


"Marilah kita renung kembali nasib yang menimpa saudara kita di Iraq, Checnya dan Afghanistan yang bergolak dengan peperangan," katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu, banyak nyawa yang terkorban hanya disebabkan hujan peluru.

"Diharap bulan kemerdekaan yang disambut ini dapat dihayati sepenuhnya dan semua pihak perlulah mengembleng tenaga dan usaha dalam membangunkan negeri Kedah menjadi sebuah negeri yang terbaik dan sejahtera," jelasnya.

Phahrolrazi berkata, antara program yang diadakan bersempena sambutan bulan Kemerdekaan ialah khutbah khas Jumaat, Majlis Sambutan Ambang Merdeka (15 September 2011) dan perarakan hari kemerdekaan (16 September 2011).

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri turut mengagihkan sebanyak 500 Jalur Gemilang kepada setiap Pejabat Daerah untuk diagihkan di kawasan masing-masing, selain peruntukan sebanyak RM10,000 untuk menjayakan sambutan kemerdekaan peringkat daerah.

Turut diadakan ialah penyerahan Jalur Gemilang kepada konvoi Persatuan Motosikal Klasik Kedah, Persatuan Proton Perdana, Persatuan Kereta Ixora dan Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Negeri Kedah.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai-pegawai Daerah; pegawai-pegawai kerajaan serta ketua-ketua jabatan.

Sumber dari Warta Kedah


Tiada ulasan:

Nuffnang