Sabtu, 28 Mei 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kerajaan Pusat Tidak Bantu Selangor Percepat Selesai Isu Air

Posted: 27 May 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 27 Mei - Tindakan kerajaan pusat menolak cadangan Kerajaan Selangor mengenai idea penstrukturan semula air di negeri ini menyukarkan penyelesaian proses itu dilakukan.

Hal ini kerana, tindakan kerajaan Pusat yang enggan menimbang sebaik mungkin tawaran yang diberikan kerajaan negeri  yang menyebabkan isu ini masih berlarutan sehingga sekarang, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

" Apa yang lebih malang ialah, kerajaan Persekutuan pun tidak ada apa-apa cadangan yang baru, pandangan mereka ialah untuk tidak lakukan apa-apa perubahan mengenai cara untuk menguruskan, yang pasti mereka takut untuk cakap dengan terus terang, oleh kerana itu apa-apa cadangan yang dibentangkan kerajaan negeri ditolak dalam mesyuarat," kata Charles.


Media hari ini melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor gagal menyusun langkah sesuai untuk mengatasi masalah ini sehingga mengakibatkan kerajaan Pusat terpaksa masuk campur.

Bagaimanapun, menurut Charles, kenyataan menteri itu amat tidak bertanggungjawab memandangkan umum mengetahui kerajaan negeri beberapa kali membentangkan tawaran kepada empat syarikat konsesi di negeri ini namun "diganggu" oleh kerajaan Pusat.

"Apa yang dikatakan oleh Datuk Peter itu memang tidak patut dan tidak bertanggungjawab sebab kita telah lakukan banyak cadangan tetapi ditolak dan perkara ini membuatkan ia berlarutan dalam jangka masa yang lama,"katanya.

Charles menyatakan kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang- pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat menyelesaikan isu dengan kerajaan Persekutuan bagi menyusun semula perkhidmatan air seperti yang diperuntukkan bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Malangnya, kerajaan Pusat pula tekad mengambil alih bon air dari kerajaan Selangor atas alasan menstabilkan industri air Selangor.

Justeru menurut Charles, Selangor perlu diberi hak dan ruang dalam menyelesaikan masalah ini.

"Kalau Peter Chin tidak mampu uruskan biar kerajaan negeri uruskan, dan kini dia bagi pembelaan kepada pemegang bon dan jelas tindakan ini tidak masuk akal, ini menunjukkan keadaan sedia ada iaitu menggunakan pihak swasta menguruskan air (yang terbukti) telah gagal,"katanya lagi.

DAP hari ini mendedahkan, kerajaan membayar 73% lebih tinggi daripada nilai pasaran walaupun sepatutnya baki bon tersebut harus diselesaikan oleh pemegang saham syarikat terbabit.

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Selepas Pakatan Rakyat memerintah pada Mac 2008, Menteri Besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion.

Pemegang konsesi menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion.

Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima konsesi SPLASH dan ABBAS.

Pada Mac 2010, kerajaan persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi.


Sumber: Selangorkini

Hutang air: 'Putrajaya terlebih bayar 73%'

Posted: 27 May 2011 01:30 AM PDT

NONE
DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu "melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai".

"Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri, berbaju biru).

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.
Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

Namun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.

Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.


Sumber: Malaysiakini

Hari Ilmu Selangor 2011 Buat Kelainan

Posted: 27 May 2011 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 27 Mei – Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan 'Hari Ilmu' bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor ini juga meletakkan harapan kepada pemimpin-pemimpin di sekitar untuk memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Ujar beliau, kempen ini merupakan di antara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.

"Tetapi konsep kali ini kita mahu dipanjangkan, diperluaskan dan juga menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini."


Dalam pada itu, menurut Pengarah PPAS, Mastura Muhamad kelainan yang akan diangkat pada tahun ini bagi menarik lagi jumlah pembaca di Selangor adalah dengan memberi pelbagai jenis buku  untuk dipamerkan.

"Kali ini tanggungjawab terletak pada bahu-bahu penerbit buku, pereka grafik buku. Maknanya untuk membuat orang tu terus membaca adalah tanggungjawab penulis untuk buat benda yang kreatif, menarik dan memberi faedah kepada pembaca itu sendiri.

Malah menurut beliau lagi, buat pertama kalinya kempen "15 Minutes Reading Break" diperkenalkan bagi menjadikan amalan membaca selama 15 minit sebagai saat yang amat bernilai buat seluruh rakyat Selangor.

"Kali ini kelainan kita adalah kita buat perhimpunan dan konvensyen penulis dan juga 'Campaign 15 Minutes Reading Breaks'. Kempen ini mendapat insiprasi daripada konsep Earth Hour."

Kempen membaca ini akan diadakan secara serentak di seluruh Negeri Selangor.

Waktu sasaran ialah pada jam 10.45 pagi hingga 11.00 pagi, pada hari Ahad, 26 Jun 2011.

Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 akan berlangsung pada 26 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Majlis bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesta Buku Selangor 2011 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara dan sejumlah 150 buah gerai akan menyertai pameran ini.

Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 350,000, sebanyak 70 pempamer yang akan menyertai hari ilmu ini, antaranya adalah Al Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Ana Muslim Distributor Sdn Bhd, Cerdik Publication Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Ez Math, Galeri Buku Shabab dan pelbagai syarikat penerbitan lain.


Sumber: Selangorkini

Menghadiri Malam Kebudayaan Tahun Baru Chittirai 2011

Posted: 16 May 2011 02:00 AM PDT

Batu Caves, 15 Mei 2011 - Buat julung kalinya setelah hampir lebih 30 tahun kewujudan Kg Laksamana, dimana 30% penduduk nya adalah terdiri daripada kaum India, telah menganjurkan dan meraikan majlis tahun baru bagi masyarakat kaum India 'Chittirai 2011'. Majlis yang dirancang dengan oleh pihak ADUN Batu Caves (Pakatan Rakyat) dan JKKK Kg Laksamana melalui ketua biro keselamatan dan perhubungan kaum, En C.Krishnan a/l Chinnasamy. Majlis yang dirancang dengan serba sederhana tersebut telah berubah meriah dengan kehadiran hampir 2000 orang yang terdiri daripada Warga Emas, ibu bapa dan kanak-kanak. 

Majlis yang di rancang bermula jam 6 petang telah menghadapi sedikit dugaan apabila cuaca panas pada sebelah paginya, tiba-tiba bertukar mendung dan hujan di sertai dengan angin kuat. Sehingga menyebabkan 2 unit khemah utama yang dirancangkan untuk pihak VIP di terbangkan angin beberapa meter dari lokasi asal, syukur kepada tuhan malapetaka tersebut tidak mengundang apa-apa kecederaan dan kemalangan. AJK penganjur menggangap ianya sebagai dugaan daripada yang maha berkuasa. Dalam keadaan kesuntukkan masa AJK pihak peganjur bertungkus lumus menyiapkan segala peralatan dan keperluan yang ada bagi meneruskan program tersebut. Dengan usaha, sokongan dan semangat yang terdiri daripada beberapa pemuda yang terdiri dari pada berbilang kaum yakni Melayu, India dan Cina akirnya persediaan tempat dapat disediakan dengan jayanya.


Kehadiran VIP Y.B Tuan D.R Xaxier Jayakumar A/L Arulanandam, ADUN Seri Andalas yang juga merangkap Pengerusi Tetap JawatanKuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor ke majlis tersebut dikhabarkan sebelumnya beliau telah menganugerahkan geran bagi sebuah Kuil berdekatan sedikit sebanyak telah membawa makna yang besar kepada masyarakat kaum India di Kampung Laksamana pada majlis tahun baru Chittirai tersebut di bawah Pakatan Rakyat.

Majlis juga turut di hadiri oleh Ahli Majlis, Ustaz Hasbullah Muhamad Ridzwan. Beliau juga turut membuat sedikit ucapan mewakili Ahli Majlis dan parti PAS dan kaum melayu mengucapkan selamat tahun baru Chittirai kepada masyarakat dan kaum India. Turut hadir pengarah DUN Batu Caves dan beberapa pimpinan setempat Pakatan Rakyat. Yang Berhormat ADUN Batu Caves, saudara Amirudin Shari yang baru sahaja pulang dari luar Negara segera bergegeas terus ke tapak program dan tiba jam 9:00 malam, beliau yang keletihan setelah mengharungi satu perjalanan yang jauh, sedikit ceria, setelah mendapati sambutan yang luar biasa masyarakat kaum India khususnya pada majlis tersebut. Dalam ucapan beliau. Y.B mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan berjanji program seperti ini di teruskan dari masa kesemasa selagi Pakatan Rakyat terus memerintah Selangor. Janji dan harapan beliau di dalam program seperti ini juga segala hak rakyat akan di kembalikan kepada rakyat yang sewajarnya.

Pada majlis tersebut Pihak penganjur ADUN dan JKKK Kg Laksamana turut membuat sumbangan kepada warga emas, orang miskin dan kurang upaya serta yang memerlukan.

Majlis di meriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan dari pelajar masyarakat kaum India dan jamuan makan malam.











Tamil Methodist Church Petaling Jaya’s 25th Anniversary Celebrations

Posted: 14 May 2011 06:00 PM PDT

On Saturday night, 14 May 2011, YB Dr Xavier attended the Tamil Methodist Church Petaling Jaya's 25th Anniversary Celebrations.  During this dinner, an audio CD recorded by the Junior Worship Team was launched.  All proceeds from the sale of this audio CD will be channelled to the Desa Mentari Education Fund. 

Desa Mentari was chosen as it is a densely populated area with about 15,000 people, out of which approximately  6,000 are students.  The residents here are also facing other socio-economic problems including poverty, poor healthcare, unemployment, single mothers and a host of related problems.

The Desa Mentari Education Centre (DMEC) will provide the opportunity to underprivileged students at all levels to receive assistance through seminars, free tuition classes and other initiatives. The first Parenting Seminar:- to create awareness on the importance of education, is scheduled for the first week of June this year to be held at a community hall nearby.  


As their chairman said "What better way to share God's blessings then with the under privileged through education as it is the key factor for change in any society."  YB Dr Xavier pledged  RM25,000 from the state to help set up this centre.

Tiada ulasan:

Nuffnang