Khamis, 7 Julai 2011

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[July 6] Perbincangan dengan mangsa-mangsa kebakaran kedai di Pekan Baru Bangi

Posted: 07 Jul 2011 07:00 AM PDT

Artikel blog ini dipetik dan diubahsuai dari blog ADUN Bangi@Dr Shafie

Pada waktu malam hari Rabu, 6 Julai, Adun Bangi Dr Shafie dan Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching telah menghadiri satu sesi perbincangan bersama 9 mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran yang berlaku di Pekan Bangi pada Sabtu 2 Julai lalu. Turut hadir dalam perbincangan adalah Tuan Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, Encik Lau Ketua Kg. Baru Cina, Bangi, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, En. Ari Krishnan, Ahli JKKK dan keluarga mangsa-mangsa.

Majlis perbincangan dipengerusi bersama oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi dan Saudari Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Selepas pembukaan kami mempastikan nama-nama pemilik dan No. kedai masing-masing beserta butir-butir yang lain. Pemilik-pemilik berkenaan ialah: 
Bil.   Pemilik   No. K. P   No. Kedai  
1   TAN HOCK TEONG   580826 10 5567   16  
2   LEE KIEN HUAT   651021 10 6525   17  
3   LAW JENN TSONG   620811 10 5787   19  
4   KOW SOON HING   580315 10 5477   20  
5   KOW SOON HING   580315 10 5477   21  
6   MOHD KAMAL V. RAMESH   750526 10 5273   22  
7   PUAN SAPURA   501130 02 5042   28  
8   LEONG YEOW CHONG   650202 10 7469   81A  
9   LEONG SOOK HAN   720901 10 5180   81B  

Kami dimaklumkan tidak ada di kalangan pemilik yang mengambil insuran perlindungan dari kebakaran. Kami juga ditunjukkan tentang geran tanah bagi kedai-kedai berkenaan.

Kami membincangkan sama ada pemilik mau membina sendiri menurut bentuk asal, bina melalui institusi kerajaan seperti PKNS atau bina melaui swasta bertingkat dengan jaminan hak pemilik. Pemilik-pemilik bersetuju mau bina secara kelompok menurut pattern asal. Pemilik-pemilik, YB Teo Nie Ching dan Adun Bangi diminta berusaha bertanya kemungkinan kontrektor berminat untuk membina kembali kedai-kedai yang sudah terbakar – termasuk meninjau kemungkinan PKNS dapat membina kedai-kedai berkenaan. Kami akan bertemu kelak membanding dan memilih mana-mana yang bersesuaian dan berpatutan dari segi kos. Pinjaman dari bank dengan mencagar hartanah yang dibina bagi mendapat pinjaman berkenaan.

Kami juga membincangkan kemungkinan bantuan dari pihak negeri bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa kebakaran. Sebahagian besar dari mereka masih belum bekerja selepas berlakunya kebakaran. Adun dan Ahli Parlimen berjanji akan membawa perkara ini ke peringkat atas. Kami diminta ambil perhatian, terutama pemilik-pemilik kedai perlu berusaha dari sekarang bagi pembinaan kembali, sebaik-baiknya secara kelompok. Tiga orang daripada mereka dipilih mengendalikan urusan bagi pihak kesemua, iaitu En. LEE KIEN HUAT, En. KAMAL dan En.LEONG YEOW CHONG. Buat masa ini mereka berpendapat belum perlu lagi melantik peguam.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang