Sabtu, 11 Jun 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Umno tidak tahu di mana kedudukan ulama

Posted: 10 Jun 2011 07:41 AM PDT


Kedai Buloh 10 Jun : Setelah lebih 60tahun baru kini Umno sedar akan lompang dalam kepimpinan parti mereka iaitu kurangnya ulama dalam kepimpinan utama mereka.


Ulama di dalam parti mereka ketika ini hanyalah diletakkan dibawah biro agama sahaja, seperti hanya berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.


Sedangkan PAS sudah sekian lama telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju parti.


Begitulah yang disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah apabila diminta mengulas tentang cadangan ahli Umno untuk mewujudkan sayap baru iaitu Sayap Ulama Umno.


Semalam dalam akhbar Utusan, Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hasan mencadangkan agar ditubuhkan segera sayap baru Umno iaitu Sayap Ulama Umno.


Cadangan beliau itu bertolak dari dakwaan beliau bahawa Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.


"Kita mempunyai Dewan Ulama dan yang tertinggi ialah Majlis Syura yang mana kita tidak akan mengingkari apa jua keputusan Majlis Syura, kerana ahli kita tsiqah (percaya) kepada ulama-ulama kita yang berilmu," kata Ustaz Mohd Nor


Bagi beliau inilah tanda yang menunjukkan bahawa Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding Umno yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.


Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli Umno menolak tuduhan itu.


Akan tetapi suaranya dianggap sepi sahaja oleh ahli Umno yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah


Berikutan itu Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mencabar agar Umno menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.


"Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden Umno akan dipilih dari kalangan ulama," ujar beliau sinis.

Tiada ulasan:

Nuffnang