Selasa, 16 Ogos 2011

.

.


RAMADHAN BULAN PERJUANGAN

Posted: 15 Aug 2011 03:47 PM PDT

Assalamu'alaikum.

Semoga kita semua dalam keadaan sihat. Sihat yang membolehkan terus beribadat kepada ALlah. Hari Jumaat lepas ALlah mentakdir saya sakit, sakit yang menghilangkan kekuatan untuk saya berpuasa.

Bulan Ramadhan jangan dilihat bulan hanya untuk berpuasa sahaja. Tetapi Ramadhan juga adalah bulan jihad perjuangan.

TURUNNYA AL-QURAN
Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran. Al-Quran yang menjadi pedoman bagi umat Islam.
Lihat firman ALlah yang bermaksud:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.....) Al-Baqarah - 185

BADAR AL-KUBRA
Bulan Ramadhan juga berlakunya peristiwa peperangan Badar. Perang pertama dalam Islam. Perang yang menjadi kemuncak pertembungan Islam dan kufur.

Lihat firman ALlah yang bermaksud;
"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah ( dan yang satu lagi dari golongan kafir. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). [ Aali Imran : 13 ]

HANYA SATU PILIHAN PERJUANGAN
Dua golongan dalam ayat di atas ialah golongan Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad saw(bangsa Quraish) dan golongan kafir Makkah di bawah pimpinan Abu Jahal dan Abu Lahab(kedua2 bangsa Quraish) yang bertembung dalam perang Badar.

Golongan mukmin berjuang di jalan ALlah فِي سَبِيلِ اللَّهِ manakala golongan kafir berjuang di jalan Toghut. فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِفَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (an-Nisa' 76)

Sebenarnya ALlah telah memberi pertolongan kepada golongan Islam dengan menurunkan 1000 para Malaikat yang turut sama berperang di pihak Islam.
Firman ALlah,
وَلَقَدْ نَصَرَكُمْ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). [Aali Imran : 123]

Ayat di atas mengajar kita bahawa KEKUATAN القوة bukanlah bergantung kepada benda-material semata-mata dan KEMENANGAN النصر bukanlah semata-mata kerana ramainya orang TETAPI kerana PERTOLONGAN معونة dan sokongan daripada ALlah.
ALlah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 160,

إِنْ يَنْصُرْكُمْ اللَّهُ فَلا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلْ الْمُؤْمِنُونَ
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Oleh kerana itulah pejuang-pejuang Islam hendaklah meraih dua simpati dan dua kekuatan;
1- Meraih simpati ALlah dan simpati manusia.
2- Memiliki kekuatan 'ruhani'(baik hubungan dengan ALlah) dan kekuatan kebendaan seperti kewangan dll.

UJIAN DAN HALANGAN DALAM BERJUANG
Berjuang, berjihad mahu tidak mahu mesti ada halangan. Mana ada perjuangan tanpa pengorbanan dan halangan.

Firman ALlah yang bermaksud:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [ Aali Imran : 14 ]


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنْ الأَمْوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرْ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [alBaqarah : 155 ]

Semua yang tersebut di atas akan memberi faedah atau membawa padah kepada manusia di akhirat nanti. Ianya bergantung sejauhmana mereka mengikut batas ketentuan ALlah. Kalau digunakan secara yang halal dan diredhai oleh ALlah maka selamatlah kita di akhirat.

GANJARAN BAGI YANG BERJUANG

Berjuang sememangnhya susah dan payah. Masanya panjang. Halangannya besar. Hanya yang beriman, bertakwa dan sabar sahaja yang mampu mengharunginya. Oleh kerana itu pahala dan ganjarannya juga sangat besar.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
[ Aali Imran : 15-17 ]


Mereka akan mendapat ganjaran/nikmat yang bersifat kekal abadi buat selama-lamanya iaitu: Jasmani (a & b) dan Rohani.
a- Syurga yang kekal abadi . مما لاعين رأت ولا أذن سمعت ولاخطر على قلب بشر
b- Isteri-Isteri yang suci bersih samada zohir atau batin.
c- Keredhaan daripada ALlah. ورضوان من الله أكبر [atTaubah 72]

Sifat hamba-hamba ALlah yang muttaqin yang layak menduduki syurga ALlah ialah :
A– Yang berikrar dengan iman dan berdoa فَاغْفِرْ لَنَا - Berdoa supaya diampunkan dosa dengan limpah rahmat ALlah dan diselamatkan daripada api neraka di atas segala kecuaian.
B – Orang Yang Sabar kerana 1- Mentaati suruhan ALlah, 2- Meninggalkan larangan ALlah
dan 3- Menghadapi segala bala dan bencana.
C- Orang Yang Benar iaitu benar dalam keimanan, niat, percakapan dan amal perbuatan.
D- Orang Yang Patuh-Taat iaitu ketundukan, ketaatan dan kekusyukan untuk selama-
lamanya kepada ALlah.
E- Orang Yang Menginfaq Harta iaitu membelanjakan harta di jalan ALlah termasuklah
menafkah/berbelanja harta untuk anak isteri, kerabat, faqir, miskin dan lain-lain.
F- Orang Yang Minta Ampun di akhir Malam : dengan bersolat atau beristighfar.

وفى الصحيحين وغيرهما أن رسول الله (ص) قال: (( ينزل الله تبارك وتعالى في كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الأخير فيقول : هل من سائل فأعطيه ؟ هل من مستغفر فأغفر له ؟ ))

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنْ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (as-Sajdah : 16)


KEMENANGAN GOLONGAN ISLAM

Walaupun bertapa perit, susah dan panjangnya perjuangan........maka yakinlah. Yakinlah! Islam pasti akan menang.

Setelah Baginda saw dan para Sahabat berjuang 21 tahun barulah ALlah mengurniakan kemenangan dengan dapat menguasai kota Makkah(Fath Makkah).

Lihat firman ALlah,

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


والله أعلم


uye170904

Tiada ulasan:

Nuffnang