APA KAMI BAWA DARI MUKTAMAR Posted: 05 Jun 2011 08:24 PM PDT Apa yang sepatutnya para perwakilan bawa dari Muktamar PAS Pusat Kali Ke-57 ? Kami (perwakilan) membawa semangat dan pemahaman berikut : - Memahami tujuan perjuangan parti serta semangat memperkasakan parti.
- Setelah memahami tema "Membangun Negara Berkebajikan" setiap peringkat parti mesti merancang dan bertindak berdasarkan tema tersebut.
- memperkukuhkan dan merapatkan saf saf serta mengeratkan ukhuwwah fillah sebagai syarat kemenangan.
- memahami tuntutan "tahaluf siyasi" sebagai pendekatan politik yang sebahagian besar masih belum difahami masyarakat.
- memperluaskan muafakat bersama NGO's.
- memantapkan jentera penerangan parti dengan lebih inovatif dan kreatif dengan membawa mesej "Rahmat Untuk Sekalian Alam" dan menyebarluaskan maklumat "Buku Jingga".
- memurnikan dan membersihkan siyasah atau politik sebagai juzuk penting dalam kehidupan umat Islam bagi memerangi amalan UMNO/BN iaitu "matlamat menghalalkan cara'.
- membawa arahan Presiden supaya setiap jentera pilihan raya bersedia untuk PRU13...!
 | Bergurau setelah seharian mendengar perbahasan. |
 | Bersama Mohamad Sabu sejurus kemenangan beliau sebagai Timbalan Presiden. |
 | Pemuda Teluk Intan, Sdr. Basyir bertugas menjaga kawalan lalu lintas. |
 | Bersama MB Kedah. Sudah lama Ustaz Azizan tak mai Teluk Intan. |
 | Bergambar bersama Sdr/. Basyir. |
 | Perwakilan Teluk Intan, Hj. Mohamad Akram ditemu ramah wakil media. |
 | Bersama pasangan perwakilan Johor. | intanhijau.blogspot.com |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan