Anwar Ibrahim |
- Bersih 2.0: First Time Kot..
- Press Release: Democratic Rights – Protect And Promote, Not Stifle, Them
- Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
- Putrajaya Arah Stesen Swasta ‘Kubur’ Berita Bersih, Mahu Publik Diberi Amaran
Posted: 29 Jun 2011 08:48 PM PDT |
Press Release: Democratic Rights – Protect And Promote, Not Stifle, Them Posted: 29 Jun 2011 08:47 PM PDT The Malaysian Bar regrets the Malaysian Government's wanton, unjustified and wholly disproportionate crackdown on freedom of movement, expression and assembly this past week. Various individuals have been summoned by police for questioning or to have their statements recorded, and numerous others have been arrested nationwide, some merely on the basis of their attire. Today alone, the police raided the office of the BERSIH 2.0 secretariat and arrested some of its staff, and various arrests were also made in Perak. Most alarming has been the arrest and remand for seven days of a group of individuals (including two juveniles in their teens) in Penang, who are now being investigated under section 122 of the Penal Code for allegedly "waging war against the Yang Di-Pertuan Agong". The unreasonable and unwarranted use of this provision, which provides for potentially severe penalties, and the length of the detention period reflect the Government's determination to clamp down on the citizenry's right to express their viewpoints peaceably and to intimidate anyone wishing to exercise that right. Repeated calls for the Government to embrace the public's increased articulation of viewpoints as a positive development in our society, and to accord it the necessary democratic space to flourish, continue to fall on deaf ears. The Government has indicated its intention to review section 27 of the Police Act to allow more latitude for public rallies, but its recent actions stand in stark contradiction to this avowed goal. The Malaysian Bar reiterates that we support and defend any individual or group's fundamental freedom to speak, assemble or walk in support of a cause, if the freedom is exercised responsibly and peaceably. We commend SUHAKAM, the Human Rights Commission of Malaysia, for also speaking out earlier this week to remind the Government of the people's rights of assembly and expression, as enshrined in our Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights. Malaysia is a member of the UN Human Rights Council, and was recently elected as chairperson of the Third Committee for the forthcoming 66th session of the UN General Assembly, which is responsible for tackling social, humanitarian and human rights issues. Furthermore, our Prime Minister showcases Malaysia as a moderate and progressive nation. It therefore behooves the Government to speak and act consistently both domestically and internationally, by protecting and promoting democracy and human rights, not restricting or stifling their exercise. The Malaysian Bar is concerned about the current tendency of various quarters, including certain media, to sensationalise the issues and demonise those who are involved. Irresponsible journalism and inflammatory remarks that are unchecked can unleash dangerous forces in society. We call on all individuals and groups to engage in civil discourse and a mature exchange of views. The Malaysian Bar urges the Government to act reasonably, responsibly and proportionately, and to recognise and uphold the clear wish of the people to assemble peaceably and to express their opinions. The police has shown that it is possible for peaceful public rallies to take place when organisers of such gatherings and the police cooperate with each other. We therefore call on the police to permit all walks and public rallies, and the activities leading up to them, to take place peacefully and with minimal disruption, while preserving public order and ensuring the safety of all participants. Lim Chee Wee |
Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah Posted: 29 Jun 2011 06:06 PM PDT Oleh Wira Arjuna “Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat." Itu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009. Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi. Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas. Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai. Segala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara. Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung. Tembelang pecah Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu. Akhirnya tembelang Najib "pecah". Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong. Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib. Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH. Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan. Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH? Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu? Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan. Ini kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi. Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang "bersih" dan tidak mencurigakan. Amat berpengetahuan Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam. Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Timesdan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA. Ini tidak termasuk RTMdan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan. Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian. Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi. Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri. Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat. Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi. Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH? Tutup sebelah mata Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil. Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada. “Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa.” Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH. Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil. Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar. Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih. |
Putrajaya Arah Stesen Swasta ‘Kubur’ Berita Bersih, Mahu Publik Diberi Amaran Posted: 29 Jun 2011 05:39 PM PDT Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas. The Malaysian Insider difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram. "Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?" kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider. Putrajaya memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengadakan siaran radio dan televisyen, malah menyediakan lesen kepada stesen swasta seperti Astro, The Star Publications yang turut mempunyai stesen radio, Media Prima Berhad yang mengendalikan stesen radio dan televisyen serta stesen radio BFM. "Kami kena menghantar skrip radio kami untuk diteliti (pihak berkuasa). Ia sesuatu yang mengarut," kata seorang lagi eksekutif kepada The Malaysian Insider. Difahamkan arahan itu datang daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di sebalik tindakan polis menghalang perhimpunan anjuran Bersih, yang dijadual untuk diadakan 9 Julai ini menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Perkasa dan Pemuda Umno juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0. Semalam, Hishammuddin mengisytiharkan kemeja-T sebagai haram manakala pihak polis menyerbu sekretariat Bersih di Petaling Jaya. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara mempromosikan perarakan haram. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan