Anwar Ibrahim |
- Scorpene Scandal: ‘Show Us Your Passport, Najib’
- PRU-13 Tahun Ini Untuk Selamatkan Malaysia!
- Fitnah 2: Anwar Mohon Hakim Digugurkan
- Pegawai Kerajaan Juga Wajib Pegang Amanah Untuk Rakyat
- Sidang Media Setiausaha Agung – Siapa Orang ke 3 Dalam Rundingan Kapal Selam
Scorpene Scandal: ‘Show Us Your Passport, Najib’ Posted: 02 Jun 2011 12:54 AM PDT Dari Malaysiakini PKR today called on Prime Minister Najib Abdul Razak to “come clean” on his travels in 2002, following claims of a “mysterious third person” jet-setting with at least one of his known associates in connection with the controversial Scorpene submarine deal. Party secretary-general Saifuddin Nasution said the onus was on Najib to prove he did not have a hand in the negotiations, since as mounting evidence being revealed in the French courts narrows the focus down to the premier himself. Saifuddin (right) said it has now been established that the estimated RM6.27 billion deal between the Malaysian government and French company DCNS was brokered by Najib’s close associates, including his one-time adviser Abdul Razak Baginda and Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) chief Lodin Wok Kamaruddin. Suaram, he said, had revealed that Razak, along with murdered Mongolian translator Altantuya Shariibuu and an unknown third person, had travelled to Macau in connection with the submarine deal. “One of them is already dead, one has been charged in court. One more is still alive and could be holding a high position… we don’t know, but we will know when the trial starts,” Saifuddin said at a press conference at the PKR party headquarters in Petaling Jaya. Suaram revealed last week that a French probe onto the submarine the deal had unveiled that an unknown third person had travelled with Razak and Altantuya in 2002, in connection with the submarine purchase. However, Suaram did not disclose the places the trio visited, nor did it indicate who the mystery third person could be. Suaram director Cynthia Gabriel said it was “still too early” to determine the individual’s identity. PKR vice-president Tian Chua, who was also present, said Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi may not be the right person to testify on the identity of the mystery "third person", since Najib was defence minister at the time of the submarine purchase and would therefore be privy to the details at the time. "I don’t think Zahid was privileged to know the travellers. The then defence minister is in the best position (to identify) this mysterious person… we could call him Male Y if you like," Tian Chua (left) said, jokingly referring to the Male Y DNA strain highlighted in PKR adviser Anwar Ibrahim’s on-going second sodomy trial. Saifuddin also urged the government to clarify contradictions in its own explanations on the 114 million Euro (RM495.9 million) payout to Perimekar for services rendered. He said that Amaris, a subsidiary of DCNS, revealed during the probe by the French that the Malaysian government paid out the sum as commission to Perimekar – totally opposite of the government’s announcement in 2006 that Amaris paid the money for Perimekar’s coordination and support services in the deal. Tian Chua pointed out that the people have every right to know who made the payment to Perimekar and the purpose of the payment, since this aspect of the deal had nothing to do with national security. "This is not a national security issue in terms of the functions of the Scorpene submarines. We are not dealing with the security aspects, we are dealing with the finance part, which is of public interest," he said. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
PRU-13 Tahun Ini Untuk Selamatkan Malaysia! Posted: 01 Jun 2011 10:47 PM PDT Dari Merdeka Review Oleh Ooi Heng Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)? Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini. Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian. Namun saya berpendapat, tidak kira sebesar mana kesan kenaikan tarif elektrik kepada rakyat jelata, Perdana Menteri Najib (gambar kiri) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 dalam masa singkat – seawal bulan Jun tahun ini – ya, seawal bulan ini! Malahan saya menjangkakan dan berharap, PRU Ke-13 diadakan seawal bulan Julai tahun ini dan selewat-lewatnya akhir tahun ini juga. Saya masih ingat, semasa teka-teki tarikh PRU Ke-12 mula menjadi hangat, pendapat sesetengah pihak adalah bahawa Parlimen ke-11 hanya akan dibubarkan selepas “projek koridor Pak Lah” menampakkan hasil pada peringkat awal yang dapat meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Pak Lah berkemampuan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik dan berkesan. Maka PRU Ke-12 tidak akan diadakan seawal Mac 2008 seperti yang umum sedia maklum. Sebagai imbasan ingatan, apa yang berlaku pada ketika itu adalah Parlimen ke-11 dibubarkan sejurus selepas pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) di Bintulu Waterfront Prominade oleh Pak Lah. Dengan kata lain, Parlimen ke-11 dibubarkan pada 13 Februari 2008, dua hari selepas Pak Lah (gambar kanan) ”menyempurnakan” pusingan pelancaran projek koridor selama dua tahun bermula dengan pengumuman Koridor Iskandar Malaysia pada 30 Julai 2006. Bukan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan. Hari ini, kita telah menyaksikan pengumuman satu per satu pelan transformasi yang kononnya dapat mentransformasi ekonomi negara khususnya menaik-taraf Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Adakah Parlimen ke-12 hanya akan dibubarkan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan? Saya rasa tidak. Meskipun laporan satu per satu terus dipaparkan melalui akhbar harian mengenai apa yang bergelar “pencapaian KPI” pelan transformasi, kemajuan sebenar yang bermakna masih tidak kelihatan. Laporan akhbar sedemikian lebih merupakan propaganda daripada menonjolkan transformasi. Rintangan transformasi datang dari UMNO-Putra Semenjak krisis kewangan 1997/98, masalah struktur ekonomi negara terus diabaikan dan kitaran ekonomi sering dibangkitkan sebagai sesuatu yang semula jadi dalam arena ekonomi. Maka tiada kaitan langsung dengan rejim pemerintah yang korup. Setelah “khayalan wawasan 2020″ berkecai dan rakyat jelata bangun dari “mimpi 2020″ atau lebih tepat “jampi 2020″, kedua-dua Perdana Menteri yakni Pak Lah dan Najib sedar bahawa transformasi ekonomi negara hanya akan terjadi apabila perubahan besar dilakukan. Namun, rintangan besar yang menghalang perubahan atau transformasi datang dari dalaman UMNO itu sendiri, khususnya golongan UMNO-putra dan kroni mereka. Hari ini, apa yang menjadi rebutan golongan UMNO-putra ialah keterlibatan mereka dalam proses bergelar transformasi supaya projek-projek dan kontrak-kontrak diberikan kepada mereka, bukan pelaksanaan dasar ekonomi berdasarkan saranan awal Model Ekonomi Baru (MEB). Respons Pengerusi UDA Holdings Bhd Nur Jazlan Mohamed terhadap dakwaan berhubung projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) jelas memperlihatkan betapa ghairah dan tidak sabarnya golongan UMNO-putra dalam mengumpul kekayaan sebelum ketibaan PRU Ke-13. Nur Jazlan mempersoalkan mengapa pemimpin PERKASA dan UMNO menuduh UDA Holdings mengetepikan keperluan syarikat Bumiputera dalam membangunkan projek bernilai RM6.7 bilion itu walaupun keputusan rasmi masih belum dibuat. Antara ungkapan Nur Jazlan seperti “saya juga ahli UMNO, ini bukan pembangkang yang serang kita, tapi ahli UMNO sendiri” dan “agenda Bumi ada kosnya dan UDA tidak boleh lagi untuk menanggung kos-kos ini”, jelas membuktikan betapa tidak yakinnya golongan UMNO-putra dalam soal kemenangan PRU Ke-13 oleh UMNO-Barisan Nasional, khususnya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011. Dalam konteks ini, Najib berhadapan dengan dilema yang sama dengan Pak Lah. Meskipun Pak Lah berjaya melancarkan senarai projek koridor dan Najib berjaya mengumumkan senarai pelan transformasi satu per satu, mustahil mereka yang merupakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa kelemahan struktur ekonomi negara tidak akan dapat ditangani selagi mentaliti golongan UMNO-putra masih memegang kuat kepada kuota Bumiputra demi kepentingan peribadi. Dengan kata lain, jikalau PRU Ke13 tidak diadakan dalam tahun ini, apa yang akan dipertikaikan tahun depan bukan lagi sekadar soal inflasi tetapi termasuk kemajuan sebenar ekonomi dan pembangunan negara yang tidak dapat dijawab oleh Perdana Menteri melainkan jika politik talam dua muka diteruskan. Bayangkan perasaan dan tekanan hidup golongan berpendapatan kurang daripada RM2,300 khususnya orang Melayu pada tahun depan apabila harga barangan utama dan harian semakin tidak terkawal sementara golongan UMNO-putra teruskan gaya hidup mewah selagi kuota Bumiputra dikekalkan untuk mengayakan mereka dan saranan asal MEB diketepikan. Tarif elektrik di negara ini bakal dinaikkan setiap enam bulan. Ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia lebih besar pada tahun depan. Kerajaan Najib bukan sahaja berdepan dengan tekanan kenaikan harga minyak dan inflasi, tetapi juga berdepan dengan hutang negara dan defisit fisikal yang semakin tidak terkawal akibat keghairahan golongan UMNO-putra yang tidak terhingga dan tata kelola yang lemah. Pengiraan kasar MerdekaReview pada akhir tahun 2010, mendapati bahawa “Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.” UMNO-putra ada masa untuk kaut kekayaan Lantaran itu, jika sekiranya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada tahun depan, golongan UMNO-putra mempunyai masa yang lebih untuk mengumpul kekayaan yang lebih sementara lubang hutang negara akan menjadi lebih besar. Kemarahan rakyat tidak akan diredakan biarpun PRU Ke-13 dilewatkan kepada tahun depan. Jangan lagi Najib mimpikan perubahan pola pengundian bandar! Undi akan kekal diberi kepada Pakatan Rakyat. Jangan juga Pakatan Rakyat sekadar mimpikan perubahan pola pengundian desa tanpa gerak kerja seluas-luasnya dalam kawasan kampung Melayu, rumah panjang Iban dan Kadazan. Sesungguhnya, persoalan “Bilakah PRU Ke-13 akan diadakan?” patut ditukar kepada “Bilakah PRU Ke-13 wajar diadakan?” Sebab satu sahaja: jangan kita biarkan kekayaan negara dikaut habis-habisan baharu didesak diadakan PRU Ke-13! Ekonomi negara lemah kerana golongan UMNO-putra dan dasar UMNO yang mementingkan kepentingan peribadi. Golongan sedemikian juga mahukan PRU Ke-13 dilewatkan. Ayuh kita bangkit mendesak agar PRU Ke-13 dijalankan tahun ini! Biar kita menyelamatkan negara yang berada di ambang bahaya! Demi rakyat, demi generasi akan datang dan demi masa depan yang lebih cerah. Segera kita bangun dari “jampi 2020″! Tanpa perubahan dan pembaharuan besar, Malaysia tidak akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Perubahan dan pembaharuan besar bermula dengan pertukaran rejim di peringkat Persekutuan. |
Fitnah 2: Anwar Mohon Hakim Digugurkan Posted: 01 Jun 2011 07:00 PM PDT Dari Keadilan Daily Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah digugurkan kelayakan dari mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga. "(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi," kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini. Anwar diarahkan membela diri bagi kes fitnah yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan. Permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Anwar esok. "Prosedur memerlukan kita memfaikan usul dengan salinan penghakiman yang disahkan. Kami telah menulis kepada hakim pada 18 Mei memintanya tetapi hanya menerimanya hari ini," katanya. Pada 24 November tahun lalu, peguam Anwar, Karpal Singh memohon untuk membatalkan Hakim Mohd Zabidin daripada mendengar kes tersebut kerana tidak mematuhi peraturan mahkamah. Ia berikutan Mohd Zabidin menolak permohonan peguam untuk mendapatkan borang proforma Hospital Kuala Lumpur, yang diisi pengadu Mohd saiful Bukhari Azlan. Kata Karpal, hanya dengan cara menggugurkan hakim tersebut, Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil. Namun hakim menolak permohonan itu pada 6 Disember tahun lalu. Sebelum itu, peguam Anwar juga membuat permohonan yang sama pada Febuari 2010, namun turut ditolak mahkamah. Anwar sebelum ini juga menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail supaya menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya. Ini kerana Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut berdasarkan tiada bukti klinikal berlakunya penetrasi dan kejadian liwat. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Pegawai Kerajaan Juga Wajib Pegang Amanah Untuk Rakyat Posted: 01 Jun 2011 06:51 PM PDT Dari TV Selangor Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur bagi kemudahan dan keadilan rakyat. Malah kata Anwar, mereka tidak perlu merasa takut untuk menjalankan tugas yang diberikan biarpun ia dikatakan bercanggah dengan prinsip mahupun amalan kerajaan Umno-Barisan Nasional. Anwar berkata demikian pada Wacana Ekonomi di Majlis Perbandaran Selayang hari ini. Menceritakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun, Anwar memberitahu bagaimana Pegawai Kementeriannya bertindak mengikut arahan beliau sehingga menyebabkan kenaikan tol tidak berlaku ketika itu, walaupun didesak oleh menteri-menteri lain. “Ini pegawai yang mainkan peranan. Pegawai di Kementerian Kewangan buat perkiraan beritahu tidak munasabah tol dinaikkan. Saya yakin perkiraan itu,”kata Anwar. “Satu tindakan dari pegawai itu beri kesan kepada puluhan jika tidak ratusan orang. Ini tanggungjawab kita dalam bicara soal ini. Tetapi lebih dari itu, sebagai rakyat dan pegawai kerajaan, kita harus tahu apa kepincangan yang berlaku dan kenapa sebahagian dari kami termasuk kerajaan negeri beri kenyataan atau ketetapan yang bercanggah dengan Pusat,” tambah beliau. Anwar dalam ucaptama wacana itu hari ini menyatakan perancangan dan dasar kerajaan negeri adalah untuk membela nasib rakyat yang tidak mendapat dokongan sewajarnya dari kerajaan Pusat. Sebagai contoh, Anwar menyatakan perjanjian antara kerajaan dan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik. Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB. “Berlaku tahun 96, kesannya sehingga kini.Sekarang naik lagi. Syarikat IPP untung sehingga RM 4 billion, rakyat harus bayar kos lebih. Ini soal dasar dan pentadbiran. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Media Umno boleh padamkan tapi inilah kenyataan ketua TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arope,” kata Anwar. Menurut Anwar hal itulah sebenarnya yang ditentang Pakatan Rakyat kerana dasar sedemikian menjadikan rakyat semakin terhimpit hanya untuk kepentingan pihak tertentu. “Sepatutnya bila kita swastakan sepatutnya menjadikan ia sepatutnya lebih kompetetif. Samada ia jadi lebih cekap bila kita bayar harga sama, atau harga lebih murah. “Untung berbilion harga tarif nak naik lagi. Ini perkiraan apa? Ini bermakna kita pelihara syarikat kaya tapi membebankan rakyat di bawah,” katanya lagi. |
Sidang Media Setiausaha Agung – Siapa Orang ke 3 Dalam Rundingan Kapal Selam Posted: 01 Jun 2011 10:57 AM PDT YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN akan mengadakan Sidang Media jam 12.00 tengahari esok, 2 Jun 2011 di Ibu Pejabat KEADILAN mengenai siapa orang ke 3 yang turut serta dalam rundingan pembelian kapal selam. Semua media dijemput hadir. ===== YB Saifuddin Nasution, the People’s Justice Party (KEADILAN) Secretary General will be having a Press Conference at 12.00 noon, tomorrow 2 June 2011 at the KEADILAN Headquarters regarding the third person accompanying during the submarine negotiations. All media are invited. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan