. |
ORANG BERTAQWA.....ambil Islam sebagai ad-Dien الدِّين dan ad-Daulah الدَّولة Posted: 07 Aug 2011 03:19 AM PDT Assalamu'alaikum. Taqwa dengan makna melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. Orang yang bertaqwa malamnya bagaikan rahib, menangis dan bermunajat pada ALlah di kala malam hari. Siangnya bagaikan kuda tangkas , berjuang dan berjihad menegakkan ajaran ALlah. Rujukan dan teladan kita hanyalah RasuluLlah saw dan para sahabat. Merekalah contoh kita, kalau nak dapat redha ALlah dan masuk syurgaNYA. Orang Yang Bertaqwa tidak membeza-bezakan perintah ALlah. Samada mengenai ibadat, munakahat, muamalat, undang-undang, politik, hiburan, ekonomi dan lain-lain. Begitulah kita umat Islam wajib melaksanakan hukum-hakam dan undang-undang Allah yang ada di dalam al-Quran. Bukan sekadar baca dan khatam al-Quran di bulan Ramadhan tetapi hukum dan undang-undangnya diketepikan. Itu maknanya ORang Pekak Yang Khatam al-Quran(slot lepas). Bagaimana kita hendak melaksanakan undang-undang tersebut kalau umat Islam sendiri khususnya orang Melayu di Malaysia hanya menerima Islam dari segi ad-Dien الدِّين (agama) sahaja KEMUDIAN menolak Islam dari segi ad-Daulah الدَّولة(negara). Agama yang difahaminya itupun dalam skop yang sempit. Agama dalam bentuk ibadat, nikah kawin dan soal kematian. Soal-soal lain seperti ekonomi, undang-undang tidak dipedulikan. Inilah natijah daripada memisahkan di antara agama dan negara, agama dan politik, TUHAN dan kerajaan, agama dan kehidupan. Agama(ad-Dien) dan negara(ad-Daulah) dipisahkan. Bercakap mengenai ad-Daulah ertinya bercakap soal kerajaan dan kekuasaan. Kalau tak ada kerajaan macamana nak melaksanakan hukum ALlah. Kalau nak kerajaan mesti ada kuasa, nak dapat kuasa mesti menang pilihanraya(Malaysia Negara Demokrasi Raja Berparlimen). Memisahkan di antara agama dan politik(negara) adalah jalan pintas menjadi MURTAD. Wajib menjadi cita-cita umat Islam untuk menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia dan berjuang/bekerja ke arah itu. Negara yang akan melaksanakan hukum-hakam dan undang-undang Allah. Negara sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw dan para Khulafa' ar-Rasyidin di Madinah dan Makkah al-Mukarramah. JANGAN LUPA bahawa di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk 'menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه # Ini adalah amanah ke-pimpinan ummah dan negara. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan