Jumaat, 24 Jun 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


PKR Selangor arah 70,000 anggota sertai Bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 10:15 PM PDT

SHAH ALAM- PKR Selangor akan arahkan 70,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9 hadapan.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya bersiap sedia mengemudi gerakan dalam perhimpunan tersebut.

"Sudah tentu Keadilan Selangor turut serta bersama rakan-rakan Pakatan lain dan kita menganggarkan 70,000 ahli daripada 128,000 yang kita ada akan menyertai dalam perhimpunan rakyat ini.

"Kita tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihan raya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia dan di atas semangat Perlembagaan Negara, PKR Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada himpunan Bersih ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Oleh itu katanya, pihaknya memaklumkan arahan tersebut kepada semua Ketua Cabang PKR seluruh Selangor.

Katanya, penglibatan PKR Selangor secara langsung dalam Bersih 2.0 akan buktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

"Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dipandang ringan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

"Kita akan memberi sepenuh komitmen dan akan turun di barisan hadapan bersama pimpinan Bersih 2.0 sebagaimana disepakati dalam Konvensyen Pilihan Raya lepas," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YB Melawat Pangsapuri Nervilia Pada 20/05/2011

Posted: 23 Jun 2011 01:22 AM PDT

Posted: 23 Jun 2011 12:41 AM PDT

PROGRAM MAMOGRAM MASIH RAMAI KAUM WANITA TIDAK MENGETAHUINYA


SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terkilan kerana masih ramai lagi kaum wanita di Dun Sri Muda tidak mengambil peluang untuk menyertai program mamogram iaitu peperiksaan percuma khusus untuk kaum wanita yang mana kesemua kos peperiksaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.Sehubungan dengan itu YB Shuhaimi menyeru kepada kesemua kepimpinan wanita disemua peringkat menggerakkan dan memperhebatkan kempen kepada semua kaum wanita agar lebih ramai akan menyertai kempen tersebut.



Antara mereka yang telah hadir untuk mendapatkan peperiksaan mamogram

Tiada ulasan:

Nuffnang