Anwar Ibrahim |
- NGO: Remaja Ditembak Semasa Melutut
- Post-Mortem Shows Teens Shot At Close Range
- Projek IC di Selangor: Polis Belum Siasat, Agenda Politik BN- Khalid Jaafar
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Selangor & Negeri Sembilan
NGO: Remaja Ditembak Semasa Melutut Posted: 09 Jun 2011 12:39 AM PDT Dari Malaysiakini Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty. Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam. Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. "Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak – yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan," kata peguam N Surendran. "Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan. "Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan," katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz. |
Post-Mortem Shows Teens Shot At Close Range Posted: 08 Jun 2011 10:13 PM PDT From Malaysiakini Post-mortem evidence of the fatal shooting of three youths last year showed that they were gunned down by cops at close proximity, claimed civil rights NGO Lawyers for Liberty. |
Projek IC di Selangor: Polis Belum Siasat, Agenda Politik BN- Khalid Jaafar Posted: 08 Jun 2011 09:56 PM PDT Dari KeadilanDaily Projek IC yang diperkenal semasa zaman Dr Mahathir untuk mendaftar warga asing sebagai pengundi di Sabah, sudah mula dikesan berjangkit ke negeri- negeri Pakatan Rakyat. Bulan lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar membuat laporan polis berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Hulu Selangor. Bagaimanapun Khalid berkata, beliau kesal kerana sehingga kini pihak berkuasa seolah-olah memejamkan mata, meskipun pihaknya mengemukakan bukti sepucuk surat yang dihantar Umno Hulu Selangor kepada Kementerian Dalam Negeri- bagi memohon kelulusan kerakyatan kepada 2,000 warga Indonesia. "Setakat ini polis tidak mengambil tindakan kepada sesiapa walaupun kita telah melampirkan bukti kukuh berkenaan surat berhubung perkara tersebut. "Melihat kepada situasi ini, kita harus mengambil langkah bersiap sedia dan menggerakkan jentera parti supaya tidak terlepas isu ini," tegas beliau. Menurut Khalid, bukan lagi menjadi rahsia bahawa BN licik memberikan kad pengenalan kepada warga asing dengan tujuan memenangkan mereka ketika pilihan raya. "Hanya satu matlamat BN memberikan kad pengenalan kepada warga asing supaya mereka dapat menambah jumlah undi untuk mendapatkan kemenangan. "Sikap licik BN mengambil kesempatan melalui pemberian kad pengenalan itu akan memberikan mereka satu keuntungan yang tinggi dari segi penambahan pengundi," ujarnya. Sebab itu katanya, tidak menghairankan apabila BN sanggup menjual status warganegara kepada warga asing, hanya kerana mahu mempertahankan kuasa mereka. "Sekiranya mereka menawarkan kepada warga asing untuk dapatkan kad pengenalan, sudah pasti warga asing sama sekali tidak menolak bahkan sanggup membayar dengan kos yang mahal," katanya. Justeru itu katanya, pendedahan yang dilakukan KEADILAN sebelum ini diharap dapat membuka mata masyarakat terhadap pengkhianatan Umno/ BN. "Daripada siri pendedahan yang kita lakukan sekurang-kurangnya memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang projek IC mula melanda Selangor dan Kelantan," kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com. Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong sebelum ini berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget — menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek IC di Sabah. Dr Chong mendakwa projek tersebut kini akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung. |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Selangor & Negeri Sembilan Posted: 08 Jun 2011 05:51 PM PDT 10 Jun 2011 (Jumaat) Program 1 – Selangor 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana 1 Lokasi : Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Penceramah:
Program 2 – Negeri Sembilan 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana 2 Lokasi: Kampong Sirusa, Batu 4, Port Dickson Penceramah:
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan