Khalid Samad |
Petisyen Membantah Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7 Shah Alam Posted: 02 Jun 2011 05:44 AM PDT 01 Jun 2011 Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid bin Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor Pejabat Menteri Besar Selangor Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40502 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Y.A.B. Tan Sri Dato', Petisyen Membantah Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7 Shah Alam Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Kami yang bertandatangan di bawah, selaku penduduk Shah Alam, ingin membantah cadangan pihak MBSA untuk membenarkan Konsert MTV World Stage diadakan di I-City. Bantahan kami adalah atas sebab :- 2.1. I-City merupakan pusat ilmu ( IT) dan bukan pusat hiburan. 2.2. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bagi penduduk Shah Alam, terutamanya penduduk Seksyen 7. 2.3. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan mengganggu ketenteraman awam dengan berlakunya kebisingan khususnya bagi penduduk Seksyen 7. 2.4. Shah Alam adalah Bandar Raya ilmu dengan terdapatnya UniSel, UiTM, MSU dan PTPL dan kewujudan tapak konsert adalah bercanggah dengan wawasan Bandar Raya ini. 2.5. Pelajar-pelajar IPT yang ramainya di Shah Alam akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta yang tidak akan membantu kemajuan diri mereka. 3. Dengan itu, kami yang bertandatangan di bawah menuntut supaya konsert tersebut tidak diadakan di I-City dan sekiranya ingin diteruskan ianya dianjurkan di kawasan seperti Stadium Bukit Jalil yang jauh dari kawasan perumahan dan lengkap dengan kemudahan parkir kereta yang mencukupi. TANDATANGAN PETISYEN MEMBANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-CITY SEKSYEN 7 SHAH ALAM SECARA ONLINE DI PETISYEN.COM |
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan