Sabtu, 6 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


FACEBOOK PENGUNDI LUAR PAS PERAK DILANCAR

Posted: 05 Aug 2011 04:35 PM PDT


TAIPING, 5 Ogos - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain telah melancarkan facebook Pengundi Luar PAS Perak di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning dekat sini. Pelancaran facebook tersebut dilakukan semasa program bulanan PAS Perak, Liqa Fikri yang telah dihadiri seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS Perak.

Di dalam ucapan, Ustaz Abu Bakar telah menyeru agar seluruh anak Perak di perantauan memberikan sokongan serta mengundi kepada PR pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Sumbangan oleh pengundi luar diyakini akan dapat mengembalikan semula pemerintahan Perak ke tangan Pakatan Rakyat setelah ia dirampas secara zalim oleh BN," kata beliau.

Menurut beliau lagi, PAS Perak bukan sahaja memerlukan sokongan dalam bentuk undi malah mengalu-alukan sebarang sumbangan yang dapat membantu memenangkan PR di Perak pada PRU13 kelak.

Sebelum itu menurut Setiausaha Jabatan Pilihan Raya (JPN) Perak Sdr. Salman Salleh berkata, dianggarkan terdapat 90 ribu pengundi yang berada di perantauan di mana sebahagian besarnya berada di Lembah Kelang. Beliau juga menekankan betapa faktor pengundi luar akan menjadi penentu kepada kemenangan PR di Perak.

Menurut beliau lagi, facebook pengundi luar PAS Perak berfungsi sebagai penghubung kepada seluruh pengundi luar yang berada di perantauan. Ia juga merupakan satu kempen bagi memastikan mereka pulang mengundi di kampung masing-masing semasa PRU13 nanti.

Kemudian, Ustaz Abu Bakar Hussain telah melancarkan facebook dengan tayangan persembahan multimedia dengan diiringi oleh Pengarah JPN Perak, Tn. Hj. Asmuni Awi serta pimpinan PAS Perak yang lain.

Gambar profil facebook Pengundi Luar PAS Perak.

Facebook tersebut boleh dikunjungi melalui alamat http://facebook.com/pengundipasperak

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang